Posts with the label food review
Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

3/02/2023

Galah Gala Seafood Restaurant di TTDI

Sedapnya Seafood di Galah Gala Seafood Restaurant | Assalamualaikum & holla korang, baru-baru ni tekak teringin nak makan seafood tau, dapat makan udang galah pun sedap juga kan ! Tapi mana nak cari restaurant seafood yang hidangkan seafood yang terbaik punya ? Haaa qaseh nak rekemen korang datang ke Galah Gala Seafood Restaurant, terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)


Menarik dan sedap menu-menu yang ada di Galah Gala Seafood Restaurant, kalau korang suka makanan chinese, suka makan seafood, restoran ni memang takkan kecewakan korang, pilihan yang sangat tepat ! Seafood kat sini memang berkualiti tau sebab udang galah di sini memang mempunyai gred yang terbaik dan di import dari India. Memang besar lah udang galah kat sini.


Restoran ni berada dalam bangunan tapi korang boleh nampak dari luar so tak susah pun nak cari. Nanti qaseh share alamat di bawah okay. By the way, qaseh nak share lah sikit background, so Galah Gala Seafood Restaurant ni masih baru di buka di TTDI tapi the owner of this restaurant dah berpengalaman selama 25 tahun dalam dunia F&B melalui restoran utamanya - Restoran Green View yang terletak di PJ.


So cawangan di sini diberi nafas baru, muslim-friendly, no pork & no alcohol. Kat sini pun ada staf muslim juga. Qaseh suka konsep restoran ni, nampak sangat ekslusif, bright and fresh. Korang boleh pilih untuk makan di bahagian outdoor ataupun indoor. Ada juga ruang untuk vvip so lebih private lah. Jom tengok apa yang qaseh makan di sini.

Datang makan di sini tempoh hari, qaseh dapat minum air kelapa fresh, sebenarnya dah bertahun kot qaseh tak minum air kelapa, haha one of my favourite drinks! 


Jom tengok apa yang qaseh makan di Galah Gala Seafood Restaurant. Ada 4 menu yang qaseh cuba dan semuanya sedap. By the way ini kali pertama qaseh makan mee bersama lauk yang lain, biasa qaseh ni dah biasa makan nasi dengan lauk kan, tapi haaa jom kita makan cara chinese pula, by the way kalau korang tak boleh hidup tanpa nasi, boleh lah order nasi ye, jangan risau boleh pilih mengikut pilihan masing-masing

Signature dish - Signature Sang Har Noodle 
(signature giant udang galah cooked with superior broth to bring out the umami goodness of the prawn roe)


Ini menu yang korang wajib cuba ye, kat sini ada dua gred udang galah tau, gred u2 (extra large) dan gred U3 (large). Pertama kali juga qaseh makan Sang Har Noodle ni korang, so ia dihidangkan bersama udang galah yang besar dan mee (qaseh lupa nama mee ni apa haha) tapi ia kenyal dan sedap. Memang terbaik ! 


Sang Har Noodle ni dihidangkan panas-panas, so kena kacau mee yang crunchy tu kenyal. Not bad tau korang rasa Sang Har Noodle ni, memang baru bagi qaseh tapi sedap ! Udang galah tu toksah cakapla memang rasa fresh dan berkualiti. Inilah udang galah yang di import dari India ~ jauh tau udang ni merantau tapi tetap segar.


Ni antara menu yang qaseh cuba di Galah Gala Seafood Restaurant, selain dari signature dish, korang boleh makan bersama Yuan Yang Hong Kong Kailan, Salted Egg Fried Squid dan daging with daun bawang (sorry qaseh lupa namanya ops !). 

Salted Egg Fried Squid 


Jangan lupa order ni tau bagi peminat sotong sebab sedap, sotong tu memang crunchy ! Sedap di makan bersama salted egg tu, Rayyan jarang lah suka sotong sebab liat kan untuk anak-anak, tapi hari tu dia makan tanpa segan silunya sebab crunchy ibarat makan keropok ! Heheh 


Yuan Yang Hong Kong Kailan 


Bagi peminat sayur hijau, korang mesti akan suka Yuan Yang Hong Kong Kailan ni sebab di masak dengan uniknya, biasa kalau kailan ni selalu orang buat kailan ikan masin kan tapi kat sini dengan cara yang lebih sihat, rasa sayur yang segar dan takde rasa pahit !


Look at this ! Macam seawed tapi ia adalah kailan yang dipotong nipis-nipis macam ni, rasa dia cruchy dan tak lemau/ lembik. Love ! 


Lastly this one, sedap sangat sampai terlupa namanya heheh ! Menarik rasa menu ni, di goreng bersama daun bawang memang rasa yang serasi. Can i have this recipe ? Haha okie gurau je. Tapi kan seriously portion dia banyakkkk


Jom Raya Bersama Galah Gala Seafood Restaurant ! 


