7/27/2021
Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Hospital Selayang Waktu Pandemik
Procedur waktu pandemicWaktu daftar hanya boleh bawak ic dan handfon sahaja,untuk labour room pun tak perlu bawa sebab baby pakai baju dan bedung hospital. Barang2 lain bila warded baru laki boleh hantar ke wad.Lepas bersalin suami boleh naik dan masuk wad untuk hantar barang, ambil uri dan azankan anak. Settle semua terus keluarQaseh bersalin normal, tak kena swab test, mungkin sebab takde gejala apa-apa dan takde contact rapat.
Lepas siap daftar, masuk di bahagian untuk check ctg, untuk check jantung baby dan contraction sama ada betul atau pun baby main-main, waktu tu kadang kerap, kadang lambat contraction menyerang, tapi lama-lama makin naik bacaan. Fuhhh tak lekang doa dari mulut, moga cepatlah bukaan kali ni.
Then doc bagitahu contraction mild, tak kuat sangat dan tunggu jap untuk doc check jalan, kalau masih kecik bukaan kena balik dulu, weiii aku dah rasa sakit, tak sanggup nak balik dah, so tunggu la doc check jalan pulak.
3pm - Check Jalan yang pasti bukan Jalan Raya
Dulu qaseh pelik bila orang cakap check jalan ni sakit, sebab masa Rayyan dulu takdela sakit sangat macam ni, tapi rupanya pengalaman kali ni betul-betul sakit gila babeng, kena seluk sampai ke dalam betul lepas tu macam kena korek sana sini, sumpah sakit :’(
Result bukaan dah 3 ke 4 cm macam tu, alhamdulillah tak perlu balik, so waktu tu still boleh handle lagi rasa sakit tu, then nurse suruh tukar baju pink, cucuk jarum di tangan dan menunggu aje la, menunggu itu satu penyiksaan heheh. Lepas check bukaan memang akan keluar lah lendir dan darah, tanjat sistur, nurse bagitahu itu semua normal. (Korang boleh sediakan pad sebab darah nanti keluar banyak)
5pm - Contraction Mula Menganggu Gugat
Whatsapp dengan laki, hanya ayat ni je qaseh hantar sakit b , sakit b, sakit b. Tu je mampu qaseh gtau :( then tengok ibu2 keluar masuk, ada yg baru lepas bersalin, aaaa bestnyaaa
6pm - Contraction Makin Mengganas !
Subhanallah yaAllah sakit tak terucap contraction tu, why lagi sakit dari bersalinkan Rayyan :(, darah makin banyak keluar, habis kain pink tu haa, tapi air ketuban tak pecah pun or daku kena ketuban darah, erm tak sure lah ~ lepas tu memang tak tahan dah, gtau nurse then nurse tolak dengan wheelchair untuk check bukaan lagiiiiiii ! Dia cakap 5cm, eh rasa dah nak pecah perut ni , so berehat la jap kat atas katil situ sambil layan contraction yang maha hebat ni
Qaseh tak tahu nak describe macammana sakit tu, Rayyan dulu sakit jugak tapi tak sesakit ni, walaupun begitu, tak rasa nak keluar air mata sebab laki takde kat sisi :( kalau laki ada mesti dah lencun air mata huhu, qaseh cuba untuk kuat dan struggle sorang-sorang, ! Tak lama tu dah rasa tekanan lagi kuat gila, dah macam nak berak dah, sampai aku tumbuk dinding nak panggil nurse, nurseeeeeeeeee ! Nurseeeee ! Tak tahan dah ni nurse, sakittttt ! Jerit je la haha tapi yang datang ibu mengandung yg lain, dia tlg bgtau nurse
Tak sempat pun nak gtau laki dah masuk labour room, tapi dah mintak maaf awal-awal, risau dia sebab aku memang tak balas pape dah mesej, tengah bertarung dalam LR
Dalam labour room - Jom Meneran !
Tak sure la pukul berapa masa ni, dekat pukul 7pm la kot, qaseh ingatkan katil sama macam bersalinkan Rayyan dulu, yang letak kaki atas besi tapi rupanya katil biasa je, so kena la pegang kaki sendiri, aku macam tak sampai tau nak pegang kaki haha sebab sakit, lemah betul ! Masa tu ada beberapa orang nurse, ada yang bagi semangat, ada yang tolong tekan perut tapi slowly je, then yang godek-godek dekat bawah.
Nurse bebel berapa kali dia cakap pegang kaki, angkat kepala sikit tengok perut ! Teran betul-betul dan lama. Dah la pakai mask, semput sistur! Tapi serious sakit sangat contraction tu, bila sakit je kena teran tau, so 2 3 kali teran baby tak keluar lagi, sebab nya bila dah tak sakit tak rasa la nak meneran kan, baby tersedut balik huhuk nurse bebel lagi, awak kena teran lama, curi nafas. YaAllah aku rasa dah teran lama kot.
Waktu tak sakit relax jap, then fikir dengan waras , fokus aku nak cepat-cepat hilangkan rasa sakit ni yaAllah , bantulah aku yaAllah nak cepat-cepat baby keluar dah tak larat dah yaAllah :( oh ye sambil meneran tu nurse duk godek2 kat bawah jugak tau, lagi la sakit, then teran ke empat, lastly dapat jugak teran lamaaaaaaaaa, memang kena fokus macam kita nak berak, tak kisah la keluar taik ke apa teran je bagi rasa kat punggung tu, lantakkan aje sakit tu, akhirnya baby keluar sekaligus aaaaaa lega sangatttt, syukur yaAllah. Masa ni kan korang, baru rasa nak nangis, baru rasa nak keluar air mata :( Allahu rasasebak, terharu dan tak percaya dah jadi mak anak dua.
7.20 pm - Lahirlah Seorang Puteri Dalam Hidup Kami
Untuk pengalaman kali ni, aku tak jerit pun, masa teran pun bunyi emmmphhnnnnnnnnn emphhhh je, maybe sebab dulu ada laki teman, dia lain sikit perasaan bila laki ada berbanding struggle sorang2, walaupun kali ni lagi sakit tapi tak rasa pun nak keluar air mata, sakit tapi air mata tu tak keluar, kalau laki ada tiber rasa nak nangis dengar suara laki tenangkan kita kan sobssss ;( Bila sorang ni, kita sendiri la kena tenangkan diri sendiri dan kena kuat.
Tapi ingat satu benda, Allah selalu ada dengan kita yang akhirnya hanya Dia tempat kita meminnta pertolongan, tq Allah for everything. Tiber rasa nak nangis, eh kau dan kenapa haha still tak percaya dah jadi mak anak dua, cukuplah sepasang ye, sape tanya aku bila nak bersalin lagi, aku sepak montot dia haha
Settle semua, pukul 8 lebih baru aku meseg laki, gtau dah bersalin, haha know2 dah beranak, terkejut laki aku, patutlah senyap je, alhamdulillah akhirnya baru boleh warded
So laki boleh naik atas jap untuk azan, hantar barang2 dan ambil uri, then kena turun lepas dah settle semua. Gitula kekdahnya yaa bila bersalin zaman pandemik ni.
But so far okay sebab tempat luka tak sesakit dulu, so aku still boleh bergerak slowly tanpa guna wheelchair, alhamdulillah. Dapat bilik katil 6 orang, dan toilet besar dan selesa,tak perlu menapak jauh-jauh, dalam bilik juga, so far sangat okay cuma takde aircond huhuk
Review : Dasar blogger kan, yang bestnya hospital Selayang ni, nurse dan doctor semua baik-baik, soft spoken, dan ramah lah, so far okay dan membantu ibu2 cuma bab katil lah penuh, tapi rezeki daku tak sempat warded pun terus ke labour room. Yang mana bukaan lambat kesian sikit sebab kena menunggu. Makanan pun sedap2 jugak, ke sebab daku always kebulur haha.
5/28/2021
Pengalaman Kena Buasir Ketika Mengandung | Apa Yang Aku Buat
Assalamualaikum
Pengalaman mengandung kali ke dua ni, lain sangat dengan pengalaman mengandung kali pertama ye, nak dijadikan cerita terkena buasir sewaktu kandungan 7 bulan, qaseh malas la nak cerita panjang apa itu buasir dalaman dan luaran ke apa, korang boleh google sendiri info tu ye, yang pasti qaseh kena buasir luaran.
