Assalamualaikum
Semalam lepak Shah Alam , bawak Rayyan berbasikal kat Taman Botani Shah Alam , fuhh best jugak lepas situ main basikal .. sekarang baru terasa sakit kaki sebab dah lama gila tak kayuh basikal .. penat baq ang ! haha sampai melecur ibu jari (laki cakap over benaw main gear basikal sampai terkopek kulit) huh dia tak tau aku excited sangat kalah budak-budak .. so lepas balik tu terasa lapar sangat tahap kebulur ! padahal dah melantak nasi lemak .. (sebenonye malas masak bila balik rumah nanti )
So , harusla google dan tanya group semua ~ mana tempat best nak makan kat Shah Alam ni .. tekak rasa nak makanan makanan hipster , kemain ! laki pulak nak makan nasi .. hurmm biasalah adat pertandingan ada menang ada kalah , tapi kalau dengan perempuan haruslah perempuan yang menang ! haha .. so akhirnya decide nak pergi Foodsbury Cafe atas cadangan yayanatsumi , tq yaya !
Foodsbury Cafe Shah Alam | Berbaloi dan Sedap ? Betul ke sedap weh ? aihh kalau aku cakap sedap , memang sedap sengoti .. hihi semua gambar take by fon je , penat nak snap dengan camera .. lapar sangat tau ~
Cafe ni takdela besar sangat , cute dan comel je tapi semalam pergi ramai jugak orang .. hampir penuh , bila makanan sedap mesti lah ramai yang datang kan , macam semut jugak lah kalau ada benda manis mesti dia akan pergi .. haha perumpamaan amende tah ..
Bila masuk cafe ala-ala hipster ni , satu benda lagi tak tahu nak order apa .. tengok menu pulak takde gambar .. faham je la orang kg baca menu makanan hipster , krik krik 10 tahun kemudian ~ haha lepas tu lelakiku suggest ambil yang set je lah .. sama ada nak lambchop atau ayam , makanan lain yang ada dalam set ni sama je .. yang beza antara lamb chop dengan ayam .. so aku pilih lamb chop !
Sambil menunggu , ambil gambar sat buat kenang-kenangan di masa tua nanti ..
Budak kecik tu memang selalu nak kena gomol ..
Akhirnya sampai dah menu kita ~ yeahhh ingat kan portion nya takdelah besar mana sangat kan , tapi yaa ampun mampu tak habiskan ni haaa .. kalau ikutkan menu untuk 2-3 orang lah .. kalau korang membela saka ,seorang pun habis makan haha .. alhamdulillah habis jugak makan semalam , cuma ada sikit kentang tak dapat nak telan dah .. yang lain licin ! opsss
Dalam set ni ada 2 slices lamb chop , sedaplah lambchop dia .. nasib baik daging tak liat , lepastu 3 jenis pasta , salmon fillet , fries dan salad ! dan kesemuanya sedap belaka ...
Harga untuk satu set ni Rm45 , berbaloi sebab bila tengok menu .. lamb chop sahaja dah Rm20 lebih seorang , so kalau korang order set ni , bukan takat lamb chop je kan boleh makan .. pasta semua uols boleh rasa ~ gittew !
Air pulak , aku oder Salted Caramel (everyone fav !) lelakiku order teh ais vanilla ..
Patutlah dalam kategori everyone favourite sebab sedap , lemak berkrim gitu .. minum sokmo kencing manis :p jarang - jarang boleh ye ...hihihi
INFO LANJUT :
Alamat:
No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam
KLIK
Comments