Berita gembira buat korang semua, korang juga boleh merasa set juadah Galah Raya tau, untuk early bird promo / pre-order korang akan dapat potongan 10% diskaun 

  • Galah Raya set pre order period 1/3/2023-28/3/2023 - 10% discount from normal price
  • Galah Raya set available from 29/3/2023-19/4/2023 (operate everyday without closure during this period)
               


More Info :

Reservations no : 014-9304513


Alamat : Galah Gala Seafood Restaurant 
L-3-2, Level 2, TT Gardens, Bangunan Ahp, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Operation hour:
11am-3pm 
5:30pm-10pm 
(Closed every tuesday) 




Galah Gala Seafood Restaurant di TTDI

3/02/2023

12/23/2022

Restoran 10 Gram Bakers & Steaks di Ayer8 Putrajaya | Cawangan Baru 10 Gram

10 Gram Bakers & Steak at Ayer8 Putrajaya | Assalamualaikum & holla korang, hari ni qaseh nak share tempat makan best di Ayer8 Putrajaya, mesti korang pernah dengar tentang Restoran 10 Gram kan ? Yang bestnya ia telah dibuka di Ayer8 Putrajaya, berita baik lah buat warga Putrajaya kan ~ so lepas ni dah boleh lepak di 10 Gram Bakers & Steak di Ayer8 Putrajaya ! Yezza gais, ini merupakan cawangan baru 10 Gram.


Sebenarnya dah lama juga qaseh tak pergi makan-makan di Ayer8 sebab kebanyakannya masih sama, disebabkan 10 Gram ada cawangan baru di Ayer8 Putrajaya, sanggup qaseh datang dari jauh, dari Rawang tau sambil-sambil nak dinner date dengan my gigirl yang dah lama tak jumpa

Nampak dari jauh lampu hijau-hijau ni haaa ini lah restorannya ~ 10 Gram Bakers & Steaks


U know what ~ food and fav person always make wonderful moment right ? So here we go, 10 Gram Bakers & Steak punya dekorasi yang cantik dan menarik, bila korang lalu je restoran ni mesti korang akan tertarik hingga tanpa sedar kaki melangkah masuk, haa gitu auranya

Sambil dinner date dengan kesayangan dah berkawan lama ~ jarang jumpa tapi tetap mesra 

Dekorasi tu first impression lah kan, bukan sekadar deko je kena cantik tapi makanan haruslah sedap dan layanan mesra perlu ada, itu yang membuatkan pelanggan akan repeat makan kan ? Bila lengkap semua ni akan beri kelebihan buat restoran tu, setuju ? Tapi jangan risau gais, makanan kat sini memang sedap dan tak mengecewakan ~ i approved dan of course akan repeat lagi

If korang tak tahu nak makan apa dan nak tahu menu-menu yang ada di sini, korang boleh tengok di website https://www.10gramgourmet.com/

Jadi jom tengok apa yang qaseh makan di 10 Gram Bakers & Steaks ni haaa,ni antara menu yang korang wajib cuba tau, di 10 Gram Bakers & Steaks ni bukan ada makanan western sahaja, tapi makanan asia pun ada. Qaseh tahu sesetengah orang tak boleh kalau tak makan nasi heheh, banyak pilihan yang korang boleh pilih. 

Dekorasi di 10 Gram Bakers & Steaks Ayer8 Putrajaya


Qaseh suka ruang makan di sini sebab rasa ada privacy, jarak dengan pengunjung lain tak terlalu dekat. Bila ada anak-anak kecil, korang boleh pilih space yang tak kacau keharmonian pengunjung lain haa gitu, nak membawang pun no hal, eh nak makan :p

Qaseh suka area ni, nampak estetik ~


Konsep kat sini nampak ala-ala rustic kan, yang penting lawa untuk bergambar haha

Qaseh tertarik dengan 1 signature drinks di 10 Gram Bakers & Steaks ni, yaampun tak boleh move on lah air dia sangat cute dan tak tercapai dek akal boleh buat air sebegini, korang wajib cuba juga tau, dan of course lah wajib snap photo dengan air ni heheh dan banyak air hipster yang korang boleh cuba. Nak tahu air apakah ? Kena teruskan membaca okie ! 

