Tahniah Andika dan Afieqah | Pemenang Ujibakat Drama Bersiri Seludup




Bulan lepas bertungkus lumus Qaseh menjoinkan diri dalam sesi ujibakat secara online utk drama bersiri SELUDUP ! dan ramai lagi yg join ,sape taknak 15 ribu oii , tapi sedih takde rezeki maybe Qaseh terlampau berbakat sgt tu yang tak menang , haha takut cantas artis2 yang dah lama kot, alamak poyo la pulak , so siapakah pemenang yang bertuah tu ? ini lah dia 2 pemenang bertuah ..


Tahniah buat Mohd Andika bin Abdul Halim (25) berasal dari Johor dan Nur Afeqah Zulkarnain (20 ) pula berasal dari Kuala Lumpur , bukan setakat menang 15 ribu , diorang juga berpeluang berlakon bersama artis2 yang sememangnya gah dlm dunia seni spt Tiz Zaqyah , Pekin Ibrahim, Namron , Syafie Naswip dan Raja Ilya , tu diaaaa untungla komeeee dah menang 15k , jadi pelakon lagi .. mintak sign dulu tau ! apapun syabas di ucapkan dan tahniah , dah tengok video diorang , memang diorg layak memenangi uji bakat drama siri Seludup

Apa pulak kata mereka bila menang dalam uji bakat ini ?

Mohd Andika seorang pekerja restoran berkata ‘’ saya amat berterimakasih kpd juri yang memilih saya dan saya percaya saingan adalah sgt sengit.Peluang ini akan saya gunakan dengan sepenuhnya utk mncapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya’’ 



Nur Afieqah pula seorang pelajar menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan 



Kata Jehan pula ,pncarian bakat mendapat sambutan di luar jangkaan dgn 130 penyertaan melalui video yg di muat turun di laman facebook Seludup , nak tengok video diorang ??? boleh layari di www.facebook.com/Seludup

Drama Seludup ini di lancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group sdn bhd , drama yang sarat dengan aksi cinta ini brkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram spt rokok seludup , dadah , dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia , haaa lokasi penggambaran di Daerah Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka .



Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd

Pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa . Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkosepan kreatif ke penghasilan kandungan , produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas , sejak 2009 Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, Mcdonalds, Kidzania , Canon , Tabung Haji ,Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization , 8tv , Asian Food Chanel , Astro Malaysia , CNBC, AXN, dan diketuai oleh seorang ikon yang serba boleh dalam industry televisyen iaitu JEHAN MISKIN

Maklumat lanjut tentang Mastermind Group , layari www.mastermind Group Sdn Bhd




6 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. hello sikit pom muka andika x macam i okay..haha i lagi hensem..haha

    BalasPadam
  2. Tahniah pemenang. Qaseh lu coba lagi ok!! Chaiyok!

    BalasPadam
  3. Tahniah uols! next time untuk drama sudip pilak kita try eh.ahaha

    BalasPadam
  4. We're a group of volunteers and starting a new scheme in our community.
    Your site offered us with valuable information to wkrk on. You've done an impressive job and our whole community will be
    grateful to you.

    Look into my web-site :: at&t en espanol

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama