Resepi Lempeng Kelapa Muda Mudah & Sedap | Pertama Kali Cuba

6 ulasan:
Siapa pernah makan lempeng macam ni angkat ketiak ! hehe ok aku sebenarnya tak pernah makan lempeng macam ni , biasanya lempeng yang letak gula je (sebab tu je pandai hahampeh !) , hari tu kan balik kampung suami so breakfast abang ipar ada buat lempeng kelapa muda ni .. kat Terengganu macam tak pernah makan dan jumpa je kat kedai-kedai .. so agak jakun di situ

Kalau korang sama macam aku tak pernah makan , nah resepi untuk korang mana lah tahu nak try buat kan , seriously sedap , mengenyangkan dan sangat sesuai untuk sarapan pagi , tapi kalau nak makan bila-bila masa pun boleh ~ makan petang ke kan ?

Resepi Lempeng Kelapa Muda

Bahan-Bahan

  • Tepung gandum 1 cawan (kalau lembik boleh tambah)
  • Pisang sesikat 
  • Gula
  • Garam
  • 1/2 sudu teh double action baking powder
  • 2 sudu besar susu pekat 
  • Kelapa Muda 

Cara-cara 

Gaul je semua bahan , kalau nak mudah korang just blend je semua bahan kat atas ni haa lagi mudah dah sebati .. lepas tu goreng dengan alaskan daun pisang (kalau tak alas daun pisang pun boleh)

Bila dah blend semua bahan akan jadi macam tu , haaa lepas tu apa lagi goreng je lahhhh 

Bila dah siap goreng jadi lah lempeng cenggini , walaupun rupa tak berapa cun tapi sedappp woooo , rasa pisang rasa kelapa semua berlemak .. 

Hati Berbicara :
Kredit to Kak Zie n Abg Mat heheh
Saje save kat blog nanti nak try buat sendiri pulak , nampak macam ada pokok pisang kat belakang blok haha sape punya tak tau .. :p okay selamat mencuba tau uolsss



6 ulasan:

  1. sedap ni sambil mengopi petang-petang duduk di pangkin mengadap sawah padi. Ni yang rasa nak cepat pencen ni haha

    BalasPadam
  2. goreng ke panggang ? tk pernah makan lempeng gini. rasanya sini tk de

    BalasPadam
  3. samala qaseh woii tak pernah makan sebelum ni.. bila kat cafe ada jual lempeng kelapa, baru menjinak-jinak cuba. makan dengan sambal sardin.

    BalasPadam
  4. salam ziarah & follower #3788

    sedapnya lempeng tuu.. lawan plak dengan kopi o panas2...fuhhhh

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com