Signature Menu Yang Wajib Cuba di 10 Gram Bakers & Steaks


1. Spicy Chicken Finger
2. Pizza Ultimate 
3. Grilled Chicken Chop with Tomato Spaghetti
4. Nasi Ayam Goreng Belado
5. Ikan Keli Goreng Sambalado
7. Tomyam Carbonara Prawn
6. Thick Cube Toast
Boleh dikatakan makanan di sini memang big portion, so ianya memang berbaloi dengan harga. Anak-anak pun pasti suka, anak aku tak pandang kiri kanan dah, jarang lah dia makan banyak kat rumah, hari tu wah banyak jugak lah dia makan, so nampak lah dia pun suka dengan makanan di sini

Pizza Ultimate 

Pizza Ultimate ni sangat lah lembut crustnya, anak-anak pun memang akan suka, sedap ! Tak macam pizza yang biasa kita makan, dia nampak nipis tapi isinya agak banyak (chicken,tomato, mushroom,capsicum,pineapple & cheese) dan sos yang ada memang sedap dan ngam dengan keseluruhan rasa pizza tu. Harga - Rm26.90. Makan ramai-ramai dengan family syokkk 

Adakah ia nampak berbaloi ? Of course ! 

Banyak lagi pilihan pizza yang lain yang korang boleh cuba.

Tomyam Carbonara Prawn - Warning Alert ~ SPICY !

Looks so yummmmmmy & creamy !

Pedas yang sedap ! Seriously carbonara ni sangat sedap dan creamy, qaseh tak pernah cuba sebelum ni dimana-mana, rasa dia memang pedas yang sedap, ibarat ko tahu dah makanan ni pedas, tapi ko still nak makan lagi dan lagi haha so memang berbaloi bagi orang yang sukakan pedas. Harga RM19.90

Grilled Chicken Chop with Tomato Spaghetti & Spicy Chicken Finger

Satu hidangan ni pun dah boleh buat korang kenyang tau

Antara hidangan fusion yang boleh dicuba, gabungan chicken chop dengan spaghetti tomato yang menyelerakan dan menarik, tak cukup lengkap kalau takde coleslaw dan kentang kan, hehe i think semuanya di buat sendiri. Nice ! RM21.90


If nak kudap-kudapan sambil menunggu boleh cuba Spicy Chicken Finger. Ayam dia tak keras, so far lembut dan senang di makan dan tak terlalu pedas. 


Makanan Asia di 10 Gram Bakers & Steaks


Nah bagi yang tak boleh hidup tanpa nasi korang boleh lah cuba Nasi Ayam Goreng Belado (RM18.90) dan Ikan Keli Goreng Sambalado (RM19.90), rasa dia pun sedap, ayam tak keras sambal belado pun sedap tak begitu pedas, bagi peminat Ikan Keli boleh masuk dalam list tau (qaseh kurang gemar ikan keli) sebab risau rasa ikan tu aneh ye haha tapi so far okay, masuk dengan tekak

Nasi Ayam Goreng Belado

Ikan Keli Goreng Sambalado

Dessert - Thick Cube Toast 


Dari jauh pun dah nampak menyelerakan, untuk pencuci mulut qaseh cuba Thick Cube Toast ni, ia datang bersama ais krim dan madu, tuang sahaja madu di atas roti dan makan bersama aiskrim fuhhh lazat ! Yang geramnya anak ku duk kutip strawberry yang ada tu haaa sabo je la. (RM14.90)



 

Signature Drinks Yang Best di 10 Gram Bakers & Steaks

Rainy Day 

Haa ni yang qaseh nak tunjuk dengan korang, signature drinks yang sangat cute ! Ibarat awan di atas kopi, nama air ni adalah RAINY DAY, nampak tak ia seperti awan dan bila ia kena wap kopi ia akan turun lah seperti hujan hehe. Sebenarnya ia adalah cotton candy, hadir bersama kopi dan biskut untuk di cicah. Cantik sangat hingga sayang pulak nak minum heheh ~ (RM16.90)




Selain tu ni antara minuman yang sedap untuk dicuba 

1. Honeymoon 
2. Nectar Latte 
3. Passion Fruit Lychee Fizz
4. Rainy Day
5. Chocolate Leleh
Chocolate Leleh (RM18.90)

Nectar Latte (RM17.90)

Honeymoon (RM17.90)

Passion Fruit Lychee Fizz (RM12.90) Air ni sedap, qaseh yang pilih hehe sebab ada gas, alaa kantoi suka minum air gas tapi rasa passion fruit dimakan bersama lychee memang ngam ~


So korang boleh lah ajak kawan-kawan dan keluarga datang makan-makan di 10 Gram Gourmet Bakers & Steaks  di Ayer8 Putrajaya ni tau, memang sangat berbaloi dan tak mengecewakan, bagi qaseh space di restoran ni agak luas dan tenang, oh ya view menghadap tasik so bila waktu siang lagi cantik. 

Senang je nak cari restoran 10 gram ni, bila korang masuk je kawasan Ayer8, akan nampak hospital Azalea, haaa sederet je dengan hospital ni.


