Buffet Ramadhan Murah di Shah Alam | Cafe Cerita Kambing

Assalamualaikum , 

Ramadhan bakal tiba tak lama lagi so faham-faham lah mesti nak ber buffet ramadhan jugak kan nanti .. Okay nak tanya soalan ni haa , bujet korang untuk buffet Ramadhan berapa ? Berbaloi tak bayar mahal-mahal tapi tak dapat nak makan semua , aku ni minum air pun dah cukup kenyang hohoho cuma nafsu je besar hahah tapi sesekali best jugak layan buffet Ramadhan , bolehlah makan sedap-sedap kan .. 

Jadi bujet aku dalam RM50 dah cukup memadai , tapi yang bestnya korang boleh dapat harga buffet Ramadhan ni lagi murah bawah dari RM50 , kat mana ? Haaa ni yang berkobar-kobar nak share kat korang semua , tapi sebelum tu nak cerita  aku dah pernah datang ke Cafe ni sebelum ni , boleh baca di http://www.qasehdalia.com/2015/11/cafe-cerita-kambing-menu-kambing-sedap.html  


Yang bezanya kali ni dah bertukar tempat , iaitu di Anjung 7 Shah Alam dan yesss aku suka tempat baru ni lebih santai dan terbuka , segala kemudahan pun ada di kawasan sini , tandas dan juga surau , parking pun banyak .. If tak muat dalam Cafe owner akan buka khemah uols , ala-ala terasa suasana makan kenduri gitu .. Di mana ? Di Cafe Cerita Kambing lah..

Bagi penggemar kambing korang wajib datang sini sebab lamb chop kat sini sedap gila yang tidak terlalu kering dan sememangnya lembut bila di kunyah . Yaaa i know ramai yang takde gigi , eh .. Yang kadang bengang bila daging terlalu liat kan haha so far no prob kat sini , sos lada hitam pun sedap .. 


MENU ISTIMEWA BUFFET RAMADHAN 

Okay jom tengok menu-menu yang ada di sini , yang pasti semua nya memikat selera korang . Walaupun nama Cafe Cerita Kambing , masih lagi ada menu-menu tradisional di sini yang akan bertukar setiap hari .. Jadi korang tak sempat nak rasa bosan dengan menu yang sama tau . 

Menu utama wajib di sini adalah set Nasi Briyani yang di makan bersama dengan Ayam Masak Merah dan Daging Massala , dan my favourite sepanjang datang ke sini Kambing Salai dan juga Grill , fuh real dia punya sedap tu .. macam nak bawak balik je  








MENU JUADAH TRADISIONAL 

Macam yang aku cakap tadi , juadah tradisonal pun terdapat di sini yang mana setiap hari akan bertukar , kadang-kadang jauh dari masakan mak ni rindu jugak makanan-makanan yang selalu mak masak kan haaa boleh la melepaskan rindu gituu .. 



Aneka kuih-muih wajib ada bila ber buffet ramadhan sebagai pemanis mulut . Kuih - kuih kat sini pun sedap dan memang kena lah bila Ramadhan tiba .. Lagi best tak payah tunggu raya , korang boleh makan tapai pulut di sini .. 







Bagi peminat Laksa Johor atau pun tak pernah cuba , haaa bolehlah rasa ye , homemade gitu . Kali ke dua rasa Laksa Johor ni , sedap .. Lauk nya ulam-ulaman macam laksam tapi kuah pekat dan lain dari kuah Laksa Penang , eh rasalah sendiri .. :p







BUFFET RAMADHAN SERENDAH RM33.90 SAHAJA 


Okay harga buffet Ramadhan di Cafe Cerita Kambing ni memang murah uols , ada yang keluarga besar tapi tak mampu nak berbuffet ramadhan sebab harganya 1 kepala dah cecah seratus , so why not kita ber buffet ramadhan di sini , semua keluarga dapat menikmati sama-sama dengan 33 hidangan yang ada .. Thorbaik kan ?

Harga Untuk Dewasa           :  RM33.90
Harga Untuk Kanak-Kanak (7-10 Tahun )  : RM17.00







Yang paling best korang dah boleh BOOKING sekarang untuk Ramadhan nanti 

Untuk tempahan boleh hubungi :


Untuk tempahan boleh hubungi :

Pn Yan 019-2816308
Pn Ana 0122813848
Cik Ain 0136186825

Alamat : Cafe Cerita Kambing , Anjung 7 ,
Jalan Zirkon B7/B , Seksyen 7 , Shah Alam 
(belakang Unisel)
Waze : Cafe Cerita Kambing

Insta : www.instagram.com/cafeceritakambing


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Wowww sedapnyaaa semua menu diaa..
    Paling suka kalau buffet ni, makan kambing sepuasnya ha ha ha ha

    BalasPadam
  2. memang terlajak murah harganya..

    BalasPadam

TQ FOR COMMENT