Pigeon Newborn Pure | Penjagaan Kulit Bayi Yang Bagus

13 ulasan:

Pigeon Newborn Pure Review | Rayyan ! jom mandi ! begitulah rutin hari-hari bila ajak Rayyan mandi haha tapi alhamdulillah bab-bab mandi , main air ni sekarang laju je dia .. tak macam dulu , selalu nak mandi dengan air panas .. sekarang bila dah makin membesar ni makin bijak dan banyak akai .. 

Bila ada baby ni selain dari keperluan dia yang lain , tentu pening kan nak pilih losyen dan mandian yang tak membuatkan kulit bayi sensitif , nak kulit bayi kita lembut dan wangi je .. begitulah kalau dah ada anak kan semua benda kena ambil tahu .. so hari ni aku nak kongsi produk pilihan untuk penjagaan Rayyan . 

Walaupun Rayyan dah setahun lebih tapi masih dalam kategori bayi kan haha , because he always my baby ! so kalau korang pening nak pilih yang mana satu best , aku cadangkan guna lah Pigeon Newborn Pure ni , banyak kelebihan nya tau .. dah lah wangi , kadang-kadang aku pulak terguna .. hihi ampunkan Umi !  eh tapi tak salah sebab boleh di gunakan seisi keluarga 


Tq Motherhood , by the way first time guna barang penjagaan bayi dari product Pigeon ni , dan sememangnya produk yang di kenali ramai kerana di kaji dengan formula yang terbaik dan di buat di Jepun.



Jadi , aku pun guna jugak untuk menguji sejauh mana bestnya produk ni , mana tahu kan kulit jadi sensitif atau pun tak , dua produk ni adalah yang terbaru dari Pigeon tau , selain dari Moistuoruzing Lotion dan Puryfing Wash yang aku terima ni ada lagi dua produk jika nak beli satu set iaitu Calming Oil , Protective Cream dan Naurishing Syampoo 

Tekstur Moisturizing Lotion ni tak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit 

Kelebihan Pigeon Newborn Pure 
  • Di buat di JEPUN 
  • Di uji secara dermatologi untuk memastikan penggunaan yang selamat pada kulit bayi 
  • Mengandungi dua lapisan Natulayer yang mengekalkan perlindungan lapisan perlindungan lemak kulit dengan memastikan tahap PH yang seimbang
  • Bebas dari Paraben , Formaldehid , Alkohol dan mana-mana bahan yang boleh membuatkan kerengsaan kulit 
  • Mengandungi bahan seperti Virnex dan Cerimede 
 
Rayyan suka la dia kalau orang sapu-sapu losyen sambil urut-urut kaki .. 

Body wash pulak tekstur dia buih yang sedikit dan sangat wangi .. bau dia pun melekat kat badan so rasa segar je , bayi pun dapat kesegaran dan keselesaan tanpa sebarang masalah ..

Bila dah di uji pada kulit sendiri dan juga Rayyan , alhamdulillah produk ni memang best dan bagus untuk di kongsi kepada ibu-ibu di luar sana yang tercari-cari produk penjagaan bayi yang terbaik .. haaa aku cadangkan kalau nak beli better beli satu set terus so tak payah nak susah-susah beli asing-asing .. produk Pigeon memang best bagi aku .. kulit pun sentiasa lembab dan tak kering .. wangi macam baby dah jugak Umi Rayyan haha 


Mana nak dapatkan produk Pigeon ni ? korang boleh layari  :




13 ulasan:

fizafantagirO berkata...

Rambut pacak ultramen terus eh masa mandi. hihihi. Makin seronok la rayyan mandi pasnii

Lisa Nurulain berkata...

perasan gak ... pigeon dari dulu akak2 lisa guna . skrg tkde baby dah hihi .tunggu turn lisa pulaa

YB Shehan berkata...

dak besar leh tak? hehehe

Daus Redscarz berkata...

boleh bagi Faheem try nanti... sebut mandi je laju je..

mOoN IzzaN berkata...

Haaa.. x penah jmpa lgi produk mandian pigeon..

mas saari berkata...

Wahhh boleh cuba untuk new baby nanti, hehehee!

Cikk Mimin berkata...

Wah rayyan.. makin lembut laa kulit rayyan

IQ = Izyan Balqis berkata...

sesuai tak untuk budak yang ada masalah kulit macam eczema? macam menarik je mandian pigeon ni, kebetulan mandian anak pun dah nak habis..heee

yaya_flanella berkata...

Best best boleh beli utk baby nanti :)

Nadia Johari berkata...

seronok dia mandi yee

Sue Izza berkata...

mmg wangi dan tak melekit losyen dia,haaaa sama la ibu yg lebih pakainya hahahha sapu anak ,lumur kat ibu hehehhe

Husna Rahman berkata...

menariknyaa..boleh buat hamper ni kasi adiah kat sepupu yang bru dpt beby..pening nk bg adiah apa sebab dah boring asyik bg baju jee

Mar Mansor berkata...

Tak pernah guna mandian brand pigeon.tapi produk pigeon memang bagus.
Janji Kita

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com