Tarikan Baru di WaterPark Legoland | Jom Bina Bot Sendiri !

Assalamualaikum , harapnya bila baca entry ni terus teruja dan melompat kegumbiraan untuk pergi ke legoland dengan kadar segera , haa tips bila baca sila baca depan anak-anak kih3x , anak2 mesti suka bila ada permainan dan tarikan macam ni , btw bukan kanak-kanak je berminat tapi orang dewasa yang suka kan game mesti teruja punya lah , aku lah tu hihi .. Selain dari tarikan terbaru Ninjago Live Show yang qaseh cerita sebelum ni , kali ni qaseh nak cerita satu lagi tarikan terbaru di WaterPark Legoland Malaysia iaitu Build Your Boat ! Macam susah je kan nak bina bot bagai tapi sebenarnya mudah amat siap boleh berlumba-lumba lagi dengan kawan2 yang lain ~ 


WaterPark Legoland sumpah memang terbaik , rasanya sehari tak cukup bagi aku yang sememangnya gilakan air ni haa , dan banyak gila aktiviti yang korang boleh main kat sini , tapi yang tu nanti qaseh citer okeh ?

Naik je kat port Build Your Boat ni bukan saja di penuhi dengan kanak-kanak , haa kan dah kata bukan kanak-kanak je yang teruja dengan tarikan sebegini , tapi kasi can je la kan kat budak2 nanti nangis pulak kalau kena konker dengan orang dewasa kih2 .. gambar-gambar kat bawah ni la tempat untuk bina boat korang !

Kat bawah ni port nye ~ tarikan terbaru di waterpark legoland .. agak besar jugak tempatnya kan .. ingatkan kolam kosong tapi di penuhi dengan lego2.. jom tengok !

dari jauh ~ alamak tersnap montot plak haha ampun 



dah nama nya Legoland mestilah kena bina bot tu dengan menggunakan lego-lego yang di sediakan , tapi jangan risau bagi yang tak reti nak buat tu sebabnya bot sudah di berikan cuma korang kena deco ikut kreativiti korang sendiri je .. nak buat kapal titanic ke ape ke , depends tu pun kalau kreatif amat haha

ni la bot yang di sediakan ~ dan lego2 juga terdapat di situ dengan banyaknyaaa .. haa mai pilih2 nak warna biru ke kuning ke merah ke semua adaaaaa ~


Build Yor Boat ! Kalau korang tengok gambar kat bawah ni , haaa dari sudut atas sekali bot canggih korang akan di lepaskan .. so bina lah dengan sekukuhnya agar ia tak karam di lautan ombak gituhhh .. kat situ ada 4 laluan , so boleh letakkan 4 bot dan di lepaskan secara serentak ... dan apa lagi lets rock ! jom la kitee berlumba .. sape kalah boleh campak ke dalam kolam sana haha 





Kat sini lah tempat berlumba nya .. letak bot masing2 dan tekan gear tu , gear 5 terus !


agak besar jugak kat port Build Your Boat so sangat-sangat berpuas hati ~

qaseh memang kagum dengan Waterpark Legoland ni sebab di setiap tempat pasti akan ada lifeguard yang menjaga , even tempat tu bahaya or tak .. kat sini pun ade life guard yang bertugas so kalau ada masalah boleh refer beliau yang memakai baju merah tu .. qaseh tengok mcm dia lagi seronok dr budak2 tu ops ! haha tapi ok lah life guard yg peramah amat membantu emosi kanak2 .. acewah 

lego - lego ~

Lastly ~ boleh jugak bertemu jodoh kat sini , eh ! haha gurau je .. boleh la tambah kenalan baru sambil berseronok .. ~

Akhir kata terima kasih buat pihak legoland yang memperkenalkan tarikan terbaru di waterpark legoland ni , selain tu kalau korang rasa sejuk dan kecut moh ler lepak kat port Build Your Boat ni , konfirm baju pun boleh kering bila dah terlalu syok sangat berlumba .. hehe so jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri lebih-lebih lagi untuk menggembirakan anak-anak ~ kasi senyum sikit kat mereka kan , bawak bercuti dan santai gini memang best lebih2 lagi yang selalu sibuk bekerja ... 

INFO LANJUT 
KLIK LINK ATAS UNTUK SEGALA PROMOSI DAN HARGA TIKET ~ Selamat meng "enjoy" kan diri dan family anda .. ~ 


6 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. eeee montotttt hahahahah adeh banyak tul kan gambar montot blur kan bleh tak hahahhaa

    BalasPadam
  2. Perghhh best giler. Bilalah dapat jejak kaki kat sini

    BalasPadam
  3. wow bestnya legoland waterpark..macam2 permainan ada..

    BalasPadam
  4. waaaa bestnyeee (^_^)

    ____________________

    Cik Kumbang reply your comment at
    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/2015/08/wedding-review-bunga-tangan-fresh-flower.html

    ehe maceh awak *blushing2* (>_<)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama