Santuari Ikan Sg. Chiling | Menyesal Tak Bawak Baju !

Assalamualaikum uols ~ nak coretkan penyesalan serius kali ni , eh menyesal sungguh lah ! nyesal sambil hentak-hentak kaki (buruk naw perangai mokmung haha! ) hari tu kan suami ajak pergi Bukit Fraser jadi dalam perjalanan tu tersinggah lah Sungai Chilling di Kuala Kubu Baru Selangor ni haaa , sebenarnya banyak kali jugak dah lalu kat sini tapi tak terlintas pun nak singgah ~

Kali ni alang-alang hari untuk berjalan-jalan jadi singgah lah sekejap nak tengok jugak apa yang best di Santuari Sg Chilling ni ! pernah lah google nampak macam menarik , sambil mandi boleh bagi makan ikan kelah , banyak betul ikan kelah kat sini weh , tapi nasib baik tak boleh bawak balik kalau tak kenyang makan ikan kelah untuk setahun ..


Nak masuk sini kena parking kenderaan korang kat luar ye , dan kena berjalan kaki ke dalam sana , tapi takde lah jauh sangat .. ermm lebih kurang dalam 5-10 minit je dah sampai , dan kena daftar sebanyak RM1 sahaja .. tapi kalau korang nak pergi ke air terjun yang ni ambil masa lama sikit dalam 40 minit macam tu tapi best lah kat sana lagi banyak ikan kelah dan ikan tangas yang besar-besar gitu .. 

Memandangkan aku kebetulan je masuk sini dan bawak Rayyan , risau jugak nak masuk hutan ni .. so tak de lah pergi hingga ke air terjun just lepak di depan je , kalau kat depan ni takde lah hutan sangat dan air dia sejuk gila wei ~ nyesal sungguh tak bawak baju ! dan nyesal sungguh pergi Bukit Fraser yang ntah apa-apa haha boring nak mampuih ... serius boring gila Bukit Fraser , so baik tak payah pergi k , melainkan lepak hotel berhoneymoon atau membawa diri .. hahah


Macam best je berkelah kat sini , hari tu pun ramai gila berkelah , so kalau korang cari tempat mana nak berkelah yang best-best , aku suggest kat sini pun best ! boleh bbq dan suka hati korang lah .. ni bahagian depan , masuk je dalam kawasan ni terus jumpa sungai ni haaa .. so kalau rasa penat nak masuk sana di air terjun dan bawak anak-anak , kat sini dah cukup best untuk korang bermandi manda 



 Memandangkan tak bawak baju , kita main celup-celup kaki je la Rayyan ye .. nanti Umi bawak lagi kita mandi manda kat sini .. kebetulan sebelum masuk dalam ni , ada budak bagi baki makanan ikan , hihihi so bagi kat Rayyan je lempar-lempar bagi ikan makan .. berduyun-duyun ikan datang tau .. 



Sempat lagi ber OOTD atas jambatan ni , jambatan ni untuk pergi ke air terjun .. 



Ni air terjun yang kat dalam sana , kena jalan dalam 40 minit camtu sampai lah .. macam best je , teringin jugak nak pergi sana tapi fikir nak jalan dekat sejam gak dengan si Rayyan ni , takpelah haha


Banyak gila ikan kat sini , tapi WARNING ye tak boleh memancing mahu pun bawak balik ikan-ikan ni semua , nanti kena sumpah (gurau je ! haa takut la tu :p )
InshaaAllah akan datang lagi , nasib baik dekat je dengan rumah .. so kena bodek hencik suami lagi lah yeee kalau nak datag hikhik .. 

Waktu Operasi :
Hari : Jumaat , Sabtu dan Ahad sahaja 
Waktu : 8.00 pagi - 6.00 petang

Aktiviti Yang Dibenarkan 
Mandi Manda 
Merentasi sungai dan hutan ke air terjun utama 
Berkelah 
Perkhemahan Harian (Tidak Di benarkan Bermalam ) 


6 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Wow! Best nyaa. lama tak mandi manda kat sungai ni. Boleh la berkelah kat sini nanti

    BalasPadam
  2. jernihnya air sungai..mesti sejuk sampai ke tulang hitam kalau berendam dalam sungai tu kan

    BalasPadam
  3. Wahhh, syoknya. Boleh pergi nanti.

    BalasPadam
  4. Eh saya baru je pergi sabtu.. haha. 3x pergi dah. Memang best kalau nak cross anak sungai tu menuju ke air terjun utama.. tapi mencabar sikit kalau bawa anak sebab macam jungle trekking kan.. Best ke sini.. air sejuk sangat..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama