Baju Merdeka Untuk Anak Lelaki | First Time Rayyan Sambut Merdeka di Sekolah

Assalamualaikum & holla gais, sejak Rayyan masuk Pra Sekolah ni banyak pengalaman pertama yang dia buat, alhamdulillah so far dia memang suka pergi ke sekolah walaupun hari-hari balik sekolah ada je mengadu tentang kawan-kawan dia, kawan buat dia itu lah, buat ini lah, dia buat kawan dia lah haih macam-macam 

As long as takde perkara yang membahayakan atau yang membimbangkan, okay je ~ cikgu pun takde mengadu apa pun, risau tu memang risau tapi setakat ni dalam fasa okay je takde masalah apa, so yaa walaupun bulan kemerdekaan dah habis, tapi sekolah dia sambut hari merdeka dan hari Malaysia pada 15 september, hari penutup.

Waktu hari Merdeka hari tu, cikgu suruh pakai baju melayu je, so Umi pun okay lah takde la prepare pakaian untuk hari merdeka dia, pelik jugak kenapa sekolah lain pakai baju cantik-cantik tapi Umi abaikan je la, malas nak tanya cikgu.

Kemudian, waktu menunggu dia balik sekolah hari tu, datang seorang mak ni, dia tanya dah buat ke baju merdeka untuk anak. Aik aku pun pelik, cikgu takde cakap apa lagi, so aku cakap la ermm takde pulak cikgu cakap apa-apa, then dia cakap biasanya sekolah akan sambut merdeka waktu penutup 15 sept nanti, sebab selalunya macam tu, anak-anak dia sebelum ni

Ayokk, macam tu rupanya. Biasalah mak-mak first time ni mana nak tahu, tapi that time masih awal lagi, so buat tak tahu je lah, tunggu je lah cikgu bagitahu dalam group nanti. Then cikgu pun buat pengumuman dalam group tentang sambutan hari merdeka 15 sept nanti.

Adalah pertandingan mewarna, pertandingan menyanyi dan pertandingan busana merdeka. Aku tahu dah kalau Rayyan ni jenis tak minat sangat mewarna dan sejenis pemalu, confirm lah dia taknak menyanyi depan orang -_-, macamana nak up dia punya konfiden level ni, ishh pemalu macam Umi dia :p

Pasal busana pulak, alamak lewat dah jugak aku nak prepare pasal baju, dah survey dekat shopee semua pre-order dan buat kira-kira memang tak sempat Rayyan nak pakai, tu lah buat lagi last minute. Btw, aku tak rasa terbeban pun, cikgu pun cakap bukan wajib, tapi aku nak Rayyan rasai dan buat kenangan untuk pertama kali dia sekolah.

Then cari dekat kedai area rumah pun aduh semua sold out, so aku nak start redha lah. Pastu laki aku cakap, bukan ke ada blogger jahit baju merdeka, hari tu dia ada nampak posting dekat FB, aku dahla jarang sangat masuk FB sejak dua menjak ni, then aku buka FB try lah PM sis Qiya Saad dekat fb, alhamdulillah dia terima lagi tempahan untuk 15 sept, arghh legaaaaa ~ 

Tak kisah pun Rayyan menang ke tak pertandingan busana ni, cuma aku je eksited nak tengok dia bergaya dalam busana kemerdekaan heheh gedik betul Umi ko ni kan, pastu risau jugak sempat tak baju Rayyan sampai kat rumah, haaa alhamdulillah penghantaran pun cepat, yeahh sampai jugak 

Seriously baju yang sis Qiya Saad jahit memang cantik, kain pun cantik dan lembut je, so Rayyan takdela rasa panas kat sekolah, sangat-sangat selesa dan dia pun eksited la, duk kira hari bila 15 sept tu tiba, haha perangai dia ni kalau eksited ya Allah macam tidur tak lena weh, sumpah la anak aku ni macam ni 

Hari tu, waktu cikgu suruh pakai baju melayu pun, dia macam sekejap-sekejap bangun, Umi dah pagi ke ni nak pegi sekolah padahal waktu tu baru pukul 2 pagi, aku baru nak terlelap segar balik mata, pastu bangun lagi tanya, memang tidur aku pun turut terganggu, eyhh sabo je la ! 

Pahlawan Rayyan

Aku tempah baju merdeka pahlawan, so ia datang dengan 1 set lah, sepasang baju dan seluar, tanjak dan juga sampin dan siap dapat mask lagi, aaa sho cute, baju ni ngam-ngam untuk dia yang umur 6 tahun, memang aku pilih saiz 6 tahun, kalau pilih besar sikit maybe boleh pakai lagi untuk tahun depan tapi takpela risau besar pulak nanti jadi pahlawan gelebeh pulak haha so okay je 


Korang tengoklah detailing baju merdeka pahlawan ni, seriously kemas sangat ! Haritu yang qaseh pergi tengok dekat kedai, saiz dia memang semua habis tapi ada yang saiz besar, jauh gila beza dengan yang Qiya Saad jahit ni dan harga lagi murah dari kedai tu. 


Paling qaseh suka, tanjak memang terletak elok, tak lembik pun gais, sehingga dia balik sekolah, tanjak tu still mencanak macam tu je, jangan risau kalau tak muat sebab tanjak ni guna velcro tape so boleh ubah ikut saiz kepala. Sampin pun sama, guna velcro tape boleh ejas nak longgar atau ketat. 


Umi dah cakap awal-awal kat dia, kalah menang tak kisah, janji Rayyan ada kenangan ni, dia pun okay je sebab memang dia tak menang, tak boleh lawan busana merdeka dari budak-budak perempuan haaa letop-letop korang busana depa haha happy je tengok

Kalau tahun depan baju ni tak muat, korang boleh lah beli dari qaseh haha. Next year tercari-cari busana kemerdekaan boleh contact je Qiya Saad , memang berbaloi-baloi, untuk anak perempuan pun ada juga. Okay bye, tq sudi membaca. 







Comments

Sue Izza said…
encem abg long,maira tak merasa tahun ni,cikgu busy hahahah

Recent Post

Jangan Lupa Follow!