Berdiam Diri

Assalamualaikum ... selamat malam semua , pada yang sedang berduka bertabah lah dengan ujian hidup , pada yang sedang bahagia Alhamdulillah atas nikmat Allah..

Pernah tak dalam hidup kita ada sesuatu perasaan yang membelenggu diri , yang membuatkan hati kita berkecamuk , tiba-tiba termenung sendiri dengan segala-galanya .. entahlah perasaan ini tak pernah kita undang , tak pernah juga mengharap ia hadir .. sesuatu emosi yang sukar di mengerti dan membuatkan kita seolah ingin berada dalam dunia sendiri , mungkin bertafakur dalam dunia yang kita ciptakan , dunia yang tenang hanya diri sendiri dan perasaan .. dan akhirnya kita memilih untuk hanya berdiam diri walaupun dalam ramai .. 

Ada satu saat kita akan memilih untuk terus berdiam diri , tapi adakala manusia tidak memahami mengapa seseorang itu mendiamkan diri .. aku juga cuba untuk berdiam diri sejenak untuk mencari di mana khilaf ku sendiri , sejauh mana rindu ku , sejauh mana ego ku , setinggi mana rasa amarahku ! tapi adakala dalam ingin mendiamkan diri , air mata pula jatuh ke pipi .. terasa sunyi , terasa ''siapa je yang menyayangi aku ? siapa je yang mengambil berat tentang aku ? siapa je yang benar-benar sematkan aku dalam hatinya ~ entahlah persoalan kadang tidak pernah punya jawapan ,, hanya tinggal sepi sendiri ~ pernah ? hehe manusia takkan lari dari emosi sendiri .. 


Tapi andai kau tahu seseorang bila mendiamkan diri bukan bermakna dia tak merasa apa-apa , dia masih punya perasaan ~ adakala dia menunggu seseorang menanyakan khabar , menunggu apakah ada yang mencari dirinya ~ adakah dia masih di sayangi atau telah di abaikan ... kadang-kadang dia bingung ~ adakah patut dia yang memulakan perbualan , atau terus sepi mengharap di sapa ... adakala diamnya seseorang bukan bererti dia tidak merindui tapi ego menguasai walaupun hati sarat dengan perasaan rindu yang tak terucap .. kadang-kadang sengaja mencetuskan perbalahan agar tidak nampak apa perasaan sebenar yang sedang meletup dalam diri .. tahukah engkau ~

Dalam diam seseorang kadang terdapat ujian pada yang mengenali , ada cabaran yang sengaja di cetuskan untuk melihat siapa kau pada diri nya , adakah kamu sebagai kawan atau sebagai seorang yang rapat dengannya begitu mengenali diri dia .. dalam diam seseorang adakala nya sengaja untuk memberi sedikit tekanan kepada kamu , bisa kah kau mengawalnya ? atau mengalah terus dan juga mendiamkan diri ~ kalau ya... tinggalkan lah dia selama-lamanya , pergi jauh dari hidupnya kerana diam itu bisa menguatkan hatinya yang mungkin sedang menguji setia , kerana diam juga ada satu jawapan yang dia cari .. dan kerana diam .. segalanya boleh berubah ... 

Hati berbicara :

Atas dasar apa aku menulis coretan ini ~ aku tak pernah rasa ingin mendiamkan diri , cuma perasaan marah dan kecewa tiba-tiba sebati .. aku bukan orang yang baik ,dan mungkin tidak layak untuk berada sebahagian dari dalam hidup mu .. ~ kerana aku bukan seorang yang baik spt kamu :)

Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama