HAQQI | Portal Kelengkapan Haji & Umrah Serta Fesyen Islamik

Assalamualaikum , setiap orang pasti ada impian untuk menjejakkan kaki di tanah suci kota Mekah kan , dan tak terkecuali lah untuk diri qaseh sendiri ..alangkah bestnya dapat mengerjakan ibadah kat sana ermm takpe inshaaAllah satu hari nanti kita semua akan berada di sana .. ameen 

Jadi berita baik buat semua yang bakal dan akan mengerjakan haji dan umrah , qaseh nak share kat korang semua tentang web www.haqqi.com.my yang mana akan memudahkan korang mencari segala persiapan / kelengkapan haji dan umrah .. so takde lah pening kan nak cari kat mana kedai , nak survey harga lagi .. sedangkan semua tu boleh di hujung jari je haaa .. sekarang senang , shopping online lagi mudah .. tengok-tengok dah sampai depan pintu .. 

Secara ringkasnya mengenai Haqqi , ia di lancarkan pada September 2016 dengan kerjasama Koperasi Tabung Haji Bhd dan Glass Go Media sdn bhd , btw Haqqi memang bertujuan untuk memudahkan bakal jemaah mendapatkan keperluan asas secara online , tapi ~ Haqqi juga  di lengkapi dengan barang keperluan harian dan juga fesyen islamik melibatkan 8 jenama hebat .. 
Matlamat Haqqi , menyediakan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan , dan semestinya banyak tawaran dan promosi , dan semoga Haqqi dapat mendapat tempat di Malaysia sebagai sebuah portal untuk kelengkapan haji dan umrah yang terbesar dengan harga yang mampu milik 


8 Jenama Vendor di www.haqqi.com.my

Bila korang masuk web www.haqqi.com.my , korang akan lihat beberapa jenama yang menjadi vendor di butik dan jugak web Haqqi , dan jenama tu ialah Owl by Nora Danish, Dara by Fathia Latiff, Izzuexlusive, Ameera Zaini, El by Elfira Loy, Sir Nasin dan Zareeth Zehra. 

Bila tengok-tengok kat web www.haqqi.com.my ni , aduhh betul-betul tergugat iman , dari telekung , sut seluar baju muslimah hingga lah ke jubah ! semua nya cantik-cantik .. arghhh tak tahu mana satu nak pilih , jenama pulak semuanya hebat-hebat ~ mana tak nya semua dari artis terkenal .. dan yang bestnya harga sangat-sangat mampu milik , dan banyak dah promosi yang ada .. fuhh nanti bila dah nak raya confirm lagi banyak promosi kan ~ haaa tunggu ! 




Pilih punya pilih akhirnya decide dan berkenan sangat dengan jubah flora printing Dara by Fathia Latiff ni , fuh lawa gila baju ni .. dah la iols ni peminat jubah , so dalam koleksi takde lagi jubah design printing flora , terus masuk dalam cart ! dan proses penghantaran pun cepat je sampai .. 



Cara Pembelian 
  • Daftar akaun anda dengan mengisi alamat email dan klik daftar
  • Click - Pilih dan klik produk pilihan anda untuk disimpan di bakul impian. Check - Periksa alamat penghantaran 
  • Choose - Pilih kaedah pembayaran sama ada melalui kredit, debit mahupun pengelola pembayaran 7 Eleven.   
  • Setelah selesai dan berjaya membuat pembayaran, pelanggan akan mendapat email dari pihak www.haqqi.com.my


Tadaaa sampai dah jubah yang qaseh berkenan sangat .. excited sangat bila parcel ni sampai .. jom ootd !
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

First impression pun dah jatuh cinta , qaseh suka lengan jubah ni sebab style fit .. so kalau nak buat apa2 kerja takde la lengan terselak .. dan jubah ni mesra wuduk .. ada zip ~




Butik Haqqi di Shah Alam 


Haqqi turut turut melancarkan butik fizikal pertamanya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Januari 2017. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Glass Go Media Sdn Bhd, Mohamed Azani Mohamed Anwar, cawangan pertama ini merupakan perintis bagi pembukaan lima cawangan masing-masing terletak di Bangi, Kuala Lumpur, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Johor Bharu.

so korang yang berdekatan dan nak walk in boleh lah pergi ke butik Haqqi di Shah Alam .. so ada dua pilihan sama ada nak beli online pun boleh , nak walk in pun boleh .. lebih puas hati orang kata kannn ~

Cantik kan jubah qaseh ni .. apa tunggu lagi ??? korang cepat-cepat layari laman web haqqi at www.haqqi.com.my sepantas kilat ! kurta dan pakaian lelaki pun smart2 oik .. murah-murah pulak tu ..  

Oh ye selain dari web , boleh juga di akses dengan menggunakan applikasi Lembaga Tabung Haji 'thij
ari' dan laman web  www.kthb.com.my

Untuk Maklumat Lanjut : 

Butik Haqqi

67, Jalan Plumbum P7/P, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Sebaris dengan JAKEL Shah Alam)
No. Telefon: +60 3-5523 4798

Ikuti perkembangan Haqqi di Media Sosial:

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/haqqi.com.my/

FACEBOOK: https://www.facebook.com/haqqi.com.my/

TWITTER: 
https://www.twitter.com/my_haqqi

WEB : 
http://www.haqqi.com.my



19 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. cantiklah qaseh. Warna soft dan mmg lawa. mudahnya nk shopping kt haqqi ni

    BalasPadam
  2. trend jubah skrg dah helok2 dah... takde la kosong jer...

    BalasPadam
  3. wahhh cantiknya jubahh ni.. SS pun suka style fit. Tapi cuma malass nak mnggosok huhu. ini material apa yer??

    BalasPadam
  4. oo kat shah alam erk.. tp ada portal tu senang ler beli online

    BalasPadam
  5. Fuyoo cantik sesangatt laaa qaseh..sesuai ngan qaseh .. omeyyy angat2

    BalasPadam
  6. Suka tgk coraknya...tergoda...lawa qaseh pakai sesuai sgt...oh ada butik di shah alam ye leh la usya nanti

    BalasPadam
  7. nka beli kaler sama dengan qaseh la. haaahaha

    BalasPadam
  8. lawa2 koleksi di butik haqqi...mengancam iman :)

    BalasPadam
  9. Lawa la jubah qaseh pakai..

    BalasPadam
  10. Cantik jubah Qaseh pilih.. ada rezeki nak bei juga lah nanti..

    BalasPadam
  11. orang tinggi sesuai la pakai jubah ni. :P

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama