Don's Warong | Sarapan Pagi dengan Menu Johor dan Peraduan Mewarna Untuk Anak-Anak

23 ulasan:
Assalamualaikum and hello guys , masih lagi bersama qasehdalia dot com dalam jalan-jalan cari makan. Acewah agak-agak boleh tak jadi pengacara tak , haha.

First of all tq Bella kerana suggest Don's Warong untuk food review kali ni , katanya kat sini menu-menu asli dari Johor. Jadi kalau korang rasa rindu masakan Johor tu tapi jauh dan sibuk , apa kata korang datang dulu cuba kat sini , rasa sendiri dia punya sambal nasi lemak tu , fuhhh aku rasa mesti korang akan repeat sebab sedap betul sarapan nasi lemak kat sini , tak tipu.

Oh ye , Don's Warong ni terletak di Plaza Mas, Sri Hartamas , seriously aku tak biasa sangat dengan tempat ni dan sejujurnya ini pertama kali aku datang di Plaza Mas , jadi faham-faham lah bila tersesat tu haha.

Di sebabkan nak jugak sarapan di Don's Warong , aku gigih cari sampai jumpa , halah waze kan ada uols so thanks to waze lah.


Sebelum aku share menu-menu yang sedap untuk korang sarapan di Don's Warong ni , aku nak highlight satu benda yang akan di anjurkan oleh Don's Warong tak lama lagi , terutama sekali buat anak-anak . Apakah ? Jeng-jeng jeng , its colouring contest gais !

Contest Mewarna di Don's Warong



Okay untuk contest mewarna ni akan berlangsung tak lama lagi iaitu pada 24 November 2018 - 31 Disember 2018 . Contest ni akan ada 3 kategori untuk umur anak-anak yang mana :

Kategori 2 - 6 tahun 
Kategori 7 - 12 tahun 
Kategori 12 - 17 tahun 

Setiap kategori akan ada satu pemenang , jadi akan ada 3 pemenang ke semuanya . Hadiahnya adalah voucher Don's Warong sehingga RM100 , weh terus mata nampak makanan free haha , so mummy please bring your children here okay , lagi-lagi yang suka mewarna tu haaaa . Pemenang akan di di umumkan selepas 31 Disember nanti.

Stay tune gais ~ dah boleh kot slow-slow asah skill mewarna anak-anak tu :p 

Nanti staff akan bagi kertas dan pensel warna , korang tak payah susah - susah bawak dari rumah okay , brand Swan lagi haaa and then bila dah siap , ikut je arahan yang tertulis di kertas tu . Warna cantik-cantik tauuu !

Rayyan memang mimpi la nak menang sebab lebih ke arah conteng je haha tapi aku suka contest macam ni , diorang boleh enjoy sambil makan , sebab Rayyan ni selalu mengamuk kalau masuk kedai makan , erghhhh

Tinggalkan sekejap contest , sekarang aku nak share tahap keselesaan dan konsep Don's Warong ni . Bab makanan , memang ianya masakan asli dari Johor , dan konsep / style restoren Don's Warong ni sebenarnya ala-ala cafe dan terbuka . Tak panas pun , sebab ada kipas yang boleh sejukkan dan makanan pun dah buat hati sejuk wakkk cia cia cia.

Tempat Yang Santai dan Selesa 

Aku suka Don's Warong punya style , ke arah yang lebih santai , if korang nak lepak dengan kawan-kawan , meeting or dating memang sesuai lah kat sini , suasana pun tak bising dan takde gangguan . If nak apa-apa dari staff tekan loceng je yang ada di setiap meja . Tak perlu nak tunggu staff tengok kita then angkat tangan untuk mintak bantuan gituh ! 



