CAFE 9 TASTE OF THAI | PETALING JAYA

3 ulasan:
Assalamualaikum ,

Cafe 9 Taste Of Thai | Petaling Jaya , thanx pihak FoonInker yang sudi menjemput qaseh untuk merasa makanan yang terdapat di Cafe 9 ni , sebelum ni qaseh tak pernah lagi makan di area Petaling Jaya ni , sebelum ni tak tahu pula ada kedai yang best - best area sini .. Jom kita tengok apa yang ada di sini .. qaseh memang penggemar tomyam lebih-lebih lagi tomyam thai ! perghhh kita rasa Thai kat sini best ke tidak ??


Hiasan dalaman Cafe 9 berkonsepkan asia dan kontemporari , lapang , cerah dan selesa untuk makan dengan suasana yang tenang .. ecewah dating pun ok kat sini , makanan memang not bad , sangat sedap , qaseh paling suka Siakap Stim dan Tomyam Thai , of course la Tomyam Thai harus sedap , nama kedai pun ala-ala Thai kan ..

btw Cafe 9 masih baru lagi , beroperasi tak sampai setahun lagi , tapi baru tak baru , memang pilihan qaseh untuk merasa Tomyam lagi bila berada di Petaling Jaya ni , deretan dengan kedai-kedai lain memang memberi saingan kpd Cafe 9 , apa-apapun semoga maju jaya ,,,jom tengok apa yang qaseh dah sumbat dalam perut , pergh kenyang banget ! 

Tom Yam Soup 
Menu utama Cafe 9 , Tom Yam , yeargh my feveret forever .. tom yam ni menggunakan santan , rasa masam dan pedas yang membuatkan den hirup kuah tu tanpa henti .. ada dua hidangan untuk Tomyam iaitu tomyam udang sahaja dan satu lagi seafood ..


Cafe 9 memang mengekalkan rasa asli dari Thai , memang tak ubah rasa pedas dan rasa masakan di sini , sememangnya asli seperti korang pernah rasa di Thailand ...
only prawns : RM25.90 (R) , RM45.90 (L)
seafood : RM25.90 (R) , RM45.90 (L)
regular for 2-4pax, large for 5-8pax

Thai Pomelo Salad 
Masakan ala-ala salad ni rasa dia masam-masam manis gitu , ada udang , sayur-sayuran .. memang berkhasiat betul .. 
RM20.90



Green Curry Chicken 
Kari hijau ayam , ni pun salah satu menu yang sedap di sini , rasa ayam yang sedap dan rempah ratus yang sebati dengan ayam .. tetiba rindu masakan kampung 
RM18.90


RM18.90

Massaman Curry Chicken
Kari yang sangat pekat , terasa rempah ratus dalam masakan ni , tapi rasanya tidak memuak kan , sedap di makan dengan nasi panas2 , perghh meleleh baq ang 
RM18.90

Thai Prawns Cake (House Special)
Sedap bangett appertizer neh ! rasa rangup kat luar tapi rasa udang yang sedap gilos , bersoskan dengan madu .. yummy ! bukan house favourite dah ni , tapi qaseh favourite jugak ! datang cafe9thai jangan lupa makan Than Prawns Cake ni ok , wajib taw ! 
RM18.90


Thai Otak-Otak (Hor Mok) 
Yang uniknya di sini Otak-otak dalam buah kelapa ni , qaseh ingatkan air ke ape ke , tapi rupa-rupanya otak-otak , selalu makan yang dalam daun dan fizikal nya keras , tapi kali ini otak-otak versi lembutt ,, memang rasa yang unik ... try it ! 

RM23.90
Stir Fry Mixed Vegetables 
Vegetarian jangan risau takut gemuk ke apa ke , kat sini banyak versi sayur-sayuran yang korang boleh pilih .. so jangan risau , qaseh tahu ada jenis-jenis orang yang tak boleh makan nasi tanpa sayur , hehehe . kat sini banyak pilihan ok ! 
RM14.90

Dancing Fish 
Satu lagi makanan yang unik dan persembahan makanan nya yang mengagumkan , pergh sekali tengok macam  ikan ni tengah belit sesuatu , sebab tu ia di panggil dancing fish , btw ikan ni ikan talapia , dan isinya telah di korek dan di goreng sekali , jangan risau camne la nak makan ikan ni kan , hehe dan bila habis isi-isi ikan tu boleh la meratah tulang-tulang yang rangup tu , memang sedap oik .
Small for 4pax - RM44.90
Large for 6-8pax - RM49.90
-deep fried fish with meat cut to bite size serving in 2sizes



New Zealand Oxtail Soup 
Pergh sup ekor New Zealand , qaseh peminat sup ekor, sup tulang , dan segala sup-sup , sup belut pun makan haha so rasa sup kat sini pulak .. lembut je ekor nyeee , nyummy ! 
RM25.90

Thai Style Fried Chicken Wing 
Kepak ayam pun salah satu kegemaran gua , wahhh kat cafe9 ni semua ada laaa eeee thorbaik la kedai ni , btw isi ayam ni di buang tapi di sumbat dengan sayur-sayur sedap , segala mak nenek ada dalam tu , rangup di luar .. dan rasa di dalam memang sedap , satu kombinasi yang menarik
RM16.90

Pla Nueng Manow 
Kuah dia sedap , rasa masam manis .. ni ala-ala siakap stim , tapi kuah nya memang qaseh hirup smpai habis , ikan dia pun tak rasa hanyir .. 
Steam Seabass in Spicy Lime Sauce - A Thai Favourite 
-Small Size - RM45.90
BIg Size - RM49.90 
The fish sizes are bigger than other restaurants to promote family meals 

Selain itu terdapat Beef Stir Fry (RM22.90 ) - Black pepper Thai style ,Stir Fry Squid Sam Rod Served with Thai Sweet and Spicy Sauce Style (RM23.90) ,Stir Fry Kangkung (RM10.90) dan banyak lagi makanan yang terdapat di Cafe 9 Thai yang berada di Petaling Jaya ni , jangan lupa singgah sini ok ? dan rasa sendiri kesedapan dan hidangan yang sangat menarik , lepas ni dah tak payah pergi Thailand dah , datang je makan kat sini ! yummmy , thanx a lot Cafe 9Thai dan Foodink ! 

NO SERVICE TAX & NO GST
adress :No 27 Jalan 17/45 , 46400 Petaling Jaya
Business hour : Wed-Sun : 11.00 a.m - 10p.m (closed on tuesday )

ig : @cafe9thai




3 ulasan:

  1. Tomyam tu sangat menawan.. homaiii.. ai is penggemar tomyam..

    BalasPadam
  2. nyum nyum nyum, sedapnya ni qaseh...akak tak dapat lak nak pergi sebab gi butik... he he he...

    BalasPadam
  3. nampak sedap semuanya lagi lagi dancing fish tu. menggoda betoi

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com