Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland

10 ulasan:
Assalamualaikum 
Fuh baru berkesempatan nak update entry tentang cuti-cuti bujet 2018 ke Genting Highland . Seingat aku dah lama gila tak datang ke Genting Highland ni , rasanya sebelum kahwin lagi .. Waktu tu memang meriah gila kat sini , ada patung dinasour , taman tema indoor dan outdoor dan cuaca sejuk sangat waktu tu , memang best la tapi sekarang segala taman tema masih lagi belum siap sepenuhnya

Sebab utama aku datang sini adalah bila husband cerita tentang kawan dia pergi Genting naik cable car , haaa lepas tu terus excited nak try juga sebab sebelum ni aku tak tahu pun kewujudan cable car ni haha maklum lah tak terasa pun nak pergi Genting , then terus search bagaimana cara nak ke Genting dengan cable car ni 


Search punya search terjumpa dua tempat , Genting Cable Car dan juga Awana SkyWay , confuse pulak nak naik yang mana satu , tapi rupa-rupanya Genting Cable Car dah lama tutup dan di ganti dengan Awana SkyWay yang terletak di Genting Premium Outlet (GPO) , so korang boleh parking kereta di GPO dan naik tingkat paling atas sekali untuk naik cable car ni , parking kereta kat sini murah je . Korang boleh pilih sama ada nak park dalam GPO atau parking luar. 

Excitednya nak naik cable car ni woih , walaupun sebenarnya aku ni gayat jugak , Rayyan pun sebenarnya gayat juga tapi aku harap dia okay okay je  , tapi sebelum naik sempat lagi fikiran jahat aku duk merapu dalam kepala otak kot - kot jadi macam di Langkawi hari tu , dush ! Terus tampar diri sendiri .. haha InshaaAllah selamat , baca doa banyak-banyak heee

Let's Go !
Tak susah pun nak cari stesen cable car ni , merata signboard tunjuk hehe so mudah sangat , konfirm tak sesat punya .. Kat sini nanti kita turun balik untuk cuci mata k , kita naik cable car dulu ke Genting World , harga terbaru untuk naik cable car murah sangat uols dari korang pergi dengan kereta tu haa , save minyak kereta , dapat pula pengalaman naik cable car , anak-anak pun mesti happy 



Macamana nak beli tiket ? Mudah sangat dengan teknologi moden sekarang ni ye , ada beberapa kiosk tiket layan diri kat sini .. Tak reti ? alahai semua step dah ada situ , sangat mudah ! If masukkan duit dalam jumlah besar pun mesin ni tak telan duit uols , baki akan di pulangkan .. Dont worry :p


  Harga tiket AwanaSky 2018 untuk dewasa dan jugak kanak -kanak : RM8.00 seorang
Jika anak - anak 90cm ke bawah , FREE je so hari tu kitorang beli terus tiket pergi dan balik , semuanya RM16.00 - Rayyan free of charge , tinggi dia ngam-ngam 90cm hihi
 Oh ye ada satu cable car lagi RM50 , tapi yang tu lantai cermin kaca , so korang boleh nampak terus la ke bawah ~ weh tobat taknak , cable car biasa pun kecut urat kentut haha


Cable car ni akan selalu bergerak walaupun korang nak masuk , tapi tak payah lah takut atau pun risau sangat , gerakan tu macam slow motion je dan ada pengawal yang jaga kat sini . Keselamatan sangat di titikberatkan .. Memandangkan kitorang datang awal pagi , memang syok la sebab tak perlu bersesak atau ramai-ramai dalam cable car ni , hari tu aku , suami , Rayyan dan satu penumpang lain .. cishkek sempat gak dia naik sama haha 

Pemandangan waktu pagi memang kabus tebal betoi , tak berapa nampak sangat .. Haa si suami pulak suka menyakat eee geram pulak aku , lepastu tetiba muncul cable car dari arah sana haha kalau ada background music seram memang terkucil la , tapi sebenarnya biasa je ni , sebab pernah naik cable car yang kat China tu lagi teruk hoi aku naik tutup mata , dengan pintu nya takde , macam naik buaian atas langit haha yang tu takut teruk .. !

Rayyan macam biasa lah dia , nasib baik tak nangis nangis cable car sebab dia tak nampak ke bawah , pernah aku bawak dia naik roller coaster punyalah mengamuk takut haha bukan roller coaster yang laju pun tapi okaylah good boy ! 

