Selamat Pengantin Baru KakSueIzza

8 ulasan:
Assalamualaikum ...

Alhamdulillah Allah , salah seorang lagi dari #kelabbloggerbenashaari masuk ke alam rumahtangga , bertukar status dan akhirnya sah , semoga bahagia hingga ke syurga kaksue , sebelum tu nak mengimbau kenangan sikit dengan kaksue ni , btw bukan sikit tapi banyak gila kenangan ngan kaksue ni , kenal pun as a blogger , orang yang sangat-sangat banyak membantu qaseh dari segala hal hingga la qaseh ke jinjang pelamin , Allahu tak terbalas jasa beliau , mana taknya first qaseh datang Putrajaya tak kenal sesiapa , then jumpa first yg di aturkan oleh Abg Ben , hingga lah sekarang , selain yanty , kak pija , mieja .. kaksue la orang yang suka menolong adik2 nya yang degil nak mampus ni haha ... 
 

So 31 may , alhamdulillah akhirnya apa yang ditunggu-tunggu jadi kenyataan kan kaksue , nangis , gaduh , macam-macam hal lah , but now u already married ! yahoooo happy kan .. tiada apa yang lebih bahagia selain melihat kegembiraan orang yang kita sayang , aku awal-awal lagi da mengekor kaksue balik kg , hurmmm wedding aku pun haritu banyak di uruskan oleh kaksue , naik segan rasanya sebab tak tolong kaksue pape , sebab tu balik sekali konon-konon nak tlg apa yg patut , tapi rasanya tido je banyak , sama naik ngan bakal pengantin kahkah , dalam pukul 11 , kaksue dan abe edy sah bergelar suami isteri di Masjid Bukit Betong , terpancar-pancar keserian di muka pengantin haaa gitu , wpun first nya muka abe eddy cuak nak mampos haha tergelak sat , lepas tu tetiba bertukar sayu bila mak ayah mengeluarkan air mata , auchh aku xboleh tengok adegan2 sebegini , sebab nanti aku yang over nangis nya ..



Selesai akad nikah , masing-masing pulang ke ganggang untuk bertukar pakaian , untuk berarak dan majlis makan beradab , tema kakcuee of course la warna pepel , peminat setia pepel dari kecik agaknya hehe dan lepas zohor berarak , makan beradab dan sesi bergambar bersama kawan-kawan dan keluarga .. alhamdulillah majlis berjalan lancar .








hati berbicara :

hidup ini belum tentu apa yang kita mahu ,
dapat terus tercapai dengan hanya meminta , 
adakala kita perlu dahulu memberi ,
supaya apa yang di ingini dan dimiliki,
tak lokek untuk kita terus berkongsi 





8 ulasan:

  1. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sebak gila masa pengantin nak akad nikah tu :')

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah dan kenduri. Tahniah KSue & AEddy!

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah ...barakallahufikkum buat sue dan eddy moga bahagia hingga ke jannah. Doa sahabat yang kejauhan ...sobsobsob

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, tahniah sue dan suami..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum qaseh...selamat pengantin baru n tahniah2 buat sue..

    BalasPadam
  6. sobs sobs sapa potong bawang ni...tq so much dear,sentiasa ada....love both of u

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com