Posts with the label personal
Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts
8/24/2022
Cara Daftar Program Affiliate Tiktok | Mudah Je !
Cara daftar program affiliate tiktok dengan mudah | Assalamualaikum and holla gais, ketemu lagi kita di entry apa hari ni haha tiber je kan, hari ni qaseh nak share tutorial atau cara yang sangat mudah untuk daftar program Affiliate di Tiktok, caranya sangat-sangat mudah
Qaseh akan tunjuk cara daftar bagi follower 1k ke atas, so baca dengan hati yang tenang dan teliti, niat baik-baik untuk cari rezeki yang berkat dan tak mengharap sangat cuma kita boleh usaha, doa dan selebihnya Allah yang maha memberi segala rezeki
Haritu qaseh saje je cuba, sebab qaseh dah ada follower 1k dekat tiktok, dulu qaseh tak suka benda-benda yang kita promot kita just dapat komisyen, shopee pun qaseh baru ondeway nak buat, then bila tengok orang manfaatkan platform itu untuk mencari rezeki, why not kan, kita cuba je okay
Cara Daftar Program Affiliate Tiktok Untuk Follower 1K ke atas
Pertama sekali, mestilah ada account tiktok dan dah ada follower 1k ke atas
Masuk profile tiktok korang, pergi bahagian setting, pergi ke bahagian CREATER TOOLS
Kemudian klik pada TIKTOK SHOP, then ada untuk APPLY, so apply je dan isi butiran yang tiktok nak
Bila dah diapprove , akan ada dashboard di atas , klik ikon TIKTOK SHOP, klik ENTER
Yeyy, dah boleh ADD AFFILIATE PRODUCT korang. Boleh search apa-apa produk yang relate dengan content korang, boleh jugak request sample, tapi kena tunggu seller approve lah, yang famous2 kot dapat, ehek !
Contoh : Ni yang qaseh letak, so bila buka tiktok shop korang, akan keluar lah produk-produk yang korang dah letak dalam tu
Kalau korang add produk macam tu je, orang takkan nampak, apa yang korang jual so kena lah buat content yang relate dengan produk itu, tak kisahlah korang dapat dari mana produk tu asalkan relate dengan produk dalam tiktok shop, macam mana pulak nak tambah produk dalam content ?
Cara Nak Add (Bakul Kuning) Atau Produk Dalam Content Tiktok
First, korang kenalah ada content, cara macam biasa nak post apa-apa content tapi sebelum publish scroll ke bawah, akan ada butiran untuk ADD LINK
Klik situ, kemudian keluar 2 pilihan, PRODUCT dan MINI GAME, so pilih je PRODUCT
Pastikan korang dah letak produk dalam tiktok shop korang, tapi kalau belum pun boleh search dan tambah waktu ni juga
Akan keluar lah bakul kuning macam dalam gambar di bawah ni ~
SAYA TAKDE CONTENT LAH SIS NAK BUAT !
Takde idea dan content untuk produk-produk affiliate ? Hurmm sama lah qaseh pun haha tapi tiktok ada cara yang boleh bantu kita untuk post content atau video berkaitan produk affiliate yang kita nak promote tu, cuma content video macam ni orang cakap tiada personal touch la, tiada pengalaman sendiri yang kita boleh tunjuk
Tapi takpe, kot ada juga rezeki masuk melalui cara ni caranya mudah je
Klik TIKTOK SHOP IKON lepastu sama je macam tadi, klik ENTER
Scroll ke bawah, korang akan jumpa VIDEO MAKER, kemudian pilihlah produk mana yang korang nak tiktok buat video, kemudian GENERATE VIDEO
Ada beberapa pilihan yang tiktok bagi, siap lepas tu POST je !
