99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam

10 ulasan:
Assalamualaikum 


99 Wonderland Park | Taman Rekreasi Baru di Tasik Sri Murni , Selayang. Bila husband ajak berjalan , aku ON je haha so kali ni aku nak share cuti-cuti bujet di 99 Wonderland Park , kenapa aku kata bujet ? Sebab masuk sini tak perlu bayar tiket , ianya percuma sehingga 14 April 2018 bagi semua pemegang MyKad . Meh tengok apa yang best di sini . 

 

Sebenarnya aku baru tahu kewujudan Taman Wonderland 99 ni , tu pun husband yang bagitahu , terus google cari info dan baca apa yang best di sini  , lepas tu bila tengok gambar-gambar menarik yang orang lain kongsikan , terpegun pulak tengok keindahan lampu led yang di pasang di waktu malam . Memang cantik sangat .. so apa lagi , terus plan ke sini . 

Sebelum tu plan nak datang ke sini hari Ahad , tapi bila fikir-fikir balik mesti ramai gila sebab orang tak kerja , its weekend ! Jadi terus ubah fikiran untuk datang pada hari isnin , konon nak gerak awal sebab katanya parking sangat limited , tapi rupa-rupanya datang hari isnin weh ramai gila so parking kereta tepi jalan je , mungkin sebab orang dah mula cuti sekolah tu yang berduyun-duyun manusia weh ~


Jadi apa yang best di 99 Wonderland Park ni ? Untuk pengetahuan korang , dulu kawasan ni adalah sebuah kolam tadahan yang terbiar , so projek ni memakan masa selama 2 tahun untuk siap dengan kos sebanyak 18 Juta , gulp ! telan air liur dengar kos nya .. Jom tengok apa yang ada dan aktiviti apa yang boleh di buat di 99 Wonderland Park ni 

Bagi aku yang dah pergi dan merasai sndiri pengalaman datang ke sini , tempat ni luas juga tapi jangan terlalu meletak harapan yang terlalu tinggi lah ye , cuma untuk santai-santai lepak , bawa anak mengenali haiwan dan menggembirakan mereka should be okay sebab anak aku nampak gembira dan tak meragam nak balik heheh 

  • 99 Cruise Ride 
Waktu aku pergi tempoh hari , tak dapat nak naik bot sebab not available lagi . Lagipun ramai betul manusia yang datang hari tu dan aku tengok ada sebuah je bot even berulang-ulang kemungkinan menunggu tu mungkin agak lama , nanti ada penambahan lah kot kan ..


  •  Mini Zoo
Mini zoo kat sini ada pelbagai jenis spesies burung seperti Flamingo , Burung Unta , Burung Kakak Tua dan lain-lain , ada juga spesies rusa , arnab dan sebagainya







  • Zodiak Zon 
Zodiak zon ni ada patung replika binatang yang ada dalam tahun cina , contoh nya ada harimau , ular , kerbau dan lain-lain lagi , boleh lah bergambar sambil anak-anak belajar nama-nama binatang :p





Abah ~ nak naik kerbau !


  • Golden Waterfall
Di dinding ni terdapat air yang mengalir , dan bawahnya ada kolam dan juga ikan tapi aku ternampak ikan tu macam tak berapa sihat je , sebab tengok mata macam mengerikan huhuhu ..


  • Kolam Itik 
Kat sini selain dari spesies burung , ada juga itik dan juga ayam sedang bermandi manda di tasik ni haaaa .. 

  • T-Rex Ring 
Kat sini ada beberapa ekor dinasour , ada yang besar dan juga yang kecil .. Apa dinasour ni buat ? haha ada lah bunyi-bunyian dinasour ni mengaum kalau korang kacau dia :p




  • Miracle Bridge 
Ada port-port untuk korang kunci mangga cinta , mangga kawan , dan apa sahaja la macam di Korea tu haa , tapi hari tu aku tak jumpa pulak kat mana nak kena beli mangga2 ni semua .. so tak terkunci cinta kat sini heheh



  • Kemudahan yang ada kat sini , ada kios-kios yang menjual minuman , dan food truck .. Datang sini konfirm lapar punya lah sebab kawasan ni agak luas jugak untuk berjalan-jalan .. Harga not bad lah , boleh lah untuk mengisi perut kelaparan 
  • Kemudahan toilet dan juga surau ada di sini - agak kecil untuk menampung orang ramai so terpaksa menunggu agak lama .

Pemandangan Indah di Waktu Malam di 99 Wonderland Park 

Bila dah makin senja , lampu-lampu pun mula di pasang . Kat sini waktu malam memang cantik sebab semua di letakkan lampu-lampu led , dari pokok , pagar-pagar di atas jambatan , semua lah memang di penuhi lampu led so memang cantik lah 









Hati Berbicara :
Berbaloi tak datang sini ? Bila anak gembira semuanya berbaloi , lagi pula free so berbaloi lah haha , tak tahu lah harga tiket ni nanti berapa , so sementara free hingga 13 April nanti datang lah kat sini yeeeee , cuti-cuti sekolah tak tahu nak pergi mana , sini okay jugak .. just kempunan tak dapat naik bot huwa-huwaa papepun mungkin nanti banyak lagi penambah baikan yang akan di buat .. :)


10 ulasan:

mamapp berkata...

baru ingat nak bw syafi esok, kalau sempat lah..

Asyiqin berkata...

Cantiknyaaaaa. tapi jalan mcm jem sikit kan nak menghala ke sini. taktau nak pergi bila

Dura Norell berkata...

Dura pun 1st time dengar pasal 99 wonderland park ni.. menarik juga tempatnya :)

mas saari berkata...

Teringin jugak nak pergi tapi bila dengar kena bersesak² dan parking pun susah, kena batalkan dululah hasrat tu. Moga dapat pergi sementara free tu.

CIKZACOM berkata...

macam best je, teringin pulak nak ke sana

Cerita Huda berkata...

cantik yer, lama yer qaseh stay sampai malam kat sini. takde trip nak g KL la bln 4 ni, tak dapat la nak grab peluang free entry ke sini

YB Shehan berkata...

macam best nak pergi tapi macam malas sbb ramai org pun ye..

Nadia Johari berkata...

Bestnya..nak pergi la nanti..

mangkimay berkata...

wah bagus, pengen deh berkunjung kesana nanti kalau ketemu waktunya.

MYminiWORLD berkata...

Skrg dah kena bayar.
RM 8 dewasa, RM 5 kanak-kanak.
Parking RM 5. Makanan haiwan, makanan manusia RM 3-5 (purata). Boat cruise RM 10 dewasa, RM 7 kanak-kanak.
Kalau pergi hari isnin boleh beli makan kat pasar malam depan surau/flat/apartment sri murni kat luar.
Hari jummat ade pasar malam besar kat masjid/petronas tmn wilayah. Sekian.

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com