Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera

14 ulasan:
Jejakkan kaki di Pulau Pinang alang-alang berada di Kedah , selesai majlis kenduri caer , boleh baca kat sini  kenduri mk syahir kami meneruskan perjalanan ke Penang , yahooooo tapi apa yang menarik di Penang ? Orang kata penang femes dengan makanan - makanan depa , pasemboq , jeruk pak ali dan banyak lagi , wahhh berkeriuk perut , sempat kami breakfast di Taman Tun Sadun ,suggest by www.yanty.my gadis penang ni , kat sini katanya memang femes dan makanan semua terbaik , qaseh try serabai istimewa kat sini laaaa, sedap ? kena datang try sendiri , tuuuu diaaa 

serabai istimewa , sandwich cheese , roti jala , kitorang sebelum sampai sini memang sesat jugak la , fuhhhh tapi di sebabkan kesabaran akhirnya jumpajugak , kalau tak jumpa, just waze astaka ,confirm jumpa , rugi tak dtg try sini , tapi biasa la kawasan femes memang jalan pack gila ! 
taman tun sadun (Hilir pemancar , gelugor), 11700 George TownPulau Pinang

Ikut plan asal memang banyak tempat la yang kami nak tinggal kenangan tapi masa tak mengizinkan sangat , macam biasa kita hanya merancang , huhu xpe in shaa Allah nanti jejak kaki lagi kat sini , so tempat pertama kami tuju ialah Bukit Bendera , ada apa kat Bukit Bendera ni ? ramai yang kata syokk lepak kat sini , jom layan gambar dulu naaa














dah puas bergambar , kitorang bergegas ke tiket kaunter untuk beli tiket , takkan beli nasi ayam plak kan , 
harga tiket untuk naik ke Bukit Bendera 

UNTUK WARGA TEMPATAN 
Dewasa : RM8.00
Kanak-kanak : RM4.00
Pakej Keluarga : RM18 (2 Dewasa & 2 Kanak-kanak)
Warga Emas : RM4.00
OKU : Percuma 

UNTUK WARGA ASING 
Dewasa: RM30.00
Kanak-kanak: RM15.00
Pakej Keluarga : RM70 




sebelum naik train haruslah bergambar di sepanjang jalan , haa kat atas tu pengankutan sebelum keretapi , erk kalau dah pegawai tu berat macamano laaa pembantu yang mengankat tandu , mesti semua jenis abg sado ,ketak2 , pergh patah pinggang ... 
laluan train ke Puncak Bukit Bendera 

here we go ! akhirnya smpai sudah di BUKIT BENDERA , PENANG HILL

masa ni berjerebu jadi tak dapat nak jojolkan mata tengok keindahan pulau pinang dari atas ni haaa , ai is sedih
menarik di Bukit Bendera jangan terkejut bila tiba2 korang berada di luar negara , haha poyo sgt kan

kat atas ni pun ada ku kunci cintaik mu , biasa tengok benda2 alah ni ada kat korea je kan , datang sini , ada di jual mangga2 kunci pintu hati , pastu kunci tu nak baling ke bawah pun boleh , jangan terjun ke bawah sudah , konon2 terluka gitu .. haha 


patutlah cari kuda qaseh hilang , rupanya ada kat Bukit Bendera ni ha , katanya lagi baik jadi patung dari bertuankan qaseh .. gulp ! ai is hate yuuu 
yang menarik lagi bila berada di Bukit Bendera , terdapat Muzium Burung Hantu , tiket masuk ke 'The Owl Museum' untuk dewasa RM10.00 , kanak2 pula percumaaaaaa .. mcm2 spesies burung hantu ado , salah satu nya qaseh , yang suka tak tido malam , tapi xditayangkan dalam muzium , limited edition 

bagi yang setiap saat kelaparan , kat Bukit Bendera juga ada food court , ada juga kedai2 cenderahati dalam food court kat sini , tempat dia memang cantik dan santai sangat ,
Udara kat atas Bukit Bendera ni sejuk je , banyak bunga-bunga cantik dan segar gitu , teringat pulak gunung Jerai kat kedah , lagi sejuk dan banyak bunga2 segar , rindu dengan suasana segar macam ni kan .. kat bandar , harapan la nak hirup udara bersih .. 

