5 Tips Penting Ketika Bersahur Untuk Kekal Bertenaga | Quaker Oat Membantu Aku

6 ulasan:

Assalamualaikum , 

Holla semua , amacam Ramadhan korang tahun ni ? Makin cerdas atau masih lagi lemah .. hehe kalau budak-budak tu boleh lah puasa yang yok kan , bagi aku Ramadhan kali ni terasa sangat- sangat cepat , hurmm rasa macam baru sangat lagi masuk bulan Ramadhan tapi pejam celik pejam celik Allahu lagi seminggu dah Ramadhan bakal meninggalkan kita . Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelum-sebelumnya 

Hari ni sebelum kita meninggalkan bulan Ramadhan , aku nak kongsikan tips - tips di waktu bersahur , bagi aku seorang mak-mak yang masih punya anak yang kecil ni tak menjadi masalah untuk makan apa sahaja di waktu sahur sebab yang berpuasa dalam rumah hanya aku dan suami . Style aku dan suami pulak jenis nak makan yang simple-simple je cuma dalam waktu yang sama ia mengenyangkan dan kekal bertenaga di siang hari walaupun melakukan rutin harian . 

Tips Untuk Kekal Bertenaga dan Berkhasiat di Waktu Sahur 



  • Makan Makanan Berprotein Tinggi 

Kenapa protein tinggi sangat penting dalam pemakanan kita lebih-lebih lagi untuk mengelakkan kita dari rasa lapar , kerana ia lebih mengenyangkan .. Jadi korang boleh masak berasaskan ikan ataupun daging 

  • Elakkan minuman berkafein dan juga gas 

Minuman berkafein membuatkan korang selalu terasa hendak membuang air kecil , dari situ korang akan kehilangan air atau dehidrasi 

  • Makan Sayuran

Makanan yang tinggi serat akan mengurangkan nafsu makan dan membuat korang lebih cepat kenyang , makanan yang berserat mempunyai kepadatan energi yang rendah 

  • Minum susu dan kurma 

Kadang-kadang aku terlambat bangun untuk menyediakan juadah bersahur , tapi sangat cukup dengan mengambil susu yang di blend dengan kurma , seriously tak rasa lapar di siang hari , korang patut cuba 

  • Wajib sahur dengan OAT

Kajian mengatakan bila kita mengambil makanan yang kurang energi ia akan menyebabkan kita kenyang dan tahan lapar , kerana makanan yang mempunyai energi yang rendah bermakna ia mempunyai sejumlah kecil kalori  , pilihan terbaik aku adalah dengan menyediakan Oat  , untuk pengetahuan korang Oat sangat bagus untuk di ambil di waktu sahur kerana ia mengenyangkan dan memberi lebih tenaga 

Quaker Oats,  Jenama Oat No 1 di dunia memang membantu memberikan  penyelesaian terbaik  menerusi  satu hidangan  oat  berjumlah  40g  yang  mampu  membantu  mengurangkan  rasa  lapar  sehingga  4 jam!

Oat  adalah  sajian  yang  mengenyangkan  kerana  mengandungi  9.4g seratdalam  setiap  100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum2. Kandungan khasiatnya  yang  tinggi  menjadikan  ia  lambat  dicerna  serta  dapat  membekalkan  tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.3Oat  dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan.  Quaker  Oats  mengekalkan  khasiat  asli  oat  dengan  menggunakan  bijirin  penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat  yang  tinggi  dengan  karbohidrat  dan  protein,  serta  lapisan  germa  oat  yang  juga  tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.
"Di Quaker, kami percaya yang ‘Hari HebatBermula dengan Quaker’ kerana sarapan adalah waktu makan yang paling penting,” kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. “Lebih-lebih  lagi  apabila tibanya  bulan  Ramadan,  ramai  orang sukar  untuk  menyediakan  hidangan  yang  berkhasiat kerana perlu mengejar masa untuk bersahur kemudian bergegas ke sekolah atau ke pejabat. Ramadan  ini,  nikmatilah  Quaker  Oats  yang  dapat  membantu  membekalkan  tenaga  serta cubalah resipi-resipi sahur yang berkhasiat serta hidangan Raya oleh chef selebriti Malaysia, Anis Nabilah.” 

RESEPI OVERNIGHT OAT 

Ni resepi paling mudah yang korang boleh cuba untuk juadah di waktu sahur , seriously sangat sedap dan mudah , hanya menggunakan buah - buahan kegemaran korang tau


Bahan-bahan 
  1. Oat (aku guna instant Quaker Oat
  2. Yogurt
  3. Madu 
  4. Susu Low Fat 
  5. Buah-buahan (aku guna buah kiwi dan buah naga )
  6. Bekas comel-comel 
Cara - Cara 
  • Masukkan Oat di dalam bekas / cawan 


  •  Masukkan yogurt , sukatan dia ikut korang lah haha sebab aku letak ikut suka je :p

  • Masukkan madu , if nak lebih manis letak banyak sikit 



  • Kemudian masukkan susu 



  •  Next step , korang kacau semua sehingga sebati 


  • Lastly masukkan buah kegemaran korang dan simpan di dalam peti sejuk semalaman , yeahhh sahur dah boleh terus ngap je , sedap !!!


Tadaaaaa , nanti nak cari banyak lagi buah-buahan , letak banyak-banyak lagi sedap tau korang . Ada sesetengah resepi letak sedikit serbuk kulit kayu manis , untuk resepi-resepi oat korang boleh tengok kat sini , macam-macam rupanya boleh di buat dari Oat ni seperti cookies , bubur lambuk , haaa banyak lagi mengikut kreativiti korang sendiri pun boleh ----> Buku Resepi Quaker Oat



Jom Bersama Chef Anis Nabilah !

Peminat  boleh  memenangi  pas  untuk  sesi  istimewa bersama chef  selebritiAnis  Nabilah dengan menyertai ‘Peraduan Resipi Oatsome bersama Quaker’! Mereka hanya perlu membeli satupek Quaker Multigrain Cereal 400g, ‘like’ laman Facebook Quaker Malaysia, dan tuliskan komen  mengapa  Quaker  Multigrain  Cereal  adalah  bahan  paling  serasi  dalam  resipi  biskut. Seramai 15 pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai bengkel masakan eksklusif dan Majlis  Jamuan  Teh  bersama chef  selebritiAnis  Nabilah.  150  pemenang  sagu  hati  pula  akan menerima produk Quaker Oats bernilai RM50!

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resipi Ramadan/Rayaterkini, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my

6 ulasan:

noorhaidaz eyda berkata...

Banyak kebaikan oat ni kan. Boleh dipelbagaikan resepinya.

noorhaidaz eyda berkata...

Banyak kebaikan oat ni kan. Boleh dipelbagaikan resepinya.

Yanty Lee berkata...

cawan tu cantik.. nnt nk try tgok boleh hadam tak tekak ni

Aku Penghibur berkata...

memang banyak kebaikan oat nie... nampak sedap !!

ejulz berkata...

terbaek.. nampak sedap :)

Cik Yaya berkata...

salam sis qaseh..
bestnyer..nampk sedap tu

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com