Search

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

Resepi Lempeng Kelapa Muda Mudah & Sedap | Pertama Kali Cuba

Siapa pernah makan lempeng macam ni angkat ketiak ! hehe ok aku sebenarnya tak pernah makan lempeng macam ni , biasanya lempeng yang letak gula je (sebab tu je pandai hahampeh !) , hari tu kan balik kampung suami so breakfast abang ipar ada buat lempeng kelapa muda ni .. kat Terengganu macam tak pernah makan dan jumpa je kat kedai-kedai .. so agak jakun di situ

Kalau korang sama macam aku tak pernah makan , nah resepi untuk korang mana lah tahu nak try buat kan , seriously sedap , mengenyangkan dan sangat sesuai untuk sarapan pagi , tapi kalau nak makan bila-bila masa pun boleh ~ makan petang ke kan ?

Resepi Lempeng Kelapa Muda

Bahan-Bahan

  • Tepung gandum 1 cawan (kalau lembik boleh tambah)
  • Pisang sesikat 
  • Gula
  • Garam
  • 1/2 sudu teh double action baking powder
  • 2 sudu besar susu pekat 
  • Kelapa Muda 

Cara-cara 

Gaul je semua bahan , kalau nak mudah korang just blend je semua bahan kat atas ni haa lagi mudah dah sebati .. lepas tu goreng dengan alaskan daun pisang (kalau tak alas daun pisang pun boleh)

Bila dah blend semua bahan akan jadi macam tu , haaa lepas tu apa lagi goreng je lahhhh 

Bila dah siap goreng jadi lah lempeng cenggini , walaupun rupa tak berapa cun tapi sedappp woooo , rasa pisang rasa kelapa semua berlemak .. 

Hati Berbicara :
Kredit to Kak Zie n Abg Mat heheh
Saje save kat blog nanti nak try buat sendiri pulak , nampak macam ada pokok pisang kat belakang blok haha sape punya tak tau .. :p okay selamat mencuba tau uolsss



Comments

Hanim said…
sedap ni sambil mengopi petang-petang duduk di pangkin mengadap sawah padi. Ni yang rasa nak cepat pencen ni haha
Lisa Nurulain said…
goreng ke panggang ? tk pernah makan lempeng gini. rasanya sini tk de
Dkna Abza said…
samala qaseh woii tak pernah makan sebelum ni.. bila kat cafe ada jual lempeng kelapa, baru menjinak-jinak cuba. makan dengan sambal sardin.
Juls Julie80 said…
salam ziarah & follower #3788

sedapnya lempeng tuu.. lawan plak dengan kopi o panas2...fuhhhh
Mimie said…
Uittt..feveret nih...sedap
Uih sedap . Ni menu lagend ..