Hanya nak cerita pengalaman sendiri, malu letak belakang dah haha dah sakit kan nak malu apanya, yang penting kita cari jalan untuk selesaikan masalah buasir ni haaa, alkisahnya qaseh selalu sembelit, tu lah laki asyik bebel suruh minum air masak banyak-banyak takmau dengar hihi bukan taknak dengar tapi minum air masak rasa pahit gila, lagi-lagi awal mengandung, uuuuiii tak boleh nak telan ! Muntah balik aaaa cite dia
Lepastu pada suatu hari tu, qaseh pergi lah membuang, memang kena teran la cite dia kan, keras macam batu kot, so far takde pendarahan apa pun, sebab qaseh kena buasir luaran dan takdela di tahap teruk kot. Lepas tu tiba-tiba rasa macam ada bengkak / benjolan kawasan dubur itu, macam tak boleh nak tolak masuk isi tu sebab bengkak dan pedih gila dan rasa keras macam ada ketulan :(
Laki tengok dia cakap bengkak and merah sikit thats why lah pedih, terus lah mood down dan stress sebab sakit kot, nak buat kerja terbantut, nak redakan hanya baring je lah, tu pun mengiring, nak tidur melentang boleh lagi cuma tak selesa perut pulak, baby dah besar, rasa sesak nafas pulak sisturrrr
Tak pergi hospital or klinik ? Hihihi kalau bab pergi jumpa doktor ni malu sangat, citer dekat orang tak malu ahaha, padahal takut kan nak jumpa doktor, eh takutlah aku kang dia suruh operate lak, tak pun kena inject, ngeee tapi kan korang jangan ikut perangai buruk daku ni, kalau sakit sangat pergi lah jumla doktor, qaseh sebab rasa macam boleh bertahan lagi, so kita tanya kawan-kawan dan mr google dulu ubat apa yang berkesan untuk kecutkan bengkak
Qaseh search la dekat page ibu mengandung, ramai la suggest macam-macam dibahagian komen, ubat farmasi, manjakani, dan macam-macam lagi, so qaseh screenshot la ubat-ubat yang diorang rekomen untuk beli di farmasi, qaseh pun suruh laki pergi beli. Bagi laki dua pilihan ubat tapi farmasi tu ada ubat Anucare Ointment je which mean pilihan ke dua , so qaseh cuba yang ni dulu. Lepastu qaseh ada buat status di facebook jugak, tanya kot la ada pengalaman kawan-kawan, rupanya ramai juga kena buasir waktu mengandung ni
Mula-mula qaseh sapu je la ubat farmasi brand ANUCARE, qaseh beli yang ointment untuk sapu dibahagian bengkak dekat luar, mula-mula sehari qaseh sapu kan, sejenis tak menyabo qaseh baca lagi tips dekat google, ada yang share sapu manjakani lagi cepat kecut, so jenis tak menyabo kan, qaseh suruh laki beli manjakani, tumbuk halus then campur air sikit bagi jadi seperti pes then tepek pada bahagian bengkak tu
Pastu rasa macam tak selesa, sebab manjakani tak semua orang serasi, laki cakap benda ni panas jugak, ye ke ? Tapi yang buatkan tak selesa bila manjakani tu dah kering jadi macam keras la kan, pastu rasa brgesel then sakit, so first and last sapu manjakani ahahaha ntah hape-hape daku ni, terus kena bebel dengan laki, sehari sapu nak terus baik memang idoklerrrr
Apa Yang Betul-Betul Qaseh Konsisten
Tips pertama : Sapu Ubat Farmasi Anucare Ointment -https://shope.ee/3Komp8N4ZG
So qaseh decide untuk sapu balik ubat farmasi, ANUCARE ointment tu, konsisten la qaseh sapu. Arahan suruh 2x sehari sapu, siang dan malam, kalau membuang air kecik or mandi ke, qaseh sapu lagi. Sebab selagi tak kecut bengkak tu memang pedih gila babis, haha kena konsisten
Tips Kedua : Ikut nasihat Kak Mas, berendam dalam air suam + garam
Untuk hari kedua qaseh ada titis essential oil Lavender young living, ni hasif bagi cadangan supaya untuk soothing kan lah macam tu, so air suam + garam + lavender. Garam korang boleh jugak guna epsom salt, haa google je lah, tapi qaseh memang guna garam kasar yang bias tu je.