Sebenarnya nak duduk sini tapi takpela jap lagi habis blackout Rayyan pergi tutup suis yang ada situ haha jangan cari pasal

Cantikkan aku , eh cantikkan dekorasi Don's Warong ni , yang penting lighting on point gais
Menu Sarapan Pagi di Don's Warong 


Okay jom kita tengok menu sarapan pagi di sini , banyak sebenarnya tapi ini antara menu yang aku dah cuba sendiri , okay la kalau korang jenis tak makan menu berat di pagi hari , korang boleh cuba menu ringan untuk sarapan kat sini  , banyak je pilihan kat sini tapi yang paling HOT adalah Nasi Lemak Soft Shell Crab.

  • Nasi Lemak Soft Shell Crab 

Kenapa aku kata sedap sambal nasi lemak di Don's Warong ni ? Sebab rasa sambal tu tak sepenuhnya rasa manis , dia ada rasa manis tu tau tapi sekali dengan rasa masin dan masam haaa , sebab aku tak suka masakan yang hanya ada rasa manis je , haha aku ni memang complicated sikit bab makanan .

Bab pedas pulak , sederhana pedas je ~ still boleh di terima tekak , dan ketam dia memang lembut gila , dah tak terkial-kial dah makan ketam weh , dengan kaki , tangan , sepit ketam semua boleh ngap dan telan terus.

Bila cerita pasal nasi lemak ni , kalau sambal dia sedap memang boleh masuk tapi kalau sambal dia tak ONZ haaa yang tu jadi tak best tu. Selain dari soft shell crab , ada pilihan ayam , ayam berempah , ayam masak merah , paru goreng , udang , sotong dan banyak lagi yang korang boleh cuba .


  • Lempeng Kelapa dan Lempeng Pisang 

Antara menu ringan yang korang boleh cuba , ni anak-anak pun suka jugak . Yang kat atas ni adalah Lempeng Pisang , di hidangkan bersama madu , isi kelapa dan juga gula melaka. Lempeng kelapa pula di hidangkan bersama sambal nasi lemak dan gula melaka .

Not bad , lempeng pun lembut je. Sedap cicah dengan sambal tu haaa , untuk di hidangkan bersama tu korang boleh pilih nak apa , if nak sambal je pun boleh , terpulang pada korang :)

  •  Kacang Pool Johor

Lepas makan nasi lemak , kita makan kacang pol pulak . Mesti orang Johor risau betul ke sini memang makanan Johor asli , hehe bila aku cuba Kacang Pool ni memang percaya menu - menu semua memang masakan Johor , sebab kacang Pool kat sini sama macam yang aku pernah makan di Johor cuma kuah sini lagi pekat.

  • Ubi Rebus 


Nak bernostalgia dan tenggelam dalam memori zaman kecik-kecik , zaman mak ayah cerita masa zaman Jepun dulu , haa korang boleh cuba Ubi Rebus kat sini , biasanya dulu time kecik -kecik aku makan dengan kelapa parut , makan pulak waktu hujan fuh mengimbau memori betul

Ada set yang korang boleh pilih , mengikut citarasa sendiri.


Oh ye , air aku cuba Kopi Muar , husband cuba Kopi O Muar dan Rayyan Ais Lemon Tea . 

Masa untuk sarapan di Don's Warong adalah dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari , lepas tu dah waktu lunch tiba dan restoren Don's Warong beroperasi dari jam 7.30 pagi  - 12.30 malam. Mesti best kan lepak malam-malam kat sini , dan terliur pulak nak makan mee rebus Johor, aiyok ! Nanti kena datang lagi nih  sebab banyak lagi pilihan lain yang ada ~ phewwww !




 Tq staff Don's Warong , peramah dan always senyum je bila tanya apa-apa hehe

Jangan Lupa 24 November !



Lastly , jangan lupa ajak anak-anak , anak buah dan anak jiran sekalipun datang di sini dan sertai peraduan mewarna di Don's Warong tau ! Start 24 Nov nanti ~ sambil makan sambil mewarna , yihaaaa nanti menang dapat makan lagi !


Cantik tak Rayyan warna ? Padahal Umi yang over hahaha :p

More Info :









23 ulasan:

Mohaz Sue berkata...

Best2nya menu dia. Banyak menu yg buat teringat zaman kecik2 dulu.. syahdu lak rasa.. nanti bolehlah pergi

Nina Mirza berkata...

