Perdana Menteri Malaysia Ke 7 , Tahniah Tun Dr Mahathir Mohamad

4 ulasan:
Assalamualaikum 

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD yang di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 yang rasmi . Alhamdulillah , semoga di permudahkan segala urusan Tun M dalam memikul taggungjawab yang sangat berat , inshaaAllah ini juga kuasa rakyat dalam memilih , cuma bezanya Tun M tidak lagi dalam parti Barisan Nasional . 




Aku tak tahu sangat nak ulas tentang politik ni sebab sebelum-sebelum ni , memang aku tak nafikan yang aku memang tak pernah nak amik port langsung dan juga ini kali pertama aku turun mengundi #jangankecam , sebab PRU13 aku tak dapat balik ke kg , tapi kali ni lain macam semangat untuk pulang mengundi , sekurangnya aku menunaikan juga tanggungjawab aku dan undi tetap rahsia hehe



Bila keputusan rasmi dah keluar , memang berlapang dada menerima sebab sememangnya kerajaan terdahulu terlalu banyak kepincangan dan ini juga sebenarnya suara anak muda yang merasa sendiri keperitan hidup di bandar . 

Tapi sebenarnya tak di nafikan juga ramai yang bersedih dengan kekalahan Barisan Nasional lebih-lebih lagi warga tua yang selama ni menyokong penuh kerajaan terdahulu . Nak buat macamana kan , sebabkan setitik nila habis rosak sebelanga.. Bila ketua yang seharusnya memimpin dengan telus tapi sebaliknya pula yang terjadi , mereka-mereka yang bagus terpaksa berkorban untuk pulihkan semula Malaysia . 

Akhir kata dari aku dengan harapan tiada lagi janji-janji di capati dengan adanya kerajaan baru , yeahh aku percaya Tun M akan mengembalikan zaman kegemilangannya dan Malaysia kembali pulih .. inshaAllah , kalau tak ? Kita kasi tukar lagi so tunggu ~


4 ulasan:

www.modernmumthingy.com berkata...

alhamdulillah.. touching gila masa angkat sumpah ni kan.

Emarieys berkata...

Alhamdulillah..moga Tun M diberi kesihatan yang baik dan dapat tunaikan janji sebelum PRU 14.

Siti Nurhayati Dollah berkata...

Pertama kali dalam sejarah, ChikTie tunggu pengumuman sampai ke sudah. Lepas Subuh baru tidur. Nasib baik cuti. Hahhaa. Alhamdulillah. Semoga Allah memberikan yang terbaik buat Malaysia yang kita cintai

Unknown berkata...

Moga2Tun dapat navigate M'sia di-air yng selamat dan mengarah keuncharted water.Tun you are my hero

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com