Search

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

Holla !

Anything can email me at dalia_adelia@yahoo.com
I'm Qaseh Dalia

Kehebatan syurga berdasarkan Al-Quran

Assalamualaikum semua...
buat ape tu...im not the rite moody right now...
why ?
i dont know ...
maybe i need pils of love to bring back my moOd..

i need this...somebody help me...
sape ade jual eh...hehehehe 

syurga Allah s.w.t patut dimegahi..
bila kau menjejakkan kaki di syurga Allah s.w.t baru kau dtg jumpa aku n berlagak !
jgn kau berlagak di dunia ciptaan kOsong manusia2 yg bertopengkan syaitan !

sharing is caring...
qaseh jumpe this article jom kite same2 bace n bayang kan..
betapa indahnya syurga wpun imaginasi kita xkan mampu untuk membayangkan sesuatu yg indah ini
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
 "Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
 "Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
 "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
 "Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
 "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
 "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
 "Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
 "Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
 "Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
 "Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
 "(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
 "....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

hati berbicara :
sungguh indah syurga Allah itu hingga tidak terjangkau oleh minda dan imaginasi...rase mcm mahu menangis dgn segala kekuasaanNya...hope kite semua dapat menikmati keindahan ni kelak..amin :)

Comments

kay yea said…
thnx share..good info~ :)
Airil Azmei said…
sungguh bertuah klu dpt msuk syurga
Qaseh Dalia said…
kay :
tq ...juz sharing the bez article (mood ckp omputeh hari neh ) hik2
Qaseh Dalia said…
airil azmei :
bukan setakat bertuah....tapi gembira yg amat sgt kan...
Aretikz said…
Weehuu ~ peringatan buat semua.. Sama2 kita bermuhasabah diri mencari keredhaanNya, kerana yang ikhlas itu adalah tidak mengharapkan balasan apa2.. insyaAllah ganjaran buat yang ikhlas adalah syurga.. ^_^
nur aqyla said…
betul betul.. saya suka entry yang ini! :)

follow saya ye : hikhokhikhok.blogspot.com :)

Thank you ;)
YUL said…
nk drug ye? meh sini yul ad jual selonggok rm10 je, ekekeke,
btw akak pnya entry yg nie best! byk information.
anis nak like ini qaseh!!