Applikasi Droprint | Print Gambar Terus dari Telefon Pintar

3 ulasan:
Assalamualaikum 

Applikasi Droprint | Print gambar terus dari telefon pintar | Holla korang , boleh tak nak tanya something ?mesti gambar-gambar dalam smartfon korang tu dah beribu agaknya kan ? , yelah sekarang bukan macam zaman dulu , tangkap gambar pakai kodak je lepastu kedekut haji bakhil pulak nak bazir-bazir kodak .. haha kalau nak tengok gambar tu kena pulak cuci gambar kat kedai kan ?

Cerita pasal cuci gambar atau pun print gambar ni ~ bila last korang print gambar ? kalau aku .. tak pernah print sampaila aku jumpa applikasi Droprint ni ! seriously aku dah lama kot tak jejak kedai gambar , malas satu hal ! mahal pun ye jugak , lepastu nak kena tunggu husband cuti , dengan anak lagi .. erghhh ! 


Kalau shopping pun boleh secara online ! apatah lagi print gambar , adohaaa korang boleh print sambil makan cekodok panas-panas , minum pulak air kopi tau .. mudah nya ~ kenapa aku baru tahu kewujudan appikasi Droprint ni weh ! goyang kaki je lepas tu tunggu je posmen hantar ke rumah .. see ! jimat masa dan tenaga semua .. dan sesungguhnya gambar-gambar yang di print tu lagi membangkitkan segala memori .. applikasi ni pun sangat-sangat mudah , ni aku tunjuk sikit tutorial guna aplikasi Droprint 

  • First step , bila korang dah download applikasi Droprint ,  korang boleh pilih nak print je , ataupun nak buat sekali dengan photobook dan jugak korang boleh buat giftbox.. macam best je dapat hadiah macamni kan , boleh kembalikan nostalgiaa lama gitu haa
  • Second step , bila dah tekan di kategori print tu ,korang boleh lah pilih gambar-gambar dari smartfon terus , andai kata dalam smartfon korang dah takde gambar ~ semua dah masuk facebook dan instagram , jangan risau ! sebab korang boleh pilih dari account fb dan insta direct dari app ni haaa .. mana tahu dah delete gambar-gambar lama kan ~ 
  • Third step , adjust gambar korang , crop lepas tu tekan DONE , tunggu gambar-gambar korang di upload dalam system , tapi pastikan internet korang laju .. nanti lambat pulak proses nya ..
  • Last step  , bila dah semua setel di upload , korang boleh CHECKOUT dan masukkan segala maklumat address semua .. so tunggu gambar korang sampai ke rumah ~ pasti teruja ! 

Alaaa mudah gila kot guna applikasi Droprint ni  , kalau aku tak bagi tutorial pun , korang terer punya lah ~ so aku dah print ! yeyyyy lompat bintang ! sebab gambar-gambar yang aku print semua dah sampai .. dan proses penghantaran nya takdelah lama sangat .. cepat ~ lagi satu .. eh banyak pulak kelebihannya hihi gambar-gambar yang di print cantik walaupun aku hanya snap guna smartfon cikai je .. 

nak tengok tak hasil gambar-gambar yang aku print ? haaaa scroll lagi kebawah ok 
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x

TADAAAAA ~ cantik tak ? heheh apa aku nak buat dengan semua gambar ni ? haruslah bubuh dalam frame dan tampal kat dinding rumah .. semuanya gambar family kecil ku .. rindu pulak tengok anak time baby , setiap kali terpandang mesti teringat balik kenangan bersalin semua .. tq Droprint !!!







Cantik tak gambar-gambar aku , jeles tak ? kalau jeles mohon download cepat-cepat applikasi Droprint ni , alaa download je , free je korang .. nanti free-free belek gambar dalam smartfon lepastu print je .. lagi pun harga nya tak mahal dan sangat murah dan berbaloi .. 

Boleh download di sini ~



Info Lanjut :
Website : http://droprint.my
Instagram : 

Resepi Kuih Keria Viral

1 ulasan:
Assalamualaikum ~ 

Tajuk kemain kan , orang lain dah lama dah buat kuih keria ni , aku je ketinggalan zaman hihi baru nak buat la korang ~ biasanya kalau nak buat pape , kuih ke apa .. kena tunggu laki iols cuti dulu ..sebab apa ? sebab dia kata tak puas hati makan lepastu pergi kerja ..( takut bini dia habiskan lettew) haha sebenarnya nak buat sama-sama .. kebiasaannya macam tu lah ... so lets start ! 


Haritu aku pegi Melaka tapi lupa dengan kewujudan kuih keria yang di viral-viralkan sangat tu , sedap ke uols ? by the way sedap bagi korang mungkin tak sedap bagi sesetengah dan juga mungkin biasa-biasa bagi segelintir orang .. tapi nak cakap kat sini , viral ke tak ke , dah Allah bagi kan rezeki yang melimpah ruah kat dia , alhamdulillah ..

Bahan-bahan Kuih

-Ubi Keledek , tak kisah lah oren ke putih ke , ikut citarasa korang masing-masing
-Tepung Gandum

Cara-cara
-Rebus ubi keledek hingga empuk
-Lenyek-lenyekkan dia
-Masukkan gandum , dan gaul menjadi seperti adunan
-Buat bentuk macam donut
-Goreng dengan minyak yang banyak

Bahan sira
-2 cawan air
-3 keping gula melaka
-1 satu sudu gula putih

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan sira , kacau hingga berbuih ..lepastu masukkan kuih keria yang telah di goreng tadi .. siap !

Aku guna ubi keledek oren , potong je kecik-kecik bagi cepat empuk gitu  
Bila dah empuk , angkat dan toskan .. siap sedia untuk di lenyek  
Masukkan tepung gandum , lepastu gaul semua sekali bagi sebati .. kalau rasa melekit sangat tambah gandum sikit-sikit dan tambah sedikit minyak bagi tak melekit di tangan korang  
Gaul - gaul sampai dah tak nampak gandum putih-putih tu okey ..
Buat  bentuk macam donut , ahaha first time try agak comot kuihku .. tapi takpe , perut sendiri nak makan 
Gorengkan iyeee !  
Rupa selepas di goreng haaa , jangan terlajak goreng nanti hangit pulak
Sediakan sira , lepastu masukkan keria yang dah di goreng tadi ke dalam sira , kacau-kacau hingga sira tu kering dan berkerak sikit .. then angkat ! siap untuk di makan yang tak sampai satu saat ! makan memang laju je haa
Yeah siap jugak buat entry ni ! haha selamat mencuba uols ~ 

Cadeau Beauty Lip Glow Review | Cantiknya Dihiasi Sekuntum Bunga

9 ulasan:
Assalamualaikum 

Holla korang ~ pernah tak korang ada perasaan seperti jatuh cinta pandang pertama ? bila pandang si dia mata tak berkelip merenung , hidung pulak kembang kuncup dengan haruman semerbak si dia .. bibir tersenyum ketika mata memandang ~ eh eh eh qaseh dah kawen mana boleh jatuh cinta lagi ! haa siapa cakap qaseh jatuh cinta kat manusia , ni haaa qaseh dah terjatuh cinta dengan CADEAU BEAUTY LIP GLOW ! 
Thank you so much Cadeau Beauty team , so qaseh dapat Cadeau Lip Glow berkod GL04 Viridiflora ,yeah dapat bunga warna hijau dan sangat-sangat wangi , tak tipu ~ wangi sangat , selain tu ada lagi tiga kod iaitu GL01 Celosia , GL02 Jacques Cartier , dan GL03 Acacia 

Oh my god , kenapa perlu ada lip glow secantik Cadeau ni weh ! sebenarnya ni kali pertama qaseh lihat lip glow yang harum , cantik dan berkilauan ibarat emas .. kenapa qaseh cakap lip glow ni sangat cantik ? sebab dia ada keunikan tersendiri kerana mempunyai sekuntum bunga penghias diri di dalamnya ~ lepas tu kat dalam lip glow ni ada taburan emas so nampak berkilau-kilau dan bila pakai di bibir terasa lembut dan buatkan bibir nampak shining gitu.. rasa macam nak muahciked haha .. 