ni namanya Periuk Kera eh tapi bertukar jadi manusia , kikikiki 

ukiran tangan daripada lilin yang terdapat dalam food court 

hari minggu memang ramai yang datang kat sini , mesti datang jejak kenangan mcm qaseh kan , pelancong asing pun ramai jugak .. 



dah letih melawat kawasan , kami pun turun , menuju ke PADANG KOTA LAMA , yehuuu papepun best jugak lepak kat Bukit Bendera ni , nak tenangkan fikiran , jauh dari hiruk pikuk kebandaran , photoshoot semua best la .. jgn lupa datang ok 

PADANG KOTA LAMA , PENANG 

memang bangunan kat sini semuanya bersejarah dan lama , sebab tu la kot di panggil Padang Kota Lama , apa yang best kat sini , ada pantai , kitorang singgah sekejap je , tapi sempat mencuci mata melihat senja kat sini .. 


Pintu masuk ke Fort Cornwallis , di sebabkan kami sampai lewat senja so , dah tak boleh masuk , dah tutup , dah , xtahu apa ada di sebalik sana 


 bangunan lama yang terdapat di sini .. agak menyeramkan hehehe 



lepak menikmati senja , ramai gila orang masa2 senja mcm ni pun haaa nampak sgt tempat ni memang tarikan orang ramai , katanya kat sini glemer dengan mee sotong , dan banyak lagi makanan yang best kat sini ,, qaseh sempat lah beli jeruk , sebab jeruk pak ali sudah tutup ,... hohoho 
dan pulang ke putrajaya dengan membwa seribu satu kenangan , in shaa Allah panjang umur datang lagi sebab sekejap sangat terokai penang .. 



14 ulasan:

  1. Nostalgic betul bila tengok gambar ni , lama tak jejak Penang ooo....

    BalasPadam
  2. seronok bc and tgk gmbr2 semua cantek jer :) hehe...salam dari arepnakbebel :)

    BalasPadam
  3. hihiks.. iols orang penang !! *angkat tangan lambai lambai*
    seronok ceruk mana pun sronok penang ni.. taman tun sardon tuh famous nasik lemuni awat tak makan haaa tudia kuaq da bahasa utara :P

    BalasPadam
  4. serius sgt rindu penang.. ayie penah jejakkan kaki ke sana sekali jer.. itu pon masa 2011.. haha

    pemndgn dekt penang pon cantik.. btw, nice gmbo2 tu.. pandai sape yg ambik gmbo tu

    BalasPadam
  5. Pernah naik Bukit Bendera ketika kecil dan sekarang ini sudah ditukar train baru yang lebih canggih untuk naik ke atas.

    BalasPadam
  6. Sengih ja baca entri hang ni Qaseh oii... Saikoo! Ty sendiri dah bertahun lama nya xjejak ke Bukit Bendera , tapi perancangan maybe masa raya nek dgn ex hoki team tuk mgimbau kenangan.

    BalasPadam
  7. oke.. tengok dari gambar2 kak qaseh ni teringin pulak rasanya nak ke penang.

    BalasPadam
  8. Wah..bestnya tgk gambar2 yg ada dlm entry cik qaseh ni..sy plan nak ke penang cuti sekolah bln 3 tahun depan. blh la pegi bukit bendera nt..

    BalasPadam
  9. Tq for info. Dah dekat 4 tahun duk penang bukit bendera pun x pernah sampai. Padang kota lama baru last week pegi. Sat lagi baru nak try g bukit bendera. Parking susah tak?

    BalasPadam
  10. thn lepas ada pegi jugak.. tp tgh renovate... yg love tu tak de lagi mase tu...tp seronok sebab last pegi masa kecik2 dulu je dgn family

    BalasPadam
  11. pernah beberapa kali berjalan-jalan kat Penang dengan family, memang sangat best. Makanan pun sedap-sedap especially laksa a! my feberet, hihi

    BalasPadam
  12. Ada rezeki nak ke sana lagi =)

    BalasPadam
  13. bnyk dah berubah, lama jugk tak jejak ke sini, gambar semua cantik2..

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com