Semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1 2023/2024

Assalamualaikum,

Semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1 untuk tahun 2023/24 | Alahai cepatnya rasa masa berlalu, tahu-tahu anak teruna Umi dah nak masuk sekolah darjah 1, semakan keputusan penempatan ni dah boleh disemak pada 1 Ogos 2022. Qaseh sebenarnya dah lupa dah tarikh untuk semakan dah dibuka, tapi cikgu Pra Rayyan ada share dalam group kelas
Korang boleh semak keputusan penempatan murid ni di https://public.moe.gov.my/ bermula 1 Ogos 2022 ye bagi penjaga/ ibu bapa yang punya anak lahir pada 2 Januari 2016 - 1 Januari 2017. Hanya untuk yang dah buat permohonan di Sistem Pengurusan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. 

 

Kalau dulu waktu nak check PRA dia agak berdebar juga, risau tak dapat kan, tapi ni kurang berdebar sebab yakin (wah yakinnya kamu !) akan dapat sekolah sama sebab dia PRA di sekolah ni, yakin pun berserta doa gak harap memang dapat sekolah sama sebab dekat dan dia dah biasa dengan sekolah sini. 

Tapi risau tetap risau ye, hurmm rasa macam sekejap sangat waktu berlalu, kalau dulu duk tengok je mak pak duk kalut buat persiapan anak-anak nak masuk darjah 1, masa tu tak ambil port sangat, haa lepas ni, turn qaseh pulak la kalut hehe. Risau sangat bila dah masuk sekolah, semoga Allah selalu lindungi Rayyan, dapat kawan yang baik-baik, dapat cikgu yang banyak-banyak bersabar dan diterangkan hati untuk terima segala ilmu.

Aaaa i wanna cry ! Alhamdulillah dah check dah haritu penempatan sekolah dia, dapat seperti yang qaseh minta, sekolah agama pun dapat juga, nasib baik tak hantar lewat borang. Qaseh konfius sikit sebab dulu qaseh satu sekolah je KAFA dengan kebangsaan, kat bandar ni rupanya sekolah agama sekolah lain pulak, aaa cenggitulah ye 


Apa yang perlu dibuat bila dah dapat penempatan sekolah ?
  • Pastikan buat pengesahan penempatan sama ada secara online atau manual ( secara online klik je pautan pengesahan penempatan
  • Kalau secara manual, sila klik pautan cetak surat, download dan print lepastu jangan lupa hantar ke pejabat sekolah 
  • Jangan lupa download dan print surat persetujuan kesihatan dan hantar ke sekolah 
Kalau sekolah Rayyan ni, dua-dua kena buat, secara online dan manual, sebab ada info terbaru kena juga hantar surat tu ke sekolah. So, korang kena dapatkan info dari sekolah masing-masing 

Rayuan Boleh Dibuat Jika Tidak Berjaya 

Bagi yang tak dapat penempatan murid di sekolah yang diminta, jangan risau korang masih boleh buat rayuan bermula 1 Ogos 2022-30 Ogos 2022. Keputusan rayuan akan dibuka pada OKTOBER 2022. Semoga urusan korang dipermudahkan. Klik saja pada pautan rayuan, kemudian ikut step-step yang diberikan

Berbaki beberapa bulan je lagi untuk Rayyan hadap dunia sebenar aa gitu, yaAllah lindungilah anakku dari anasir-anasir jahat, semoga setiap langkahnya untuk menuntut ilmu sentiasa diredhai dan dipelihara, bila cikgu nampak muka Rayyan, sejukkanlah hatinya, sabarkan lah dirinya untuk terus mengajar anak-anak hingga berjaya. 

Begitu juga buat anak-anak yang lain, semoga anak-anak kita sentiasa gembira dalam menuntut ilmu, jauhi lah dari perangai kaki buli dan jauhi juga anak-anak dari dibuli dan disakiti. Ameen ya rabbal alamin. 









Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama