BR1M 2018 | Pendaftaran dan Kemaskini BR1M sehingga 31 Disember

Tiada ulasan:
BR1M | Bantuan Rakyat 1 Malaysia , bagi yang tak tahu dan belum daftar atau kemas kini lagi BR1M , boleh lah hadir ke mana-mana cawangan LHDN / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau oleh di buat melalui portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my



Pelaksaan BR1M 

  • Kategori Isi Rumah ( di bawah RM1000)   = RM1,200
  • Kategori Isi Rumah ( RM3,001-RM4000) = RM900
  • Kategori Individu (RM2,000 kebawah )     = RM450 

Permohonan Baru 
  • Mereka yang belum pernah memohon 
  • Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia / bercerai
  • Pemohon yang gagal / tidak layak dalam permohonan BR1M sebelum ini 

Kemaskini Maklumat
  • Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh (3) tahun permohonan 
  • Terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan / tanggungan . Perubahan status perkahwinan , perubahan alamat / nombor telefon dan perubahan waris 

Maklumat Penting Yang Perlu Di kemaskini

  1. Status perkahwinan - kahwin , cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh perceraian/kematian pasangan )
  2. Alamat surat menyurat terkini dan email
  3. Nombor telefon bimbit dan rumah 
  4. Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
  5. Maklumat pasangan dan tanggungan (pastikan ic berdasarkan mykad /mykid/ pasport / visa di isi dengan betul dan jelas)
  6. Maklumat waris -waris asal yang telah di namakan meninggal dunia , bagi memboleh kan waris membuat tuntutan SKK dan baki BR1M
Dokumen Sokongan Penting 
  • SSM - Bagi pemohon /pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia anda perlu kemukakan salinan :
  1. Penyata pendapatan perniagaan tahun 2017 atau 
  2. Penyata akaun bank perniagaan / persendirian (akaun semasa / simpanan ) bagi 3 bulan terkini tahun 2017 , atau 
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang di keluarkan oelh SSM mulai 1 oktober 2017
  • Kewarganegaraan -  MyPR / MyKAS / Sijil Lahir yang di keluarkan oleh JPN atau dokumen perjalanan spt pasport dan Visa bagi pasangan / tanggungan bukan kewarganegaraan Malaysia
  • Kematian / Perceraian - Salinan sijil perceraian / kematian pasangan yang di keluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau JPN bagi permohon berstatus ibu bapa tunggal / balu / janda / duda 

Sebab-sebab Permohonan BR1M Gagal 
  1. Tanggungan - maklumat tanggungan tidak tepat 
  2. Maklumat pasangan - tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin 
  3. Jumlah permohonan - memohon lebih dari 1 kali (suami & isteri membuat permohonan berasingan)
  4. Dokumen peribadi - tidak menyertakan dokumen pengesahan status perceraian / kematian pasangan 
  5. Menerima kad debit diskaun siswa 1 Malaysia - pelajar yang layak menerima kad debit diskaun siswa 1Malaysia bagi sesi 2017 / 2018 
  6. Maklumat pendapatan - tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan yang makan gaji 
  7. Berada di luasr negara - pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara 
  8. Kemaskini permohonan - Penerima BR1M sejak tahun 2015 tidak mengemaskini permohonan dalam tempoh tiga tahun 
  9. Maklumat Peribadi - maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan nombor i.c dan status perkahwinan 

SKK - Skim Khairat Kematian 

Penerima di bawah 
  1. Isi Rumah 
  2. Warga Emas ( 60 tahun ke atas)
Jumlah bantuan 
RM1000 +  baki BR1M yang belum di tuntut 

Info Penting 
  1. SKK untuk waris yang di namakan sahaja 
  2. Kematian dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2018
  3. Waris terdiri daripada pasangan / ibu bapa / anak / adik beradik / cucu sahaja
  4. Penerima untuk kategori individu tidak layan untuk SKK 

Prosedur Tuntutan SKK 
  1. Sekiranya berlaku kematian penerima BR1M dalam tempoh BR1M 2018 (1 Jan - 31 Dis ) , waris yang di namakan boleh menuntut di SKK
  2. Tuntutan boleh di buat di mana-mana cawangan BSN 
  3. Waris perlu membawa dokumen :
  • Sijil kematian asal / slainan drpd JPN
  • Kad pengenalan asal waris 
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
     4. Pembayaran akan di buat oleh BSN selepas maklumat di sahkan lengkap dan padat 


Jadual Pembayaran BR1M 2018
  • Kategori 1 - Februari - RM450
  • Kategori 2 - Februari - RM300 , Jun - RM300 , Ogos - RM300
  • Kategori 3 - Februari - RM400 , Jun - RM400 , Ogos - RM400

More Info :

Tiada ulasan:

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com