Epsom salt : https://shope.ee/3AVMd6LNS4
Next day qaseh ada tambah essential oil Frankincense pulak, tips kak Farah Aziz and Jannah suggest essential oil Geranium Young Living, tapi qaseh takde EO tu so kak Farah cakap guna EO Frank pun boleh. Ada hari qaseh berendam guna garam je haaa camtu lah tukar-tukar tapi WAJIB berendam dengan air suam + garam if takde EO tu semua.
Seriously rasa sumpah lega gila bila konsisten berendam dengan air suam dan garam ni, korang tahu tak bila kena buasir ni kadang gatal merenyam gila kot, garu karang melecet pulak, so bila buat kaedah ni memang sangat lega, pedih pun makin hilang, gatal-gatal tu kurang dan dalam 4-5 hari macam tu nampak bengkak makin surut.
Oh ye qaseh buat kaedah berendam ni dalam 2 atau 3 kali sehari, pagi, tengah hari or petang dan waktu malam, lepas berendam tu biar lega sekejap kemudian sapu ubat farmasi Anucare Ointment tu pulak, so dalam masa 4 - 5 hari qaseh konsisten dengan 2 cara ni je. Memang menjadi dan masalah qaseh mula okay, mood pun kembali okay, bengkak surut dan makin kecut.
Tips 3 : Sapu EO FRANKINCENSE
Bila dah nampak makin kecut bengkak tu, makin kecil, qaseh sapu direct EO Frank tu pada bengkak, nape qaseh tak sapu awal-awal waktu bengkak teruk tu, sebab rasa agak pedih bila sapu Eo ni, so bagi bengkak tu cool dulu baru qaseh sapu direct tapi waktu malam je, siang hari qaseh guna juga ubat farmasi, Alhamdulillah dalam seminggu camtu qaseh dah tak rasa pedih dan sakit lagi, and now dah back to normal, happy sangat gais.
Tips 3 : Amalkan Shaklee Ostematrix dan Omega Guard
So qaseh akan amalkan hingga bersalin nanti, sebab takut dalam pantang karang sembelit lagi nangis oiiiiiii, dah la berak lepas bersalin tu satu perkara yang mengerikan, semoga bersalin nanti tak kena buasir lagi, ameen ameen ameen. Kalau korang selalu sembelit boleh la cuba shaklee ni, masa first pregnant dulu qaseh cuba Vit C dengan Vit B, sebab masa tu takde masalah buasir hihi kali ni kena amalkan oste dan omega guard pula.
Tu lah sedikit sebanyak pengalaman qaseh kena buasir kali ni, alhamdulillah tak teruk dan tak sampai tahap bahaya or kena operate. So korang papehal kalau sakit pergi la jumpa doktor okie, hehe dan boleh cuba tips-tips yang qaseh bagi or kawan-kawan suggestkan di atas. Yang penting pemakanan kena jaga dan banyak kan minum air masak banyak-banyak,cari buah dan sayur yang berserat supaya tak ada masalah sembelit okay. Dan bila dah sakit, cari penawar dan lakukan dengan konsisten !
InshaAllah setiap penyakit ada ubatnya, kena sabar ye. Tq suami bagi semangat hahaha. Okay adios, tq sudi membaca. Yang Eo tu kalau korang takde takpe, konsisten je rendaman dan ubat farmasi, if tak okay boleh jumpa doktor okay.Ini bukan nak promot produk ke apa, sebab semua qaseh beli sendiri haha dan pengalaman jujur gituh
2/07/2021
Life Update : Alahan Pelik ?
Hye hari ni nak share personal life la sebab macam lama dah tak menulis, laptop qaseh buat hal then baru beli ipad hee nanti qaseh share pengalaman beli ipad secara online sajooo, so baru boleh sambung blogging ehek.Sekarang pun tengah fasa alahan yang tak ok lagi... yaaa alhamdulillah sekarang qaseh mengandung lagi buat kedua kali, kesian tengok abang Rayyan kesunyian :p bukan menidakkan rezeki tapi sekarang baru ada rezeki untuk mengandung lagi, alhamdulillah
Alkisahnya qaseh tak pernah lewat period, tapi kalau tanda-tanda macam nak muntah, pening macam nak pitam tu biasanya tu pun tanda-tanda nak datang period juga so buat tak tahu je lah, tapi bila period lewat ni rasa macam pelik dah. Then, ada brown spot haa sah la nak datang period, so taknak lah berharap.
