Posts with the label food review
Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts
8/05/2022
Cuba Shawarma Damascus di Bukit Bintang, Sedap Ke ?
Sedap ke Shawarma Damascus di Bukit Bintang ni ? | Hai assalamualaikum semua, hari tu qaseh pergi ke Sungei Wang untuk buat spek mata baru, cantik sangat spek mata baru i tau di Eye Pro Vision , nanti qaseh tunjuk okie ! Lepas tu waktu nak balik, keluar dari Sungei Wang qaseh ternampak satu kedai ni jual kebab.
Yihh! Bukan kebab tapi shawarma. Hurmmm lain ek beza dia ? Ahh never mind ! Lokasi Damascus Restoren ni betul-betul sebelah 7/11,pintu masuk Sungei Wang Plaza. Damascus atau Damsyik merupakan ibu kota Syria dan merupakan ibu kota tertua du dunia. So restoren ni memang makanan Syrian. Aaaa ghisau tekak melayu nak try syrian food.
Tak terniat pun datang sini nak makan shawarma ni, tapi dah alang-alang nampak so why not kita cuba! Lagi pun lapar pulak rasanya waktu tu walaupun baru lepas melantak Dubuyo, hehehe. Qaseh sebenarnya tak tahu kedai Shawarma Damascus ni termasuk dalam list makanan viral di Bukit Bintang.
Lepas balik rumah, search dekat tiktok rupanya ramai dah pergi dan rata-rata cakap sedap, tak tahu viral, sebab masa qaseh pergi tak ramai sangat orang beratur, maybe sebab hari bekerja, hehe weekend confirm beratur panjang tapi ada beberap orang dan abang-abang delivery, thats why singgah, kalau tak idok lerr teman nak beratur panjang-panjang. So jom kita order !
Ordernya disini, nampak tak berdebar nak order buat pertama kali, gambar pun gelabah sekali hahaha tak faham dengan diri sendiri, semua benda nak neves
Simpan ini nombor aaa, nanti dia panggil guna nombor je
Disebabkan pertama kali nak order, dan tak tahu apa yang sedapnya disini, qaseh main order je lah, qaseh order BEEF SHAWARMA , kalau korang tak minat daging, boleh lah mintak ayam ~ range harga dalam RM14-17, something like that. Uuuuu so lets try, and read my honest review (tekak lain-lain so jangan marah dengan review tekak saya yeee, pomis !)
Cantik tak inai sayee, inai Lofa ok, ko ada, tapi ni qaseh letak 2 layer so ia jadi warna gelap gitu, alaa takkan nak cite pasal inai pulak kat sini, pi la pakai haa tahu nak kecam aje :p
Sorry sisturrr lupa nak snap gambar isi dia, hehe lapo beb ! Memang panjang shawarma dia, cuma kurus sikit.
My Honest Review
Excuse my tekak melayu okay, hari tu aku baca gak review-review dari orang lain, ada yang letak sampai 1000/10, oh my gosh ! Sedap sangat ke weh, tapi tu tekak dia, bagi qaseh ermm jap, nak lagi sedap kena makan terus lah ye, ni qaseh tapau makan dekat rumah
Tapi walaupun tapau, wrap dia tu tak lemau tau, bila gigit masih lembut lagi dan tak liat, apa eh orang panggil wrap dia ni, roti ke ? Haa faham-faham je lah. Pastu walaupun shawarma ni nampak kurus je, kalau ko makan sorang memang kenyang lah cite dia
Bab rasa pulak, berdasarkan tekak sendiri, okayla sedap jugak, my rate dalam 7/10 sebab mungkin qaseh rasa sos dia rasa macam masin sikit, isi dalam dia, err daging tu memang juicy. Kalau nak suruh ulang, qaseh akan ulang lagi. So korang boleh lah cuba, berbaloi jugak beli.
Damascus Restoran – beside 7/11, Sungei Wang Plaza Main Entrance, 55100 Kuala Lumpur
4/20/2022
Buffet Ramadan Ancasa Residences Port Dickson Dengan Tema Warna Warni Ramadan
Assalamualaikum
Buffet Ramadan Ancasa Residences Port Dickson | Qaseh sebenarnya eksited dan tak sabar sangat nak berbuka puasa di Ancasa Residences Port Dickson ni dengan tema Warna Warni Ramadan, nak tau tak sebab apa ? Haaa qaseh dah lama mengidam nak makan masakan nogori, orang cakap masakan nogori ni memang sedap-sedap !
Dan akhirnya qaseh dapat jugak merasa, yaAllah memang sedap tau korang, tak rugi buka puasa kat sini, memang berbaloi dengan harga, rasanya dah cukup murah dah nak di bandingkan dengan kesedapan hidangan buffet ramadan kat sini, tak tipu tau, boleh dikatakan semua sedap. Terbaik air tangan chef-chef kat sini.
Jadi korang, suami-suami bolehlah belanja isteri dan keluarga datang buffet ramadan kat sini, dah penat lelah isteri memasak, kadang-kadang reward macam ni memang sepuluh tahun para isteri akan ingat tau :p so meh qaseh kongsikan apa yang menarik dan akan memikat selera korang semua haaa
Di buffet ramadan Ancasa Residence ni terdapat 18 station yang korang boleh nikmati, banyak tu ! Dan yang bestnya terdapat live station juga tau, so korang boleh order dan chef akan masakkan depan mata gitu, makan panas-panas baru syok kan ~
Uniknya disini, Chef Yohanis dan pasukan akan menyediakan 4 hidangan menu yang akan bertukar setiap hari, haa so kalau korang stay sini 3 hari 2 malam boleh ber buffet ramadan 2 hari kat sini dan dalam 2 hari tu korang akan rasa menu yang berlainan, aaa jadi takde la bosan makan hidangan yang sama, tambahan pula korang boleh cuba pelbagai hidangan menarik.
Bagi orang kampung macam qaseh yang selalu mendambakan ulam-ulaman aaa tak perlu risau, masakan kampung sentiasa ada, banyak ulam-ulaman, ikan masin dan pelbagai jenis hidangan kerabu
Haritu kan, qaseh ulang banyak kali kambing kawah hahaha sedap weh, rasa macam kenyang dengan kambing kawah je, kambing kawah ni kambing panggang/bakar dalam kawah haaa gitu, lepas tu korang wajib cuba masakan special nogori, Tempoyak Daun Kayu, yaAllah sumpah sedap, qaseh tak pernah rasa tau sebelum ni, btw takut juga nak rasa sebab risau pedas sangat tapi tak pedas pun dan kesedapannya itu tak dapat digambarkan haha eh cuba tau !
Menu Utama di Buffet Warna Warni Ramadan
So, menu utama kat sini adalah
Nasi Briyani Taj MahalDaging Gulai Kawah BerkentangAyam Rendang Minang Daun MamanIkan TenggiriNyonya Kari TerungSeafood BrastagiTempoyak Daun KayuTelur Goreng Masak dan KicapSambal Tauhu Ikan BilisIkan Asam Rebus dan Dalcha Sayur.
Live Station Yang Wajib Dicuba !
Antara live station yang ada adalah
Rojak Mamak Padang KotaSup DoraisamyYong Tau FooNoodle SoupSeafood BBQSatay AyamRoti JohnRoti JalaMurtabakKambing Kawah dengan pelbagai hidangan sosChar Kuey TeawPasta, Waffle dan Ice CreamAis Kacang, Apam Balikdan buah-buahan.
Segarkan pula dengan variasi minuman seperti Ais Batu Campur, Nescafe Ais, Sirap Selasih, Bandung Cincau, dan Teh Tarik.
Aneka Pencuci Mulut
Tak sah lah kalau takde pencuci mulut kan, memang banyak sangat pencuci mulut yang dihidangkan hingga juling biji mata nak pilih yang mana eh boleh je pilih semua sebab segala hidangan ni memang dipersembahkan untuk pelanggan aaa gitu.
Pencuci mulut pun sedap dan cair dalam mulut, siap ada kuih raya , kuih-kuih tradisional, Assorted Jelly, Dodol, Bubur Manis, French Pastries, dan pelbagai hidangan Puding.
Buffet Sahur Pun Ada !
Oh ye, bukan hanya ada berbuka puasa secara buffet tapi sahur pun korang boleh ber buffet juga, buffet sahur bermula pada pukul 4, so korang boleh lah set jam siap-siap tau! Jangan tak bangun pula almaklumlah staycation di Ancasa Residences Port Dickson ni memang mengkhayalkan haha so jangan terlepas sahur.
Harga Warna Warni Buffet Ramadan di Ancasa Residences Port Dickson
Buffet Ramadan di Ancasa Residences Port Dickson bermula dari 5 April hingga 1 May 20200
Harga :
RM68 nett per adultRM38 nett per child dari umur 6 - 12 tahun dan warga emas berumur 60 keatasKanak-kanak berumur bawah 6 tahun adalah percuma.
More Info :
Website : www.ancasahotels.com
Ancasa Residences Port Dickson
Batu 81/2,
Jalan Pantai,
Teluk Kemang,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-6627288
Fax: 06-6627900
Subscribe to:
Posts (Atom)