Peluang itu jangan sia-siakan ...

Assalamualaikum .. 

Adakala bila hati terlalu lembut , peluang yang perlu di bukakan hanya sekali menjadi bercabang-cabang .. susah bukan bila punya hati yang terlalu lemah , terlalu rapuh tambah-tambah bila kata-kata maaf tu hadir dari seseorang yang sangat kita syg  ~ berkali di sakiti ! berkali di lukai ! berkali2 juga janji terbit untuk diri sendiri untuk tidak menerimanya .. tapi akhirnya janji di mungkiri , rebah oleh belaian kata-kata yang sama sahaja .. aku bagi kamu satu soalan .. boleh kah kuatkan hati kamu ? dan kamu ~ berapakan peluang yang kamu inginkan ! 

terkadang aku terfikir , kenapa manusia seringkali meminta peluang andainya peluang itu di sia - sia kan , kenapa perlu ada pujuk rayu bila kamu inginkan sesuatu dan kenapa harus kau mungkiri janji yang kau taburkan ! entahlah ~ terkadang aku sendiri tak mengerti .. mungkin manusia memang tak pandai untuk mensyukuri sesuatu benda yang sentiasa ada di sisi sehingga lah sesuatu itu terbang tidak kembali lagi , dan waktu itu kamu tak mungkin dapat lagi peluang yg sering kamu sia-siakan ...

bagi kamu yang sentiasa membuat khilaf , cukuplah sekali ku berikan peluang .. kerana khilaf mu mungkin cukup besar untuk ku beri peluang kali ke dua .. so gunakanlah sebaik2nya peluang yang ada , selagi aku masih ada .. selagi aku masih ingin menemani mu di sisi , selagi aku sentiasa tersenyum bila kau hadir ..kerna bila peluang itu di sia-sia kan lagi ..senyuman ku sudah mati untukmu buat selama-lamanya ... ~ dan hati ku keras ibarat kerikil buat insan yang tak tahu menghargai 'PELUANG'..

hati berbicara :

''pernah suatu ketika dahulu , aku hidup di ranjau yang berduri sehingga tercalar sepasang kaki .. pernah ku gapai bintang di langit tapi semua hanya penat mendatangi ''
sekali ku di lukai ,, tiada peluang yang mampu ku beri selain dari menjauhi ... 
mengapa sukar sekali untuk memaafkan bila hati dilukai ? kerana memori itu melekat hingga ke mati .. bukan senang untuk membasuh memori , lebih-lebih lagi memori yang sangat terkesan hingga ke lubuk hati .... mungkin mampu untuk memaafkan tapi melupakan ? ...........


45 comments

  1. Dah xde peluang ke-2 ke kak sue? =P


    KAIEZU

    ReplyDelete
  2. tu selalu ego tu.. kena kawal ego tu.. ego selalu musnahkan diri. huhu

    ^__^

    ReplyDelete
  3. memori akan sentiasa bermati di ingatan sampai mati (:

    ReplyDelete
  4. peluang yang datang tu rebutlah dengan sebaiknya, jangan sia-siakan!

    ReplyDelete
  5. hargai pe yg tlh ku berikan sepenuhnye.... hargainye :)

    ReplyDelete
  6. kadang kala kata memaafkan hanya di bibir...mungkin juga ada di hati tapi melupakan kesakitan itu bukan mudah...memaafkan iye,tapi melupakan kesakitan itu x semudah melafazkan kata maaf....

    ReplyDelete
  7. pilihan yg terbaek..
    sebaiknya apa yang lepas.. let go..
    x payah lah nak kasi peluang ke-2..sebab kekal lam ingatan..bukan nya leh reformat kan?

    =}
    idup nih boleh jer nak epi kan...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum qaseh...betul tu kena kuatkan semangat agar semuanya dpt berjln dgn sempurna...:)

    ReplyDelete
  9. Haish ! dah lama tak datang sini..
    Hhuhu jangan tunggu kehilangan baru kita
    nak perasan tentang sebuah kehadiran ^^

    ReplyDelete
  10. memaafkn susah..ape lg melupakan



    eh, gmbar..kemain market

    ReplyDelete
  11. subuh dinihari
    sejuk menunggu mentari
    ada hatikah pagi ini.
    subuh dinihari
    sejuk menunggu mentari
    ada jiwakah hari ini.
    subuh dinihari
    sejuk di tepi kali
    hati berlari
    jiwa setia menanti.
    subuh dinihari
    hujan tak berhenti
    bila pagi;mentari tak pergi
    ada pelangi;warna jiwa dan hati
    cantik awan;kenangan abadi
    ada burung;bebas memaafi.

    ReplyDelete
  12. betul tu,mmg susah nak lupakan bila ati kita disakiti or sewaktu dengannya...huhu.....

    btw,nice pic qaseh:)

    ReplyDelete
  13. awat comel sangat. dan masih juga disakiti

    ReplyDelete
  14. saya tak faham kenapa orang selalu menghabiskan masa dalam hidup mereka dengan meratapi keperitan putus cinta.

    For your info, my bf is having a tumor, bermula dengan selalu mengadu sakit kepala. Saya bersabar, tapi setiap saat jugak,terasa pedih memikirkan kemungkinan di masa hadapan. Kalian yang sedang bergaduh,mengalirkan air mata sedangkan kalian sebenarnya lagi beruntung dari saya. :')

    ReplyDelete
  15. follow sini yer. ke3850..
    http://coretandakfisha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Blogwalking here...

    cik iena follow your blog..
    follow my blog juga ye(^_~)
    www.ienaeliena.com

    ReplyDelete
  17. sabarlah wahai hati.beri peluang sebanyak mungkin...

    ReplyDelete
  18. are - rull =
    bersabar selagi boleh bersabar ...

    ReplyDelete
  19. fhpixel =
    laki kan salu kuat ego erkkk

    ReplyDelete
  20. shiema -
    tapi jangan hidup dalam memori ..sekadar mengingati kembali

    ReplyDelete
  21. puteri rimba -
    melupakan sgt susah kan sis .. kalau ingat balik rasa sakit hati tu dtg

    ReplyDelete
  22. fatin mraz -
    yup ... kalau dah rasa sakit sgt nape nak rasa sakit lagi

    ReplyDelete
  23. sis khairin -
    tak bersyukur ..takburr

    ReplyDelete
  24. farhan yusuf -
    tq atas puisi .. ek puisi ke sgguh puitis =)

    ReplyDelete
  25. muzikfilem -
    hehe xpelah ujian idup kan

    ReplyDelete
  26. ain -
    setiap manusia lain caranya ..lain kesedihannya ..bukan meratapi =) hanya menceritakan pengalaman manusia yg berbeda perasaan ..qaseh tak meratapi qaseh sdg bahagia .. cuma wpun ujian tu sedikit pasti ade jugak rasa sakitnya ... =) ujian kita berbeza dan juga hati kita berbeza kekuatannya ... sabar =)

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..