Qaseh buat pun sekadar suka-suka tak mengharap banyak, just letak content video, tambah produk then post je lah, tak selalu bukak lah tiktok shop untuk tengok ada orang beli ke tak haha pastu haritu terdetik eh banyak pulak view, sebab biasa tak lebih pun 300 view camtu, pastu bukak dashboard tiktok shop, eh ada orang order lah, weh tak sangka lah acc sendu pun dapat order !
Itulah yang dinamakan Allah maha pemberi, maha pemberi rezeki, sendu ke tak sendu ke, jika ada yang tergerak hati nak beli so dia akan beli, camtulah hidup ni kan korang, eh tazkirah pulak, so jom start ! Bila dapat order tu qaseh macam semangat sikit nak buat, tapi tu lah sikit je semangat haha
Tq sudi mmbaca, harap korang faham ! Kalau tak faham, boleh print dan rebus pastu minum. Okbye ! Eh sebelum bye, meh la jemput follow TIKTOK QASEH, takde apa yang menarik tapi follow je plish haha
8/17/2022
Cara Edit Home Screen Ipad Jadi Lebih Aesthetic
Cara Edit Dan Ubah Home Screen Ipad Jadi Lebih Cantik dan Aesthetic | Assalamualaikum and holla gais, ketemu lagi kita walaupun di alam maya ~ harap teman-teman semua sihat ya! Hari ni aku nak kongsi cara tukar home screen ipad bagi lebih cantik dan aesthetic gitu. Tak boring ke korang tengok home screen ipad kejung gitu haha jangan marah
Bagi yang dah tahu takpe, korang dah pandai so kongsi-kongsi kan lah pada yang tak pandai, tutorial yang aku buat ni memang simple sangat, selebihnya kena guna kreativiti korang sendiri lah, aku kadang otak tak mampu nak kreatif jauh-jauh ni, takat ni je lah.
Dalam tutorial kali ni, aku akan tunjuk cara guna 5 aplikasi, biasanya orang akan guna app Widgetsmith & Shortcut untuk edit dan tukar icon kan, entry ni aku tak guna Widgetsmith dan shortcut, mungkin hari lain aku tunjuk guna app ni, tungu kerajinan itu datang
Aplikasi yang aku guna untuk customize home screen ipad aku adalah aplikasi Md Clock, aplikasi Bear, aplikasi Emolog, aplikasi Photowidget dan aplikasi Md Vinyl, sebelum kita mula korang silakan download dulu okay.
- Aplikasi Md Clock
- Aplikasi Bear
- Aplikasi Emolog
- Aplikasi Photowidget
- Aplikasi Md Vinly
Dalam semua aplikasi ni, korang boleh download secara percuma sahaja, tapi untuk aplikasi Md Clock korang kena purchase sebab untuk buat ia jadi widget kena langgan premium dulu, tapi murah je korang ~ hanya RM19.90 setahun, RM3.90 sebulan. Berbaloi sebab aplikasi ni cute sangat tau.
Aplikasi lain pula, biasalah kalau yang free ni akan ada limit untuk guna function yang ada, tapi tak langgan pun still boleh guna lah, jom kita mulakan !
Ni paparan home screen ipad yang aku guna sekarang
Mula-mula untuk edit bagi cantik, korang kena cari wallpaper, aku download di Pinterest je, banyak wallpaper yang cantik-cantik korang boleh dapat, tq pada yang upload. Aku suka yang tak serabut dan simple, so aku search ‘gradient wallpaper’ atau ‘abstract wallpaper’, download and save !
Ni wallpaper yang aku guna
Aplikasi Md Clock
Aplikasi ni khas untuk jadikan jam dalam ipad lebih menarik dan aesthetic, ada beberapa style yang korang boleh pilih,ada yang punya animasi cute yang berbeza dan ada sound yang berbeza. Aku paling suka animasi pixel, boleh tukar bentuk yang super cute !