Packaging

By the way , Cadeau ni dalam bahasa French yang bermaksud GIFT , kalau tengok packaging Cadeau ni sangat cantik  dengan warna pastel , simple , soft tapi nampak exclusie dan elegant dan ianya limited edition! .. memang kena sangat dengan perwatakan seorang wanita yang cantik , lemah lembut tapi tegas haa gitu ,tapi memang kali pertama tengok pun qaseh sangat suka dengan apa yang di persembahkan ..ini lah apa yang wanita inginkan ~ so perfect ! 

The lipglow is crafted in Korea, where beauty standards are one of the most competitive in the world by craftsman of great skill
Jika korang dapatkan satu box ni , korang akan dapat 4 lip glow yang berbeza , dan sememangnya Lip Glow ni adalah handmade sebab tu ia sangat exclusive 



a premium product designed with love and nature in mind , the limited run product is produced in small , controlled numbers across all four seasons , and has a case of polished brass finished sporting the CADEAU brand along the side , giving the lip glow a classy look that is ideal for the warmest of occasions.

Review Cadeau Beauty Lip Glow 

So mari kita cuba lipglow ni , qaseh memang suggest kat sayang-sayang semua yang sukakan makeup yang simple dan natural , kejar masa , sibuk dan sewaktu dengannya .. sebab lip glow ni bukan lah seperti lipstick yee , cadeau lip glow ni akan membuatkan bibir korang bertukar warna mengikut darah , so dalam masa 3 second ia akan bertukar warna mengikut ph masing-masing .. ada yang buatkan bibirkan korang berwarna pink dan ada juga berwarna merah .. terpulang pada darah masing-masing ye , kalau darah mutant tu err ngeri nak cakap .

Tengok bibir qaseh lepas qaseh apply lip glow cadeau , seriousy sekejap sangat bibir bertukar jadi merah , haa ikut darah memasing lah ye , macam pakai gincu dah kan .. lepas ni nak kurangkan pakai lipstick sebab nak pakai lip glow ni je , so nampak natural beauty gitu .. lelaki kan suka natural beauty katanya ! eh laki ai lah .. hihi cantik kan 
Jenis- jenis bunga yang di gunakanLavenders, English Marigold, Damask Rose, Chamomile, Roselle Hibiscus, English Daisy, Kobushi Magnolia, Tiger Lily, Beach Rose. These are the flowers that bestow the lipglow its amazing benefits. 
Nah qaseh close up sikit sekuntum bunga berwarna hijau yang menyerikan lip glow ni haa ~ cute kan 
Oh ye , bila pakai lip glow ni selain ia akan menukarkan warna bibir korang dalam masa 3 saat , ia jugak dapat bertahan selama 8 jam , so pakai sekali tahan dah 8 jam .. jimat kat situ , dah la limited edition pakai selalu nanti cepat habis hehehe .. 

Kandungan Cadeau Lip Glow
Octyldodecanol
Polyglycerol-2 Isostearate/Dimer Dilinoleate Copolymer
Diisostearyl Malate
Caprylic/Capric Triglyceride
Polyglyceryl-2 Triisostearate
Dibutyle Lauroyl Glutamide
Dibutyl Ethylhexanoyl Glutamide
Hydrogenated Polyisobutene
Cl 45410:1
Gold
Glyceryl Caprylate
Chamomilla Recutita(Matricaria) Extract
Hibiscus Sabdariffa Flower Extract
Calendula Officinalis Flower Extract
Rosa Damascena Flower Extract
Bellis Perennis (Daisy) Flower Extract
Magnolia Kobus Flower Extract
Water
Propanediol
Lithospermum Erythrorhizon Root Oil
Perfume