Dalam perjalanan ni ada satu lagi stesen yang korang boleh turun , mana lah tahu nak jalan-jalan ke kan iaitu Chin Swee Station , kat sini ada temple .. sejenis aku pulak kelam kabut , ingat kan dah sampai punyalah siap sedia nak turun haha gelabah biawak sangat mok mung ni Umi ! 

So kalau korang nak tanya tentang theme park indoor dan outdoor dah bukak belum , memang tak bukak lagi uols . Tengok gambar kat bawah ni haaa progress yang tengah berlaku sekarang . Tak tahu lah ni bila akan siap , nampak macam gempak ooo .. Orang kata hujung tahun 2018 akan siap , tak tau lah tu camno heheh 




Arrived ! 

Akhirnya sampai sudah , dalam 10 - 15 je ke atas puncak ni , terus masuk dalam shopping mall baru ni - Sky Avenue , so far kat sini aku just jalan-jalan window shopping je , if nak dapat harga murah baiklah korang shopping di GPO , sebab GPO ni harga lebih murah dari tempat lain .. Kedai-kedai makanan kat sini pun banyak tapi kalau korang kaya bolehlah makan , aku cuti-cuti bujet siap bawak bekal hahah , roti pastry biasa pun dalam 8hinggit sebiji uols , mari lah kita berhuhuhu ~
  


Berbanding dengan dulu , banyak gila perubahan di Genting ni ek , cuaca pun tak berapa sejuk sangat even aku pergi belum waktu tengahari .. Memang rasa sejuk tu tapi tak sampai tahap kena pakai sweater . Aku pakaikan sweater untuk Rayyan kot-kot dia sejuk haha tapi takpelah kedinginan tu tetap ada .. Nape ek macam tu ? sebab hutan dah banyak kena cantas yek .. 

So yeah tercapai misi nak naik cable car , even takde benda nak di teroka sangat sebab theme park semua off but its okay la untuk merasa pengalaman naik cable car , sambil-sambil tu boleh amik-amik gambar . Masa aku pergi hari tu ada persembahan dragon sempena raya cina , dah boring apa semua kitorang pun turun balik ke GPO .. 


Bila dah masuk waktu tengahari sikit , kabus pun dah mula hilang , baru lah nampak clear sikit sekeliling .. Aku tak tengok kat bawah pun hihi , so jom kita lepak di GPO pulak yeah ~
Pernah pergi sekali di Johor Premium Outlet (JPO) , memang harga boleh dapat lagi murah , sebab pernah beli Vitoria Secret harga memang berbaloi .. Kat sini takde apa pun beli sebab niat pun bukan nak datang shopping hihi saje jalan-jalan di tempat sejuk .. So if korang memang kaki shopping datang lah kat sini okay .. 

 Ada jugak playground untuk budak-budak 

 Acah-acah di oversea lah sat ~ 



Hati Berbicara :

Alhamdulillah dapat pengalaman baru , next nak pergi mana pulak ye haha .. amboi ~ so korang jangan lupa rasai sendiri pengalaman naik cable car AwanaSky ok .. 





10 ulasan:

  1. Naik cable car dengan geng2 shah alam berzaman dulu dah,tahun 2006 2007 kalau tak silap dah keje putrajaya dating ngan ayah humaira naio terus sampai atas ngan keta je hehheheh lepak kat batu berayun

    BalasPadam
  2. rasanya dh lebih 3 tahun tak ke Genting...mmg nak kena pergi nanti ni bila anak2 balik bercuti..dulu2 sini lah tempat dating ala2 oversea hehe

    salam dari umifuzy.com

    BalasPadam
  3. Going to try it someday. Look nice... :)

    BalasPadam
  4. best nya
    saya juga yang tak sampai2 lagi dekat genting highland nih

    BalasPadam
  5. Nak pegi Genting Highland

    BalasPadam
  6. Genting ni tempat dating akak dedulu, boleh kata sebulan sekali naik. Hahahaa zaman bercintan dululah, laaa ni dah lama giler tak naik. Rasanya lebih 5 tahun, yang baru ni memang tak pernah naik lagi. Tunggu themepark siaplah baru pergi.

    BalasPadam
  7. teringin nak jalan2 buang tenaga dekat sana. one day. haha

    BalasPadam
  8. alahhaaiii, syoknya naik cable car

    BalasPadam
  9. Dulu pergi genting waktu sebelum kawin..la ni bnyak yang berubah ye..

    BalasPadam
  10. lama giler x naik. asik tbantut niat tgk org beratur. hahaha

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com