Tapi hari demi hari, masih lagi tak datang2 period, qaseh pun check je la. Waktu ni sebenarnya mengharap jugak, then check hampa sebab garis tu sangat2 samar, kami pun redha tapi nak check lagi nanti kalau lewat lagi dan check lagi kesekian kalinya alhamdulillah garis dua terang muncul. Syukur alhamdulilah, Rayyan pun dah 5 tahun dah, jauh jugak jarak :p
Qaseh merancang jugak sebenarnya :p takut bila ingat balik bab beranak ni :( sakitnya beranak korang, kenapa beranak ni sakit sangat sobsss, contraction tu yang paling sakit tapi betullah orang cakap perempuan ni kuat, sakit2 pun kita lawan juga. Lawan sedaya upaya, dan selebihnya tawakal je la.
Sekarang qaseh dah lepas fasa trimester pertama, so dalam fasa trimester kedua.. Alahan kali berbeza jugak dengan Rayyan. Kali ni alahan agak pelik ! Berbeza lah dengan Rayyan, kalau Rayyan dulu awal-awal memang ada demam and melepek, muntah pun teruk sampai keluar dari hidung bagai, tapi sampai first trimester je tak silap.
Kali ni awal-awal memang takde apa-apa alahan langsung, mula la fikir ye ke aku mengandung ? Sebab check sendiri je, tak pergi klinik pun lagi. Memang takde demam-demam, then beberapa mingu kemudian muntah muncul tengah2 malam dan yang peliknya air liur lebih dari biasa, macam banyak sangat, dan kena selalu meludah, nak bercakap pun rasa macam terbatas, always ada, tidur pun susah kadang sampai tersedak. Agak menyiksakan jugak lah tapi redha je lah, ujian kali ni, harapnya bersalin kali ni mudah. Sape ada pengalaman macam qaseh bolehlah share camne korang atasi yee.. :(
So sekarang pun masih lagi alahan sama, dan masih lagi muntah-muntah. Kadang 2 3 pagi, tidur pun kadang 2 3 pagi. Huhuhu mungkinkah anak perempuan ? Hehe wallahualam, mana-mana tak kisah walaupun doa jugak anak perempuan haha :p tapi yang penting janji selamat dan sihat sempurna.
Qaseh harap sesiapa yang baca ni doakan baik-baik untuk qaseh ye, doa qaseh bersalin nanti, sekali push je terus baby keluar hehe nikmatnya kan kalau bersalin mudah. Qaseh pun dah lupa segala benda sebenarnya haha almaklumlah dah 5 tahun gais, so kena cari gali balik ilmu-ilmu semua. Adoha doakan qaseh dan baby kuat ye, panjang umur dan sihat sempurna.
So yaaaa setakat ni dulu lah update pasal personal life, nanti ada masa terluang akan ku coretkan lag sekadar untuk kenangan. Qaseh doakan kepada semua yang masih lagi menanti cahaya mata inshaAllah akan hadir pada waktu yang tepat. Ameen.
Hati Berbicara :
Akhirnya dapat melepas rindu pada blog, ada ke yang rindu. Ehek !
9/07/2020
Tips Banyakkan Susu Ibu dengan Teknik Sapuan | Melkful Breast Oil
2/04/2016
Pengalaman Bersalin di Dua Buah Hospital
5.30 A.M , HUSM KUBANG KERIAN , KOTA BHARU
Akhirnya dalam pukul 5 pagi lebih , aku pun tak tengok jam sangat sebenarnya , anggaran je lah , sampai sudah di Husm Kubang Kerian .. terus kena tolak ke labour room kat sini , kalau kat Hospital Besut katil dia mcm biasa je so kankang pun sndiri tapi kat sini kena angkat kaki atas besi dan berpegang pada besi jugak bukan pd kaki .. giler lah dan masa tu ramai gila manusia-manusia yang ada , aduii malu baq ang tapi dah sakit tolak ketepi , that time doc perempuan ..