Selain tu , lip glow ni sangat wangi , bila qaseh bukak je penutup , terus bau semerbak .. bagi husband bau , dia cakap wangi nya macam nak makan haa , kalau hilang separuh sah la dia yang makan haha .. bau-bauan ni macam bau bunga buah-buahan gitu , bau yang manis , bila qaseh apply kat bibir adalah terjilat sikit haha dan rasa dia tak pahit okey .. bahan-bahan yang terkandung semuanya bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan sesuai dengan kulit sensitif .. bunga yang di gunakan pula adalah bunga sebenar .



Get a FREE GIFT 


Last but not least , jangan lupa tau korang cepat-cepat dapatkan Cadeau Lip Glow ni dan jangan lupa tau dapatkan FREE GIFT dengan menggunakan code QASEH11 di website www.maystar.com.my , kalau korang tak masukkan kod ni korang takkan dapat hadiah misteri atas setiap pembelian korang , rugi uols ! so dah baca ni save kod QASEH11 ni okay , nanti nak beli takdelah terlupa ..

Where to buy ?

Mana nak dapatkan Cadeau Lip Glow ni ? korang boleh beli di website yang qaseh sertakan di bawah , more detail tentang produk klik je link kat bawah orait ! oh ye harga untuk satu kotak RM350 , dan RM95 untuk satu pieces~

Guna kod untuk dapatkan mystery gift


instagram : @cadeau_beauty



Resepi Bubur Kacang Hijau | Bila Suami Mengidam ~

1 ulasan:
Assalamualaikum 

Holla ~ hari ni aku jadi chef , eh jarang sebenarnya aku update pasal masak-masak dalam blog ni apatah lagi nak kongsikan apa yang aku masak , tapi mungkin syndrom mak mak datang merasuk hari ni , dengan mood rajin nak tangkap gambar , nah ! resipi bubur kacang hijau buat tatapan kalian .. tq kaksueizza share resipi , antara chef yang akan aku tanya bila nak masak sesuatu .. haha takpela kan asalkan nak belajar .. kikiki

Hurm rupanya takdela susah sangat nak buat bubur kacang hijau ni weh ! memang semudah ABC lah , ingatkan leceh la jugak nak buat bubur-bubur bagai ni .. so suami rasa nak makan , sebagai isteri yang penyayang meh la kita buatkan alolo peyot dah makin kedepan haha .. dan resipi nya sangat lah simple , beberapa bahan je .. 

Resepi Bubur Kacang Hijau 
  • Kacang Hijau
  • Santan
  • Gula Melaka
  • Daun Pandan 
Cara-cara 
  • Rebus kacang hijau hingga empuk (orang kata rendam dulu ) pun boleh
  • Bila dah empuk , tapis dan ketepikan dahulu
  • Masukkan santan dalam periuk , masukkan gula melaka , daun pandan dan secubit garam
  • Biarkan ia mendidih tapi jangan lupa untuk selalu kacau , mengelakkan santan berketul
  • Bila dah mendidih , masukkan kacang hijau yang dah di rebus tadi 
  • Rasa , kalau kurang manis tambah lagi gula melaka biar ia semanis senyumanmu chia chia chia
Nilah kacang hijau ,bagi anak dara yang tidak mengenali kacang hijau ni haa ~ ade ke yang tak kenal ??  
Terpaksa la guna santan kotak sebab susah nak cari santan segar kat sini , tapi santan kotak pun sedap juga okay 