1. Download Md Clock, korang boleh explore app tersebut okay
2. Kemudian untuk add widget, click lama di skrin ipad, kemudian click ‘+’ di bahagian kiri atas skrin ipad
3. Nak senang, search je Md Clock di situ, so akan keluar widget yang korang boleh pilih, nak small, medium or large terpulang pada teman-teman ya
5. Then korang boleh add widget dan susun la mengikut kreativiti korang.
Qaseh suka sebab icon dia tu animasi, tak ke comel tu bergerak-gerak hah takde lah kejung je
Aplikasi Bear
Aplikasi Bear ni untuk set countdown, event atau apa-apa date yang korang nak letak, boleh download secara percuma tapi ada limit hanya 5 countdown / date je yang boleh letak, jika nak tambah date lagi kena subscription, qaseh tak subscribe pun hehe. Aplikasi Bear ni pun cute jugak
1. Download aplikasi Bears, logo ada gambar bear background warna yellow ~
3. Pergi ke home screen macam biasa, klik ‘+’, cari aplikasi bear dan add widget saiz apa yang korang nak. Senang je gais.
Aplikasi Emolog
Next, aku download aplikasi Emolog ni, aplikasi ni macam diary emoji tapi boleh buat catatan jugak, contoh hari ni mood korang marah, so boleh letak emoji marah untuk hari ni dan boleh tulis nota atau diari kenapa korang marah, aa gitu.
Aplikasi Emolog ni pun mudah je korang nak buat, step dia sama je semua, dah edit dalam aplikasi lepas tu pergi home screen, klik ‘+’ lepas tu cari aplikasi Emolog dan add to widget, boleh pilih saiz yang tersedia.
Aaa tiber malas pulak nak menaip ni hahaha
Tekan je di emoji tu, kemudian korang boleh lah pilih emoji yang ada
Aplikasi Photo Widget
Aku suka app photo widget ni sebab mudah nak cari tema, so tak payah nak fikir-fikir tema macamana nak buat, so dapat la idea dari sini. Yang bestnya ada sesetengah theme dia automatic tukarkan icon, so tak leceh untuk edit di shortcut.
Dalam aplikasi ni ada tema, ada widget, gambar, calendar, wallpaper yang korang boleh save dan edit. Korang perlu edit siap-siap dalam aplikasi photo widget ni. Nanti bila korang add widget to home screen ia automatik tertukar.
So yaaa itu antara 4 aplikasi yang aku guna untuk home screen aku, so far semua memang aku guna dan boleh beri idea untuk aku edit, sebenarnya banyak lagi aplikasi-aplikasi yang menarik yang korang boleh guna, hanya perlu explore je kan ~
Buat masa sekarang itu sahaja lah, kalau aku jumpa aplikasi yang best-best aku akan share lagi okay~ btw penat jugak lah buat benda alah ni hahaha bila dah start susah nak berhenti weh.
MD Vinyl Untuk Music
Satu lagi aku nak kongsi satu aplikasi untuk music ~ boleh guna untuk Spotify ataupun Apple Music. Buat masa sekarang aku guna untuk spotify, korang boleh download percuma cuma ada limit dalam 50 buah lagu je boleh play ~ untuk premium baru boleh dengar lagu tanpa had, RM7.90 untuk seumur hidup
Kalau guna widget asal Spotify, setakat ni ada dua saiz je macam dalam gambar ni.
Bila guna aplikasi Md vinyl korang boleh pilih 5 widget saiz dan bentuk berbeza, aku suka sebab bila play piring hitam tu berpusing hihihi comel :p
Harap yang membaca ni faham lah ye, easy peasy je gais bila korang ada ipad confirm korang bijak-bijak belaka ~ benda-benda gini remeh temeh je kan, haha lainlah aku baru nak explore semua benda sebab aku baru setup meja untuk aku buat kerja ahaha so kadang-kadang semangat berblog tu lain macam rajinnyaa
Sebab aku rindu nak menaip macam dulu kala ~
8/06/2022
Drama Korea Alchemy Of Souls Review | Kdrama Trending 2022
Kdrama Trending di Netflix 2022 Alchemy Of Souls | Assalamualaikum and hye uols, jarang la aku nak review kdrama yang aku tengok dan cerita di blog, but why not aku kekeringan idea hahaha ! Sebab kdrama Alchemy Of Soul sangat-sangat best bagi aku, aku memang suka genre macam ni, semestinya bukan kisah cintan cintun semata, walaupun ianya cerita fiksyen, tapi best!
