Percutian Bujet Cameron Highland part 2 | Tempat Menarik di Cameron Highland

Assalamualaikum ~ kali ni nak sambung percutian bujet qaseh ke Cameron Highland , kalau belum baca part 1 boleh baca kat sini k {KLIK} , so kat mana lagi tempat-tempat menarik kat sini ? sebenarnya banyak sangat tempat-tempat menarik tapi yang qaseh sempat pergi ni sahaja ... :) hari kedua , heyyyy kalau datang Cameron tempat wajib datang mesti ladang Teh selain dari Strawberry , Teh sangat lah famous kat sini , so jangan wat loqlak tak datang Ladang Teh k .. sebenarnya ada dua ladang Teh yang famous kat sini , iaitu Cameron valley Bharat Tea Plantation dan Ladang Teh Boh Sungai Palas... tapi sebelum tu kami singgah di MARDI ..

AGRO TECHNOLOGY PARK MARDI - di buka setiap hari kecuali Isnin

Apa yang ada di sini ? dah namanya pun MARDI , kat sini sebenarnya tempat penyelidikan agricultural yang telah di buka oleh kerajaan , bagi aku agak bosan jugak kat sini al-maklumlah bukan suka sangat bab2 menyelidik haha , tapi kalau korang yang sukakan alam semula jadi boleh la lepak kat sini , harga masuk hanya RM5.00 ..


bila suami amek gambar :p













LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS 
Selepas melawat MARDI kami terus pergi ke Ladang Teh Boh Sungai Palas , btw ada beberapa tempat lagi ladang Teh di Cameron Highland tapi kami memilih di Sungai Palas , entah la kenapa mungkin nak feeling-feeling ombak rindu , sebab kat sini lokasi Ombak Rindu ok .. tapi jalan agak mencabar sikit sebab sangat la sempit , kecut perut jugak datang ke sini jadi sila memandu dengan berhemah tau .. walaupun pergi hari biasa ramai jugak orang datang ke sini .. jenuh jugak beratur untuk beli makanan ~





Untuk naik ke sini agak semput jugak la kena daki tangga-tangga yang sangat la banyak , dah la tengah memboyot masa ni , tapi gigih sebab anak umi sangat la strong kan !

tak dapat nak lepak area depan menghadap ladang Teh sebab full ! terpaksa la duduk kat belakang-belakang sikit huhu , tapi takpe still boleh nampak view yang cantik , lepak sini best sangat sebab rasa sangat segar dengan kehijauan yang menenangkan 



Kalau dah datang jauh-jauh takkan lepak aje kan , so kitorang makan ni je , btw takde jual nasi lemak ke nasi berlauk ke kat sini ye haha cuma ada kek-kek dan jugak roti , dan yang pasti segala perisa teh ada kat sini , qaseh oder teh strawberry ! sedap !

kat sini pun ada jual pelbagai jenis teh dan ole-ole , sedia wang banyak2 okey 
 TAMAN BUNGA LAVENDER 
Tempat last kitorang selama dua hari di Cameron Highland , Taman Bunga Lavender .. Yuran masuk untuk dewasa RM6 dan RM4 untuk kanak2... kat sini memang di penuhi bunga-bungaan yang sangat cantik .. memang cantik tempat ni , kalau korang kaki bergambar ataupun selfie ni tempat terbaik untuk korang hehe ... selain dari bunga Lavender , banyak juga bunga-bunga lain yang terdapat disini , siap boleh petik lagi tapi RM2 untuk sekuntum bunga ..











ni semua bunga yang boleh di petik tapi berbayar la ok .. cantik tak ? qaseh tak petik pun sebab bukan jenis manusia yang suka jaga bunga , cuma suka tengok bunga je hehe




ni pulak korang boleh ambil gambar polaroid , kalau tak silapRM10 .. untuk kenang - kenangan 



Hati berbicara :
Sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik di Cameron Highland tapi semua yang tercoret adalah tempat2 paling popular orang kunjungi ~ hehe masa pun terhad dan tak larat sangat untuk berjalan ,, inshaaAllah datang lagi bawak Ayyan ke sini ..

1 comment

  1. Wow... Xpernah sampai yang lavender. Sempat bawa mummy daddy kt kilang teh.. rindu nk jejalan dgn derang...cantik gegambar.

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..