Daun pandan dan gula melaka ..
Haaa tak sampai 5 bahan la uols nak buat bubur kacang hijau ni , ada sesetengah orang suka letak sagu , tapi qaseh nak rasa keaslian kacang hijau tu , qaseh tak cmpur apa-apa pun .. dan dulu kan masa kecik-kecik ada makcik-makcik buat aiskrim bubur kacang hijau ni , macam aiskrim malaysia gitu .. sedap weh ! ni kalau tak habis makan simpan dalam peti sejuk pun sedap .. biasanya orang makan bubur ni dengan roti .. dan mungkin juga trend sekarang kat kenduri kahwin banyak orang hidangkan bubur ni , lepas melantak nasi kenduri bagai , nak menambah rasa malu .. boleh la topup dengan bubur kacang hijau ni , heh heh macam biasa buat je kan ! so nah siap dah bubur qaseh untuk suami tercinta ... 




tapi hencik suami suka makan cenggini haaa , aku lebih suka makan bubur tanpa roti , dia pulak carik2 kan roti letak dalam bubur .. pelik nya , laki aku spesies mende eyy haha , apapun tq sudi makan ! 

Hati Berbicara :
So uols semua bolehlah mencuba di waktu lapang mahupun lapar ~ orang kata nak memikat hati seseorang, bagi la perut nya kedepan dan kekenyangan :p

Bila Rayyan Pecahkan Screen Fon Umi !

6 ulasan:
Assalamualaikum

FUH ! tarik nafas panjang nak taip entry kali ni , alkisahnya nasi sudah menjadi bubur , kalaupun bubur tu di jadikan nasi kembali keringkan balik memang tak sedap jugak ye dak maka marilah berhuhu .. btw kejadian semalam meruntun jiwa jugak sebab baru jugak la tukar screen fon selepas kena hempap dengan iron board masa ke Melaka hari tu , yang tu teruk sebab memang tak boleh tekan langsung ..

Mek nye idung yeee , haha selalu kena tarik hidung ngan Umi , balas dendam sebab dedi selalu tarik hidung Umi ! 
Alkisahnya Umi tengah masak , Umi pun pelupa yang anaknya ni dah tinggi , tangan plak memang menggapai apa aje asalkan nampak haaa , letak lah fon tu atas meja makan .. ketung ketang ketung ketang masak kat dapur ~ lepas tu bunyi pang ! benda jatuh .. dah agak dah ni mesti fon .. 

Terus berlari pecut ke ruang tamu dengan debaran mcm malam pertama (over sangat umi mung) haha , memang dah hancus ! aih geram sungguh la ~ so dah pecah kat bawah tepi .. nasib baik boleh tekan-tekan lagi screen tu , so tak effect sangat , tapi ! nak tak nak kena repair jugak nanti .. sikit lagi nak hancur .. so apa reaksi Umi mung ? haaa geram sungguh ..

Dengan caption : Umi tu letak merata lepas tu salahkan Rayyan , Rayyan ingatkan toys Rayyan tadi .. sambil menangis dan merajuk selepas di marah haha
Nasib baik Dedi menyelamatkan keadaan .. selamat peha gebu ku dari cubitan Umi , bluwerkk buat2 tak tahu je la apa yang terjadi ! 
Mula-mula nak marah dan termarah jugak kat Rayyan , means tinggikan suara , masa tu dedi Rayyan tengah mentido , lepas tu dia bangun , tengok Umi macam singa lapar sebab masak pun tak siap lagi haha , Dedi cakap Rayyan xtahu apa-apa jangan marah dia .. huh yela , takdela nak marah sangat , geram je ciked .. anak tengah membesar , cengginilah .. dan Rayyan ? sengih-sengih dia dan teruskan bermain seperti tiada apa yang telah terjadi .. adohaaa .. sambung menangis di bawah tiak dedi .. strootss tapi dedi dah janji nanti repair , hati pun kembali ceria .