Alchemy Of Soul salah satu kdrama yang tengah trending sekarang di Netflix, yaaa i know top 1 sekarang Extra Ordinary Attorney Woo, mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang punya autism then bila dia besar dia jadi peguam tapi genius autism yang minat dengan undang-undang, end up dia jadi peguam yang memang bijak lah, yes aku suka ! aku tengah layan jugak cerita ni, tapi aku tengok cerita Alchemy Of Soul dulu.
Sinopsis Alchemy Of Souls
Secara ringkasnya, Alchemy Of Soul ni cerita tentang dunia ahli sihir, ada yang mengamalkan ilmu hitam yang boleh membawa keburukan tapi ermm boleh digunakan secara baik sebenarnya, sebabnya aaa tu kena tengok lah, kdrama ni masih on going ya, arghhh aku tak sabar nak tahu ending dia
Macam biasalah dalam sesebuah cerita mesti ada watak jahat dan baik, dalam dunia mereka ni, masa dahulu kala, ada seorang ahli sihir ni mengetahui cara ilmu hitam yang boleh memindahkan roh kepada badan yang masih hidup, nak dijadikan cerita, raja waktu tu sakit, tapi dia tiada zuriat, so dia minta ahli sihir ni berpindah tubuh seketika, tapi niat sebenar raja adalah nak kan zuriat, ahli sihir tu tertipu
Then raja tu, berlakon jadi ahli sihir tersebut sebab dah berpindah roh kan, dan dia pergi meniduri isteri ahli sihir tu, kemudian lahirlah anak tersebut, yang merupakan anak raja, tapi tak semua orang tahu.
So kemuncak cerita ni bila anak (Jang Wok) tu dah dewasa, tapi khabar angin ada lah yang cakap dia ni bukan anak ahli sihir tersebut, dia mencari-cari juga identiti sendiri, dan kuasa sihir dia memang disekat dari kecik, dia nak kan kuasa sihir dia balik, dan nak belajar sihir tapi pakcik dia menentang sekeras-kerasnya ! never know kenapa ~
Dipendekkan cerita, kemudian menakdirkan Jang Wok ni terjumpa dengan seorang perempuan (Mu Deok Yi) yang sebenarnya adalah NakSoo, Naksoo ni berperang dengan pakcik Jang Wok
Kemudian Naksoo ni hampir kalah, then dia larikan diri kemudian dia sempat untuk berpindah roh dengan orang lain, tapi anehnya dia terpindah roh pada seorang perempuan buta, so tubuh tu memang lemah, tubuh Mu Deok Yi, dan kuasa Naksoo ni hilang semua, ada sebab takdir membuatkan Jang Wok dan Mu Deok Yi ni terjumpa.
Agak-agak kenapa takdir mereka sebegitu, dan siapa sebenarnya Mu Deok Yi ? Siapa Naksoo ? Kenapa kuasa Jang Wok disekat dari kecil ? Ada kisah juga disebalik perempuan buta ni. Haaa, memang best citer ni, korang patut lah layan kalau sukakan genre fiksi macam ni, qaseh tak boleh nak cerita sepenuhnya, tu kena lah tengok sendiri hehe nanti spoiler pulak, sekarang dah episod 15 kot
Tapi next week tak ditayangkan la pulak sebab-sebab tertentu, erghhh tak sabar nak tengok !
Subscribe to:
Posts (Atom)