11 Jun 2021

McDonald’s Malaysia Menaja Makanan Kepada Lebih Dari 70 Buah Hospital | Hargai Jasa Frontliner

Assalamualaikum


Sudah sedia maklum negara kita masih lagi berperang dengan wabak Covid19 dan sememangnya ada di kalangan kita sangat terkesan dan banyak perkara yang di luar jangkaan kita terjadi, ada yang kehilangan kerja, terpaksa bercatu makanan dan kehidupan normal kita yang bebas di suatu ketika dahulu telah diragut sedikit demi sedikit dan yang paling kesian adalah para frontliner yang bertungkus lumus dalam merawat pesakit Covid19 yang semakin hari semakin ramai
Jadi, tolonglah jaga diri kita sendiri dengan mematuhi segala S.O.P, jangan keluar rumah jika tiada apa yang penting untuk dilakukan dan yang paling penting sekali berhenti menyebarkan berita-berita palsu terutamanya anti vaksin yang terlalu taksub dengan teori konspirasi dan mempengaruhi orang lain dengan cerita-cerita tidak benar, sepatutnya kita rakyat Malaysia kena  bersatu hati dalam menentang wabak ini


Disebabkan itu, McDonald’s Malaysia menunjukkan penghargaan mereka bagi menghargai bakti dan pengorbanan kepada petugas barisan hadapan / frontliner dengan mengadakan #KitaBoleh inisiatif yang mana satu usaha yang sangat bagus bagi qaseh, iaitu penajaan makanan kepada lebih dari 70 buah hospital 

Inisiatif ini bermula lebih dari sebulan, bermula pada 24 Mei dan dijadualkan berakhir pada 30 Jun. Kekerapan penghantaran akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ke setiap hospital. Tajaan makanan dari McDonald’s Malaysia adalah kepada hospital-hospital yang merawat pesakit COVID-19 yang mana menjangkau sekitar 300,000 pekerja penjagaan kesihatan. 


Usaha sumbangan dan penajaan makanan dari McDonald’s Malaysia ini sebenarnya bukan benda baharu kerana sebelum ini McDonald’s Malaysia memang giat dalam melakukan kerja-kerja amal, dan inisiatif ini adalah kesinambungan dari inisiatif #KitaBoleh yang telah dilakukan oleh McDonald semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama pada tahun lalu.
Pada korang yang belum tahu, konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald’s Malaysia ini adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang dalam masa yang sukar. Jadi sebagai rakyat Malaysia, berhenti lah tuding jari sesama kita, jaga diri dan patuhi S.O.P dan bersama-sama melawan wabak COVID-19 ini.


Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional kepada petugas barisan hadapan / frontliner yang dalam diam mempunyai keberanian yang tinggi, walaupun penat lelah, terpaksa korbankan masa dan tenaga dalam memerangi wabak COVID-19.


#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja ketika rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).


Petikan dari Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
“Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) yang pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu kita rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan sewaktu wabak ini. Apa yang masih konsisten sejak wabak ini adalah para barisan hadapan / frontliner yang sepanjang masa dan berterusan merawat pesakit COVID-19 dan memastikan kita semua aman dalam menentang wabak COVID-19”

Azmir juga mengenali pasukan restoran McDonald’s Malaysia yang bertugas untuk menghantar makanan ke hospital sentiasa memberikan senyuman kepada barisan hadapan / frontliner. Satu teriakan hebat kepada pasukan restoran McDonald’s Malaysia yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung yang mana akan memastikan barisan perubatan kami mendapat makanan kegemaran mereka.
Lastly bagi qaseh juga untuk McDonald’s Malaysia, syabas dan tahniah untuk inisiatif #KitaBoleh ini, sebagai rakyat Malaysia qaseh hanya mampu mematuhi segala S.O.P dan create awareness untuk kita sama-sama melawan wabak COVID-19 ini. Semoga negara kita dan seluruh negara akan bebas dari wabak ini dan boleh teruskan kehidupan normal seperti sebelum ini.



More Info :



Nadia Johari said...

Terbaik McDonald's..frontliner memang bertungkus lumus merawat pesakit. Semoga covid cepat berkurangan

Sue Izza said...

bagus usaha mcdonald byk buat kerja amal

umminani said...

Tq McD, Kami frontliner menghargai jjasa baik McD, nanti dtg le ke Bukit Aman pula .

SalinaJohari said...

Tahniah McD.. moga lebih ramai lagi usahawan tampil untuk membantu para frontliners yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan masyarakat

Nina Mirza said...

Tahniah McD! Inisiatif McD ini patut dicontohi syarikat korporat lain.

Julia Johari said...

Patut di contohi lah kempen mcm ni. Stay safe semua. #KitaBoleh

CXopportunities said...

Bagus McDonald ni. Satu usaha yang patut dipuji. Buat kerja amal demi #kitaboleh dalam musim pandemik.

Ya Allah, angkatlah covid 19 ni cepat².

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Inisiatif yang sangat bagus . Harap program sebegini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa

Tekkaus said...

Amazing effort by McD. Hopefully, others will follow suit.

Izyan Balqis said...

Terbaik mcdonalds!

Eiza GreenAppleKu said...

Bagus usaha McD ni. Walaupun tak banyak tapi melegakan hati frontliner kita.

Mommylin said...

Alhamdulillah... Bgus kempen ni...