Still tak puas hati , lalu mengadu kat patung-patung beliau sebelum menggigit hingga hilang mata patung tu sebelah .. grrrr , kuat sungguh menggigit budak ni ,adohaaa !
 memang macam tu ek ? pantang nampak benda pasti masukkan dalam mulut .. 
Btw Umi takdela marah sangat cuma terkejut je .. dah mintak maaf kat Rayyan sebab tertinggi suara dengan dia , kena belajar kawal emosi lagi .. budak tengah meneroka dunia , walaupun hari-hari berperang dengan Umi haha , kadang kan dia sengaja je buat lagi benda yang Umi larang , macam sengaja buat sebab nak Umi kejar , bila orang acah-acah kejar , gelak-gelak pastu lari .. hihi mengada sungguh budak cerdik ni .. papepun i love u so much ! 

hati berbicara :
Takde amek gambar screen fon , sebab takde mud haha mood redha weh!

Rayyan jadi model ke ?? First Job Rayyan

5 ulasan:

Assalamualaikum , holla semua .. jangan keliru ok , kalau cerita pasal Rayyan tetiba automatik bahasakan diri sebagai Umi hehe .. so kali ni Umi nak cerita kisah Rayyan shooting , haaa gitu retis kau , mok mung ni dulu takde nye nak shooting-shooting bagai masa umur cenggini haha .. macamana Rayyan boleh terjebak dengan video shooting ni ? Sebenarnya Umi ada ternampak someone post di group facebook yang mana tengah mencari baby untuk video shooting satu produk baby dari Singapore ni .. so Umi just cuba nasib terus pm orang tu .. bagi details semua .. then berserah je tapi takdela berharap sangat .. lagipun ramai jugak yang isi ~ 

Lepas tu sehari selepas , orang tu whatsapp Umi katanya Rayyan terpilih dalam pemilihan wah gitu , terkejut jugakla Rayyan boleh terpilih , tapi alhamdulillah dapat la buat tabung Rayyan kat situ .. hehehe ~ lokasi shooting tu di taman permainan kat KLCC untuk outdoor , indoor pulak di Mercu Summer Suits .. dan tema nya putih or warna - warna pastel macam tu la sebab nak fokus produk diorang , huh gigihla Umi cari baju Rayyan sehari sebelum sebab budak ni mana boleh pakai putih , melasak nanti cepat naw kotor .. 

Pada awalnya pukul 9 pagi sampai di playground tapi ubah masa 7.30 pagi .. adoha ! bapak awalnya haha tapi Umi gigih la turun awal sebab taknak sangkut jem .. huh awal-awal pun jadi lewat jugak .. tapi ok la takdela panas sangat kat playground tu .. so yang terpilih hanya 4 orang , dari blogger hanya dua orang , Rayyan dan Ean (www.queachmad.com) ,2 orang lagi Jasmeen , dan Ahsan .. dua2 Umi tak kenal , dan Ahsan tu anak orang Arab.. yaAmpun semua muka kacuk sangat .. Rayyan je muka tak berapa nak kacuk tapi ada la gaya omputeh sikit haha perasan mok mung.

Biasanya Rayyan bangun dalam pukul 7 camtu tapi akan tido balik , so masa ni waktu tido dia terganggu sebab tu masyam amat , muncung itik haha ..tengah tune mood 

Sebelum hari kejadian Umi agak cuak jugak la , sebab first time Rayyan join shooting-shooting ni , boleh tak Rayyan ikut cakap Umi .. kikiki tapi alhamdulillah ok je dia , lagipun baby kan apa yang dia tahu .. heheh , dan masa di playground takdela bervideo just amek gambar je .. sebab Rayyan dan ngantok sangat so klien suruh tidokan Rayyan dan tunggu kat hotel je .. sebab kat Playground sekejap je ... yeahhh baik sangat Klien dari Singapore ni 

Produk baby yang nak di komersial kan ni haaa atas kepala Rayyan ni , nanti Umi cerita pasal produk ni di next entry okeyh ! Mood dah ok sikit lepas hayun2 dalam buai huh

khusyuk main sampai terlupa ada something atas kepala .. haha syukurr 


Satu benda lagi yang buatkan Umi risau , risau Rayyan rimas pakai benda alah ni , LittleHood namanya.. sebab dah lama Umi tak pakai kan dia topi , so baru-baru ni bila pakaikan topi terus je dia buang .. ayokkk , sabar je la .. haa mula-mula memang dia buang jugak littlehood ni tapi umpan dia dengan mainan , lepas tu tengok ramai kawan so dia macam terlupa jap ada benda atas kepala .. heheh Rayyan ooo Rayyan .. kadang-kadang kelakar sgt dengan ragam dia .. love u so much !

