Air Nabeez , Tips Kekal Bertenaga di Bulan Puasa

2 ulasan:
Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua yang beragama islam , alhamdulillah semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya .. bila tiba Ramadhan ni , rindu sangat kat kg , rindu suasana berbuka puasa di kampung , alahai sedihla pulak ..

Bila masuk bulan Ramadhan ni awal-awal mesti rasa lemah , dan malas nak buat segala kerja kan .. tapi nak tak nak kena jugak buat kerja , jadi apa tips korang untuk kekal bertenaga di bulan puasa ? share-share lah ye , mana tahu boleh praktikkan , dan cara aku adalah minum Air Nabeez sewaktu bersahur .

Air Nabeez ni juga adalah amalan Nabi Muhammad S.A.W ..

Cara-cara membuat Air Nabeez

Bahan-bahan

  1. Kurma
  2. Air Suam 

Cara-cara 

  1. Ambil kurma dengan bilangan nombor ganjil , biasanya 3 biji untuk sekali buat 
  2. Buang biji dan carik-carikkan isi kurma 
  3. Rendam isi kurma dalam air suam 500ml / 1 liter di waktu malam sebelum tidur 
  4. Jangan lupa tutup air dan biarkan di luar , tak perlu letak dalam peti sejuk
  5. Minum di waktu sahur ! Esoknya inshaaAllah kekal bertenaga 

Hati Berbicara  :


Haaa mudah je kan , kalau nak guna kismis pun boleh tapi jangan campur kismis dan kurma , buat asimg-asing ok .. dan jangan simpan air Nabeez ni sebab ia akan masam , sebolehnya buat tiap-tiap malam untuk sahur .. Banyak sebenarnya kelebihan kurma ni untuk tubuh badan kita .. buat jus pun sedap ! 

2 ulasan:

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com