Kalau korang tanya qaseh akan repeat tak? Mestilah akan repeat cuma agak jauh dari tempat qaseh huhu mungkin boleh buka cawangan di Rawang pula hihi, maybe qaseh akan cuba juga di cawangan lain sebab 10 Gram Gourmet ada 7 cawangan lain di Cyberjaya, Shah Alam dan beberapa tempat lagi. 

Oh ya kalau korang nak datang ramai-ramai, better booking dulu ya ~ nombor di bawah.


AlamatA1-G-01, Ayer@8, Jalan P8E2/10, Presint 8, 62250 Putrajaya

Business hours:

Mon~Sun: 10am - 11pm


Contact number untuk reservation

018-2889280


More info dan nak tau harga menu yang ada boleh layari web :



Restoran 10 Gram Bakers & Steaks di Ayer8 Putrajaya | Cawangan Baru 10 Gram

12/23/2022

10/21/2022

The Lemon Tree Cafe Tropicana Petaling Jaya | Feeling-feeling Dalam Kebun Lemon

The Lemon Tree Cafe, Nikmati Dessert & Pastries Dalam Kebun Lemon | Assalamualaikum & holla korang, nak citer la sikit walaupun lama tak lama jugak la berlalu, qaseh ada lepak di The Lemon Tree Cafe di Tropicana, Petaling Jaya. Suka sangat vibes dalam cafe ni, ala-ala dalam kdrama pulak, al-kisah tempoh hari lepas event, diorang (geng kbba) ajak lepak cafe ni, qaseh tak pernah tahu pun kewujudan cafe ni, so okay boleh la lagi pun lama tak lepak dengan kawan-kawan blog. Masuk-masuk je wah……


Lupa nak ambil banyak gambar sebab tak rasa nak dicoretkan dalam blog, tapi i have no idea right now so boleh la di jadikan satu cerita kenangan gitu, dari luar memang cafe ni vibes dia ala-ala dalam tempat tanaman pokok-pokok macam tu tau, tapi bila masuk je dalam cafe ni terus mata tertumpu pada sebuah pokok lemon yang besar di tengah-tengah cafe. 


Lighting dalam cafe ni memang padu, so gambar korang akan sentiasa cantik dan feloles sangat, dekorasi dalam cafe ni memang natural, tingkap kaca tinggi dan silih kubah so cahaya matahari memang direct terus, tapi jangan risau tak panas, ada aircond okay. 

Cafe ni tak besar sangat dan tak serabut, vibes tenang-tenang, staff bagus tak pandang jelik, peramah je so far, walaupun kami datang sibuk ambil gambar dan acah-acah buat video dulu, order pun belum haha biasalah chuols, gambar penting ! 

So biar gambar berbicara ~ 

Dekorasi 





Rupanya cafe ni baru lagi open dan viral di tiktok, balik tu baru qaseh search tentang cafe ni hehe, okaylah not bad, surrounding yang cantik dan tenang, yang penting bukan sekadar cantik je, dessert and pastries yang qaseh cuba memang semua sedap gila, no komplen ! 

Instagrammable Cafe !

Memang setiap pelusuk lah sis nak bergambar, haha siapa tak suka bergambar korang sebenarnya rugi :p takde kenangan tercipta untuk anak cucu cicit, bab bergambar ni tak perlu malu pun, sekarang zaman canggih, coretlah sedikit kenangan untuk di kenang. Kalau macam dulu lagi lah susah, semua pakai kodak, sekarang di hujung jari ~ 

Lah tiber bebel.. Layankan je la ~ gambar-gambar kepoyoan ini.





Menu : Delicious Dessert & Pastries 

Menu di The Lemon Cafe ni, kebanyakannya dessert & pastries, tak sure pulak makanan lain, rasanya konsep cafe ni macam tu lah, sorry tak tengok sangat menu lain hihi

Dan korang boleh menikmati pelbagai minuman disini, ada kopi, teh, dan lain-lain lagi ~ 


Zesty Lemon Mousse Ball







Hurmm nasib baik cafe ni jauh dari rumah qaseh, kalau tak boleh selalu ngedate kat sini, recommended cafe untuk korang, jujurnya qaseh suka lepak sini, ajak kawan-kawan, spend time dengan family, dating dengan husband, chill sorang-sorang pun okay, why not kan ? 

Thank you Kak Azni sebab dia yang cadangkan, so ni lah geng mak jemah haha tq Huda & Nad sebab tolong snap kan video dan gambar, see uols again :’) tq sudi luangkan masa yang berharga itu. 



Pantang jumpa cermin ek ~ 


More Info :


Boleh layan reels kami ~ 
Address: Ground floor, Menara Lien Hoe, 8, Persiaran Tropicana, Tropicana, Petaling Jaya.
Opening hours: Everyday, 8 am – 6 pm.





The Lemon Tree Cafe Tropicana Petaling Jaya | Feeling-feeling Dalam Kebun Lemon

10/21/2022