Memang Wanita memerlukan lelaki ?

5 ulasan:
Assalamualaikum...
blog dalia dah makin tenggelam hehehe sejak2 akhir ni dah timbul satu hasad malas bukan hasad dengki ye..
hihihihi dah putus semangat ke nak berblog ?
hurmmmm ntahlah... sometimes ok sometimes not ok..
hangat2 tahi ayam? ewwwwwwwww ntahlah ~
tinggalkan dulu perasaan malas menguasai diri tu ...
naikkan semangat .. malaysia boleh !

xtahu nak membahasakan diri dengan panggilan apa.. "dalia" or "aqu"
bila membahasakan diri dgn panggilan aqu terasa mcm hilang keayuan...hehe
menggunakan panggilan "dalia" not my true name...emm whateverlah...
this is qasehdalia blog ... sometimes aqu sometimes dalia ok kan..hehehe

tamat lah riwayatku tanpa seorang lelaki dalam hidupku..


pentingkah lelaki dalm hidup kita wahai wanita di luar sana?hurmmm sebenarnya kita saling memerlukan antara satu sama lain..saling bertaut untuk melengkapkan sebuah kehidupan..bukankah adam dicipta untuk hawa..dan hawa diciptakan untuk adam ? yes thats true...tapi bukan semudah memetik jari untuk mendapatkan seorang lelaki..lelaki yang pandai memimpin bukan lelaki yang pandai mengarah..sometimes hidup ni memerlukan dugaan yang perit untuk mendapatkan sesuatu yang baik...dapatkah kita seorang lelaki dengan hanya jatuh cinta?
atau dapatkah kita seorang lelaki dengan pilihan orang tua kita..yup maybe kita akan dapat seorang lelaki tu..tapi pastikah kita lelaki itu adalah lelaki ataupun jantan yang penuh dengan nafsu.. ~ 
semua orang mendambakan lelaki yang baik kan...
tapi lelaki yang baik tu tak semestinya berkopiah , memegang al-Quran sentiasa masa.. mulut nya yang sering bertasbih mengingat Allah s.w.t... lelaki yang baik adalah hatinya yang penuh dengan keikhlasan .. tak menunjukkan diri nya warak dengan memakai baju seperti tok imam...cukuplah sekadar mempunyai hati yang sentiasa mengingati Allah dan mengingati mati..cukuplah mempunyai hati yang suci yang dipenuhi dengan keimanan .. biarpun bibirnya tidak mengungkap kan zikir ataupun tangannya yang selalu memegang tasbih,,, ~


lelaki yang baik tidak akan jatuh dari langit...toinkkk ada di depan kita menghulurkan tangan lalu naik ke langit semula...kita xkan mampu tahu adakah lelaki yang baik itu akan hadir dalam hidup kita... tapi "dia akn datang bila tiba masanya lambat tau cepat hanya Allah yang mengetahui "so bersabarlah wahai wanita...dan berdoa lah semoga lelaki itu akan hadir dalm hidup kita kelak..maybe di saat kita di ijabkabulkan .. itulah lelaki yang terbaik buat kita,,meneruskan hidup kita sepanjang hayat dengannya..
wahhhhh bahagia kan?tapi lelaki juga mendatangkan sengsara ...~ 
kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira secantek mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
 Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
 Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
hati berbicara:
 semoga kita semua mendapat jodoh yang baik...bahagia di dalam dakapannya..dunia dan akhirat kelak...jangan pernah menangisi kekecewaan itu..tapi menagisilah kebahagiaan yang pernah kita dapat..maybe someday kita akan mendapat kebahagiaanyang tak mampu diluahkan dengan kata2 mahupun air mata yang mengalir ~

5 ulasan:

  1. insyaAllah..
    lelaki yg baek utk perempuan yg baik..
    begitu juga sebaliknya..
    Allah itu Maha Adil.. =)

    BalasPadam
  2. rilek la sue...hahahaa..

    blasah jer ber blog nie..,

    lelaki sejati utk perempuan sejati..psgn anda dah terbaik..

    caiyok2

    BalasPadam
  3. @Ujang9897
    wes jangan pggl sue...pggl dalia je hahaha..mmg dia yang terbaikkkk di hati eceh :) sekadar renungan je neh

    BalasPadam
  4. @Solihin Zubir
    betul tu solihin..tapi xsemua dapat yang terbaik...ada jugak yang terkena hukum karma hehe ... ada jugak Allah sengaja menguji dgn mendapat org yang bukan terbaik ...

    BalasPadam
  5. jangan risau..jodoh tu dah ada...cuma belum sampai...dia pun tengah mencari qaseh...;) insya'Allah janji Allah sentiasa benar...:)

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com