Mula-mula khusyuk la main kan , semua pun macam behave je .. kat belakamg Rayyan tu la Ahsan , satu tahun , dan baru boleh jalan , hihi comel sangat .. ayah nya Arab , mak dia Philiphino .. comel amat dan suka gelak .. hikhik

waktu-waktu behave anak-anak semua .. Rayyan khusyuk dengan mainan haa , orang lain mengadap sana dia pulak mengadap sini , interfrem sgt haha

dan kaki pulak mengadap sini , badan nak main mainan .. adohaa ..

dan akhirnya detik-detik rimas telah tiba .. terus buang dah little hood atas kepala dia tu haha , jeng-jeng jeng , tapi lepas tu pujuk2 balik .. main2 toys dengan dia .. terus ok balik 

this time dia dah kebosanan , tak mencabar langsung toys tu katanya , apa kata menuju ke tv , terus berdiri kat kabinet tv kat situ .. Umi dia terus bersilat haha sebab ada wayar internet then letak balik , fuh berulang kali jugak la angkat letak angkat letak .. hukhuk sabo je la mokmung oikkk

Dah penat dengan Umi asyik angkat n letak , terus pergi kat pintu pulak 

ni mula-mula tengok lepas tu kacau amek toys abg ean .. pastu sumbat dalam mulut -__-
haha tapi so far video shoot ni relax2 je dan sekejap je .. so baby takdela tantrum sangat or rimas dengan arahan .. santai-santai je .. sebab budak mana pandai nak fake mcm org dewasa uolssss ~ 

yang ni kelakar sangat bila ayah Ahsan ni dukung Rayyan , pastu tetiba Ahsan yang kat bawah ni nak nangis , rupanya jealous sangat .. haha so nah dua2 kena dukung , tapi Rayyan lak nak nangis kikiki Rayyan dah sama besar dengan abg Ahsan dah haaa .. 

lastly ~ muka dah ngantok sangat , mula dah nak nangis .. video shoot dalam bilik jap , Umi tak amek gambar pun , Umi pulak yang penat .. 

Lepas siap je semua babak ~ terus mentido budak ni , macam tahu-tahu je sesi dia dah berakhir .. huh penat sangat la tu kononnya kan .. haha so ni pengalaman pertama buat Rayyan .. gud boy anak Umi , andai ada rezeki mungkin second or third jon plak ahaha gitu .. nanti Umi cerita pasal produk littlehood ni ok .. amat bagus untuk safety baby yang makin melasak .. adioss ~~ 

Spesifikasi Gt Mobile | Review Telefon Pintar GT888

4 ulasan:
Assalamualaikum ..

Hai guys . seperti yang di janjikan haritu qaseh ada beritahu bahawa qaseh akan review Gt Mobile yang baru-baru ni di lancarkan di Malaysia , iaitu telefon pintar yang di datangkan khas dari Singapore , jadi telefon pintar Gt Mobile ni sangat baru dan hangat di pasaran .. kalau di Singapore harganya 400 dolar sg , tapi di Malaysia belum di keluarkan lagi , jangan lupa layari web  gtmobile.sg , so model yang qaseh nak review ni ialah model GT888 , unboxing time ! 


