Ramadhan 2 | Menu Berbuka Puasa Simple Pun Sedap

5 ulasan:
Ramadhan ke dua ni tetiba aku rasa sedih , sebab rindu dengan suasana kg , rindu masakan mak .. rindu everything yang zaman-zaman pemalas , bila bulan puasa je kena bebel sebab malas nak masak .. ahaks konon letih sangat la tak mampu nak buat ape ! ceh dasar pemalas di waktu bujang kahkah tapi bila dah kahwin ni rajin la sikit uols ..

Bila dah kahwin dan dapat suami yang tak cerewet bab makanan ni , patut bersyukur sebab tak payah susah - susah masak masakan jawa , timur tengah mahupun western , tekak dia macam aku jugak boleh masuk semua tapi kadang-kadang aku yang cerewet sebenarnya .. so hari ni ingat nak masak kan tomyam tapi husband cakap nak simple-simple je dia pergi masak sup ayam .. ayoyoyo lagi pun cuti hari ni so terlampau rajin

Pembantu Umi dalam segala hal .. sekarang dia lah paling laju ke dapur lepas tu peluk kaki umi =_=

Bila dah masuk petang hari tadi , tetiba terfikir nak buat agar-agar sebab kitorang malas nak keluar pergi bazaar ramadhan .. nak rehat je kat rumah , so buat je lah benda paling simple untuk pemanis mulut .. bahan-bahan untuk buat kuih pun tak teringat nak beli .. so hari ni buat lah agar-agar sirap ros ! haha .. sedap jugak bila lapar oik

Agar-agar Sirap Ros

Bahan-bahan
  1. Agar-agar bertali
  2. Daun pandan
  3. Sirap
  4. Air 

Cara-cara 
  1. Masukkan agar-agar dalam periuk bersama air 
  2. Biarkan ia larut , kacau-kacau
  3. Masukkan gula dan juga sirap  dan daun pandan
  4. Bila agar-agar tu dah cair boleh lah tutup api dan biarkan ia sejuk seketika
  5. Masukkan dalam peti ais , tunggu keras dan siap ! 
Nak nampak comei-comei letak dalam bekas ais bentuk love2 .. semoga yang makan akan bertambah kasih sayang haha 

Dah siap sebegini la rupanya .. aummmm , ermm esok nak masak apa pulak ye ! oh menu hari ni tak amik gambar pun sebab malas.. :p alhamdulillah done untuk Ramadhan ke dua ..

5 ulasan:

shazillahsani.com berkata...

alahai...comeiinya agar-agar qaseh...hihihi

Mama Kembar 3 berkata...

comel je pembantu ummi tu, cubit kang hehe

Sue Izza berkata...

amboiii lep2 gitu,masak je apa bahan yg ada dalam peti ais hehehhe,selalu feeling2 masterchef gitu atau amazing raze hahaha uji kreativiti dengan bahan yang di beri ahhahhaa poyo je.

I am LZ berkata...

Agar-agar tu menarik Dalia.
Comel sangat, senang makan sekali ngap hilang `love`.. hehehe

Nadia Johari berkata...

ni makan dek rayyan habis semua..hehe

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com