Alahai... Terliur nengok kacang pool tu... Dekat gak ngan rumah kak nina ni. Nanti leh laaa terjah sana

YB Shehan berkata...

sedapnya nasi lemak diaa.. nice place..

YB Shehan berkata...

sedapnya nasi lemak diaa.. nice place..

Sue Izza berkata...

terliurnyaaaaa,semua nampak sedapppp padahal tgh lapar hahahha

Nadia Johari berkata...

Yang makan johor tu macam roti pool tu tak pernah rasa lagi..mengancam makanan dekat sini

Asyiqin Roslee berkata...

Menariknya tempat ni.. Nampak hipster.. Anak2 muda mesti suka tempat ni..

nadim89 berkata...

Nice place!

Bella Jamal berkata...

Menu yang terus nak rasa ialah lempeng dan kacang pool! Nampak semua sedap, kena rasa dululah ye. Btw, konsep kedai/restoren macam ni memang selalu jadi pilihan. Sonok sikit nak manjamu selera kan.

Zharif Azis berkata...

Wahhhh nampak best betul menu2 dia. Menu2 biasa tp plating dia sangat cantik. Portion pon boleh tahan. Belum pernah lg cuba makan di restoran nie. Nanti ada rezeki nak ke sana lah utk cuba menu dorg

Rawlins GLAM berkata...

Coloring contest tu semacam membantu penjagaan anak-anak di situ kan. Bagusnya pemilik Warong nie. Dan menunya sangat klasik - mesti ramai yang terimbau kenangan lama dengan makanan sebegini kan.

mas saari berkata...

Sedapnya lempeng kelapa, makan panas². Fuhhhh!

syiera firdaus berkata...

Wah menariknya restoren ni. Aktiviti mewarna pun ada. Sesuai untuk anak2. Menu pun nampak menarik. Syira suka makan kacang pool. Nanti nak cuba la

Amanda Suria berkata...

Nampak menarik la Dons punya menu..terus rasa lapar...skrg tengah pantang makan lagi..kena kawal berat badan dan kena sihat skit..cuba x laksa johor dia...banyak menu org johor yg akak suka tp x berkesempatan nak rasa

Fadzi Razak berkata...

Mak aih dia bagi sekali dengan pensel warna. brand swan pulak tu.boleh tahan brand tu. eh eh itu pulak yang kite tengok hahahaha. nampak sangat nak hadiah tu hahahahah

Qeela Aini berkata...

waa mcm best jee Don’s Warong nii! Suka tengok ambience kat sana, and yess makanan2 tu semuanya nampak sedap2 belaka! suka betul classic style foodie ni tau hehe especially bila mmg betul2 sedap kn! Bagus diorang ni siap ada buat colouring contest, at least seronoklah mak2 & anak2 makan kat situ, sbb si anak confirm suka dapat colour2 and si mak dapatlah mkn dgn tenang sikit kan sambil2 melayan anak tu colour hehe..best2, nnt kalau ada ke area sana nk try jugak lah 😃

Along Murni berkata...

Cantiknya dekorasi restoran ni.. lapar AM dibuatnya bila tengok menu tue.. aduhaii.. craving nak makan masakan johor.. kena cari nie..

JMR berkata...

wow menu Johor..yg ketara menu Johor tu adalah kacang pool..lama tak makan ni..nak kena try kt sini gak nanti

Sunah Sakura berkata...

cantiknya restoran niiiiii! cantiknya jugak qaseh snap gambo! tetiba lapo kacang pool!

lullabyssz berkata...

Jemput join Planner 2019 Giveaway hehe :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

solihinwahid berkata...

syok dapat makan makanan kampung ni.. bawak budak budak mesti seronok dorang boleh color2 lagi kan.. hehe

Lisa Nurulain berkata...

nanti bawa lisa pergi sana pleaseee

murni alysa berkata...

Bestnya, sambil sarapan sambil layan anak melukis..menu pon menyelerakan..

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com