Dalam box ni haruslah ada bateri  2550maH , free screen protector , silicon casing , charger + cable USB , earfon dan manual book Gt 888
Btw qaseh dah lama tak pakai fon screen besar , bila dah guna balik GT888 dengan screen yang besar rasa macam kerdil je pakai fon screen kecik , haha so qaseh dapat GT888 berwarna metal grey , lawa kan warna dia .. GT888 ni di datangkan dengan dua warna , satu warna lagi silk white ~ jom lihat spesifikasi telefon pintar GT888 ni , macam best je kelebihan yang ada .. haa 

Spesifikasi Gt  Mobile - GT888

  • 64 Bit Quad Core 1.0 GHz 
  • Metal Frame
  • Camera depan with flash (5 M.P) , camera belakang 8 M.P (dengan tetapan hingga 13 M.P )
  • 2GB Ram + 16GB Rom ( expandable up to 64 GB)
  • Skrin 5.5 inci berdefinisi tinggi (Full HD 1280 x 720 pixels)
  •  Skrin  dari jenis IPS OGS (lebih nipis) serta menggunakan Corning® Gorilla® Glass 3 (tahan lasak)
  • Quick charge
  • Android 5.1 - Lolipop
  • Dual sim 

Metal Fame , lawa kan haa dah tercop kat situ designed by Singapore .. kamera belakang 8mp , yang menariknya dengan fungsi pemfokusan gambar selaju 0.3 saat dan mampu mengambil video pada resolusi 4K
Bateri yang tahan lama , setakat ni dalam sehari hanya charge sekali je .. kalau korang tak on data dalam dua hari pun still ada bateri 

Gt 888 ni best bila di datangkan dengan fungsi Dual Sim , qaseh tahu blogger or sesape mesti ada simkad personal dan juga kerja .. kadang takmo campur adukkan , so ni salah satu kelebihan best bagi korang , 2 simkad dalam satu fon , dan simkad yang di gunakan untuk sim1 , standard simcard xperlu potong , sim2 untuk Micro Sim .. kat tepi sim 1 tu untuk memory card ..
nampak huruf G ingat Gt Mobile ! hehe ,, Gt 888 ni memang quick charge , paling cepat 20 minit macamtu .. sekejap je dah penuh so kadang yang tak ingat nak charge fon ataupun jenis pemalas nak charge fon macam qaseh ni haaa berita baik sangat ! tak perlu tunggu lama-lama bateri penuh .

android 5.1 , bila update wireless tu semua sistem makin laju dan smooth ! mula-mula je slow so jangan lupa update yang latest ok , dan tak ambil masa yang lama pun 

Ingat Mark Adam je mampu selfie kingkong dengan GT MOBILE ? eh qaseh pun boleh ok ! nampak tak satu muka penuh screen , bila selfie terus flawless sebab camera ni ada fungsi Beauty Face gitu , tak perlu aplikasi 360 dah haha , dan boleh lah selfie dalam gelap lepas ni sebab ada flash camera depan .. gituh ! 

Spesifikasi lain 


  • HotKnot– Membolehkan pertukaran data apabila skrin menyentuh peranti lain.
  • Scheduled power on & off – Auto off mengikut masa yang ditetapkan.
  • Zero shutter delay – 0.3 saat fokus dan rakam gambar.
  • Off-Screen Gesture (Fungsi ketika skrin terpadam)
Dah beberapa minggu qaseh guna Gt Mobile ni , so far sangat berpuas hati , setakat ni masih takde problem yang menyakitkan hati hehe dan yang paling best dapat update blog guna fon je lepas ni , screen pun dah besar gedabak ko , boleh edit tanpa ada masalah dan masukkan gambar dengan senang .. yeahh tq Gt Mobile menyenangkan kerja blogger macam iols ni haaa .. lepastu Rayyan lagi la suka tengok didi and friends dengan Gt Mobile ni , gambar cantik dan clear .. sound pun ok ! 

Korang kalau nak survey or apa-apa details lagi yang nak cari korang pergi je laman web yang qaseh berikan kat bawah ni ok !!!

INFO LANJUT 

@2010 | www.qasehdalia.com