Kopitiam Kita Kota Bharu | Wajib Singgah Makan Roti Titab

10 ulasan:
Assalamualaikum , baru - baru ni ambo kelik Jerteh kampung ambo , pahtu doh aley-aley kelik tu sero nok makey roti titab di Koto Bharu .. hukaloh takdok tepak lain doh kalu g koto bharu gak , sebab sedap telajok sungguh eh roti titab sini , dop nawok sikek abuk pun hahaha pehey ke dok ? mugo duk koto bharu keno kecek kelate kikiki


Mukadimmah yang semua orang tak berapa nak faham kan , haha meh aku translate balik .. hari tu balik kampung so alang-alang balik memang berhajat nak jalan-jalan Kota Bharu , sebenarnya banyak gila tempat nak pergi tapi tak sempat cuma tempat wajib aku pergi di Kopitiam Kita .. aku suka gila makan roti titab kat sini weh , sumpah sedap ! Roti dia pun tebal dan lembut lepas tu makan pulak dengan telur goyang dan kaya ~ fuhhh .. 

Kalau orang tanya mana tempat best nak sarapan di Kelantan / Kota Bharu memang Kopitiam Kita ni aku akan suggest dulu kat korang semua .. kiranya ni ke dua kali aku singgah makan kat sini , dan aku akan makan roti titab je padahal banyak lagi makanan-makanan terkenal dan tradisional kelantan yang ada di sini .. cuma tu lah kalau aku dah suka pada makanan tu , memang tu je lah yang aku pilih hehehe 

Ramai jugak lah orang-orang kenamaan mahupun artis yang datang sini , nampak tak poster belakang tu .. Datok Siti pun pernah singgah sini haaa

Minum kopi dalam cawan besar , cawan antik lagi tu .. lawa kan ? Bila tengok cawan-cawan lama dan antik terus teringat Pakcik Mat Gebu hehehe minat sangat dia kat barangan antik oiiii .. tapi memang lawa pun kan cawan tu seperti orang yang tengah memegangnya kakakaka mohon muntah 


Yeah my roti titab kegemaran aku dah sampai , mula-mula aku datang makan kat sini (tak pernah pun sebenarnya makan roti macam ni ) so aku tak pandai nak makan then laki aku ajar cara dia pecahkan telur tu then campur sekali dengan kaya tu dan makan dengan roti .. fuhhh sedap oiiii makan satu pun dah kenyang , kombinasi rasa kaya dan telur tu memang masukkk lahh , harga dia tak ingat la pulak dalam RM5.00 je tak silap heee 



Kalau korang tak minat makan roti untuk sarapan atau nak makan menu-menu lain , jangan risau ada belaka kat sini macam Nasi Dingin , Nasi Tumpang , Nasi Kak Wok , Nasi Lemak , Telur Separuh masak dan banyak lagi lah , kuih muih semua ada .. Kelantan ni memang banyak makanan-makanan sedap dan murah , nanti nak buat sesi jalan-jalan cari makan lah .. cuma hari tu tak sempat oihh ~ 

Rayyan pun suka jugak makan kat sini ~ 

Alamat : Jalan Sri Cemerlang , Taman Desa Jaya , 15400 ,
Kota Bharu , Kelantan 
Waktu Operasa : 7.00 A.M - 1.30 P.M


10 ulasan:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Sedapnya

Nurul Syahirah berkata...

hari tu bercuti dekat kelantan memang singgah sini dulu :D

Attiey Mohamad berkata...

tak pernah p makan situ tiap kali balik kampung..huhuhu. x sempat

mas saari berkata...

Kita pun tak pernah makan roti titab ni, nanti kalau pergi Kelantan nak cubalah.

Lynda Che Lah berkata...

Nanti balik Besut nak singgah.

Normi Nieza berkata...

Abg rayyN encem..eh😁😁😁

Fatin Shahrizam berkata...

Sedapnyaa roti titab tuee :P

Nadia Johari berkata...

tak pernah makan lagi..kalau ada rezeki jalan sini boleh singgah

Tanpa Nama berkata...

Ya roti titab mmg sedap. Skg letak 2 biji telur dah.Minggu lepas saya gi sarapan di sana. Nasi kerabu pun sedap. Lunch di nasi ulam cikgu...mmg terbaik!

Hasrul Hassan berkata...

Alhamdulillah, saya dah merasa makan kat Kopitiam Kita ni. Memang sedap Roti Titab, roti bakar yang diberikan nama unik untuk tarik perhatian pengunjung .. :)

Yang best pasal Kopitiam Kita ialah makanan kelantan lain yang ada dijual di sini. Yang tak best ialah, ia cepat habis kalau datang lewat. Kul 10 pagi, silap haribulan hanya Roti Titab je yang ada.

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com