Nurse Tanya Kenapa Tak Pegang ?

13 ulasan:
Assalamualaikum 

Hakak nurse ni tak tahu ke yang sebenarnya aku trauma sangat nak pegang , haha pegang apakah ? Teeeettttt ! Hihi okayla aku cerita , pada suatu pagi yang hening dah lah lupa kunci jam , husband balik bebel nape tak kunci jam , nanti ramai orang .. dush ! rilek brother , brother rilek ~ dekat je pun kita nak pegi ni .. konon-konon lah nak pergi pukul 9 pagi kan , walhal bukaknya pukul 10 ! haa awal sangat kan haha terpaksa la lepak kedai makan jap makan roti canai , ada hikmah di situ . 

Checkup Rayyan untuk umur 2 tahun kiranya last vaksin dia la .. yeahhhh ingatkan dah takde dah checkup lepas ni rupanya ada lagi huwaaaa (sampai umur berapakah kena checkup ? ) Part paling malas sebenarnya adalah menunggu dan terus menunggu , sebab tu husband kalau boleh lepas subuh dia nak pergi klinik hahah si isteri pulak memang paling lemau lah bab-bab pergi klinik ni .

Mata ketumbit :p


Perkembangan Rayyan di Usia 2 Tahun 

24 Jan hari tu , genaplah umur dia 2 tahun .. so far takde benda sangat yang membimbangkan aku sebab tengok perkembangan dia pun semua okay cuma ada jugak lah part-part merisaukan bila percakapan dia masih lagi tak banyak , maknanya ada part tak boleh sebut dengan betul , gabung ayat yang masih lagi sedikit dan adakalanya keluar bahasa German itu .

Aku ada juga bagitahu nurse semua benda yang aku risaukan ni , tapi nurse kata itu normal sebab perkembangan dia yang lain sangat helok .. ada eye contact , terima arahan dengan jelas , dan semua lah , so yess lega di situ , aku pun masa kecik lambat jugak bercakap , mak aku cakap ingatkan bisu dah .. haha kejam naw bunyiknya .. aku selalu je bercakap dengan dia , dah macam iklan ''burung apa ? burung murai ! burung apa ? burung murai ! burung apa ? burung Rayyan haha bongeknya Umi mung ni kan ..


  • Berat : 12.5 kg
  • Tinggi : 90 cm (ayoyo nak masuk tambun dah kena bayar nak oiii , cepat naw tinggi hahah ikut bapak ! )
Jadi last vaksin dia semalam okay ke tak okay ? Nangis ke tidok anak teruna ni .. seingat aku sekali je dia tak menangis bila kena inject , masa umur 1 tahun kot .. haha dan semalam nangis lah uols tapi sekejap je lah , tu pun macam letusan gunung berapi .. 

Yang nurse tanya kenapa tak pegang tu ni lah dia , kenapa tak pegang Rayyan ? bapaknya yang pegang ~ bukan sebab aku takut atau pun ngeri cuma Rayyan ni kuat lah tak mampu Umi nak pegang bila dia meronta-ronta , sebab pernah sekali tu jarum terkeluar balik tak sempat nak inject , nasib baik tak patah wooo jadi bapak dia ada silalah memikul tanggungjawab itu haha .. 




13 ulasan:

  1. memang kena kuat nak pegang anak tengah meronta-ronta.lagi-lagi masa injection.boleh sakit badan woo

    BalasPadam
  2. Mai selalu bawak anak buah pergi inject, walaupun tak sanggup tengok, kesian. hahaha.

    BalasPadam
  3. Rayyan strong boy.. hebat lah

    BalasPadam
  4. comel.. semoga rayyan jadi anak soleh..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Partime UBER Driver
    2. Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

    BalasPadam
  5. besar dahh rayyan. boleh dahh kasi rayyan jr pulak. ehh .. hahahaha

    BalasPadam
  6. salam ziarah sini..

    emsemmmnyer awak rayyan..cair hantiii tengokk <3

    BalasPadam
  7. sama la kita, bab inject anak ni, memang suami yang pegang, risau mama tak mampu tengok n lawan kaalu anak meronta

    BalasPadam
  8. Risau juga ye kalau anak meronta masa nak kena cucuk tu

    BalasPadam
  9. Laaa. ingatkan pegang apa hehehe..

    BalasPadam
  10. Happy birthday, Rayyan. Big boy now, grow up to be of use to society.

    BalasPadam
  11. hhahaha! scary kot dengan jarum yang halus mulus tu!

    BalasPadam
  12. Hahaha... I thought what to hold. Is holding your son. They have very good energy and for sure u need the men to do the holding... Lolzzzz

    Racheal

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com