KFC Chizza Chicken X Pizza | Sedap ke Chizza ni ?

6 ulasan:
Assalamualaikum ~ 

Serabut pulak bila iklan KFC lalu lalang di tv , asal iklan je nampak KFC asal KFC nampak iklan .. sebab tu kena dapatkan jugak haha sebab setiap kali iklan duk asyik fikir sedap ke menu baru KFC Chizza ni .. kebiasaannya iklan over dari rasa , over jugak dari segi saiz nya haha always tertipu tapi pada masa yang sama beli jugak hahah 


Jadi semalam aku order jugak Chizza ni secara online je , by the way lama dah jugak tak makan kfc sebab dah boring tak tahu nak makan apa ~ dan semalam husband takde jadi sifat malas menguasai diri untuk tidak memasak heheh .. so order set Chizza , set burger , dan ala - carte yang lain untuk Rayyan .. dia suka yang cheese bulat-bulat tu padahal agak masin jugak lah 


Sedap ke Chizza ?

Bila dah sampai order terus terkam Chizza ni dulu , pertama kali rasa Chizza ni rasa dia macam Hawaian Pizza sebab ada kombinasi dengan nenas , so rasa juicy masam manis macam tu ..cuma yang ada hanya sekeping ayam lepas tu letak cheese dan sos , macam spaghetti sos pun ada hahaha so sedap ke idok ? nak kata tak sedap langsung tu tak jugak , bagi aku biasa-biasa je rasa dia .. takdelah ''WOW''  sangat cuma bolehlah lain dari yang lain  tekak boleh terima.

Lidah aku okay , kau kata tak sedap tapi lidah aku tak rasa apa .. haha so try lah jugak kot kempunan ..boleh lah kalau dah takde benda nak makan ..asyik ayam je boring jugak .. tapi takdelah rasa tahap menyesal bila makan Chizza ni , ia mengenyangkan jugak cuma kalau letak cheeze dan sos banyak sikit mungkin lagi sedap hohoho .. ai bagi 3.5/5 bintang sebab size dia tak besar sangat dan cheese sikit.




Korang kalau nak try , try je tak payah ikut cakap orang haha , aku try je sebab aku nak rasa sendiri .. lain lidah lain rasanya .. kalau pergi KFC lagi aku akan order lagi ke tak ? bila tengok menu-menu yang ada di KFC yang lain macam dah biasa sangat so why not !  heheh  aku sekarang pantang nampak makanan weh hahaha okey adios ! Harga Chizza ni ala carte di jual dengan harga RM7.90 je so beraloi lah dengan rasa tu .

6 ulasan:

MaMa Chantique berkata...

Tak sempat lagi nak merasa chizza KFC ni.. anak asik minta pergi marrybrown je.. 😂😂

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

Betul tue lain orang citarasanya tak sama , ada yang feedback chizza ni ok dan ada yang tak ok

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman berkata...

Kami pun tak try sebab ramai yang cakap tak sedap. Suami pulak jenis taknak habiskan duit kalau makan tak sedap. Hahaha

Lisa Nurulain berkata...

tak sedap tak sedap tak sedap ... sebab cenonet je . better beli pezzo .. kenyang hahahah

Kuronofu91 berkata...

dah makan hari tu.Boleh la rasanya

Nadia Johari berkata...

tak beli..sebab nampak tak sedp..hahaha

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com