Nivea Protect & Care Deodorant | Perlindungan Berpanjangan Sehingga 48 Jam !

11 ulasan:
Holla ! 
Hai everyone , hari ni aku nak share kat korang semua tentang produk baru Nivea , iaitu Nivea Protect & Care Deodorant .. deodoran ni memang wajib ada bagi setiap orang , ada ke yang tak pakai deodoran ? erghhh please lah walaupun badan korang tak berbau tapi deodoran ni salah satu produk untuk menjaga bahagian-bahagian sensitif , terutamanya kulit bawah lengan dengan bahasa mudah uols punya ketiak 

Sebelum ni aku menggunakan deodoran dari Nivea jugak , iaitu Nivea Pearl , memang antara brand kesukaan aku sebab wangi gila dan wangian dia lembut dan segar sangat , thats why lah aku sukakan Nivea ni , so nah kali ni beralih arah mencuba pulak Nivea Protect & Care ni .. 

Apa Yang Best Tentang Nivea Protect & Care

Seperti yang aku bagitahu tadi , bawah lengan memang kulit sensitif .. kadang-kadang kan kita cukur bulu-bulu halus yang ada di bawah lengan akan menyebabkan luka dan pedih , dan tahu kah korang semasa mencukur , 36% serpihan itu mengandungi kulit ! OMG , sebab tu kadang-kadang lepas bercukup memang kulit rasa terengsa .


Nivea Protect & Care deodoran ni di perkaya dengan esen Nivea Krim , wangian krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang sangat lembut dan 0% alkohol . Jadi kerosakan kulit akibat mencukur boleh di atasi dengan Nivea Protect & Care ni , yang lagi best ia kekal berpanjangan selama 48 jam dan terasa sangat segar , formula inovatifnya akan membuatkan kulit bawah lengan kita lebih lembut dan licin .

Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. 


Pengalaman menggunakan Protect & Care Nivea


Aku sebenarnya tak berapa suka guna roll-on kerana lebih sukakan yang spray , sebab pernah dulu guna brand lain ia membuat aku lagi berpeluh dan melekit , tapi aku cuba gunakan ke dua-dua jenis deodoran Nivea Protect & Care ni , so far aku cuba guna yang roll-on ni dan yeyyyy ia tak melekit sebab cepat meresap ke dalam kulit , walaupun berada di luar , bauan dia memang tahan lama !serious tak tipu ,  rasa macam nak cium ketiak sendiri je haha .. 




Nah bagi aku , best guna kedua-dua jenis Nivea Protect & Care Deodoran , baik yang spray mahupun roll-on , kalau korang rasa kulit bawah lengan korang selalu pedih dan kasar , why not try yang ni pulak , selain dari hilangkan bau yang kurang enak , boleh baiki kulit bawah lengan tuu .. kulit bawah lengan rasa macam lebih lembut dan halus je .. 

Dulu masa remaja macam tu lah , aku guna deodoran hanya untuk hilangkan bau ketiak je , maksudnya kalau dah wangi tu ok la kan .. sekarang timbul kesedaran sambil-sambil hilangkan bau , beri kesegaran yang berpanjangan , kulit bawah lengan juga perlu di jaga .. haaa jangan muka je nak jaga cantik-cantik tau ~ lebih-lebih lagi kulit bawah lengan sangat sensitif .. so mai lah sama-sama kita menjaga dengan baik ! jaga macam mana ? protect your underams with Nivea Protect & Care Deodorant la ! heheh .. 

Nivea Care Run

Berita baik buat korang yang suka masuk aktiviti larian , Nivea akan menganjurkan Nivea Care Run di Putrajaya 29 Oktober nanti , so cepat-cepat masuk web dan boleh daftar secara online , memang berbaloi - baloi , korang akan dapat Nivea Kit Run worth 100 ..so jom ramai-ramai sertai Nivea Care Run nanti ... ~ 



More Info :

*boleh dapati produk Nivea Protect & Care deodorant di pasaraya berdekatan , deodoran Protect & Care Roll-On 50ml ,Spray 150ml - Rm17.50 / Rm11.30 setiap satu*


11 ulasan:

  1. mmg best pakai nivea ni..rabia pakai yg nivea creme..lembut jer kulit

    BalasPadam
  2. wahhhhh kita memang pengguna nivea,fun run pun dekat ngan umah ni hehehhe

    BalasPadam
  3. Suka jugak pakai Nivea ni sebab bau dia tahan lama.

    BalasPadam
  4. nak try la pulak. dulu sensitif dgn nivea. mana tau lps ni ok..

    BalasPadam
  5. skrg mmg kena jaga bhgn bwh lengan tu... sbb port melepak anak2... hahaha

    BalasPadam
  6. Skrg pakai nivea juga. Mesti yang ini pun best juga light gitu. tak melekit

    BalasPadam
  7. Lisa pun pakai yang ni. Suka nivea , lembut kt kulitt

    BalasPadam
  8. Nak kena try jugak nampaknya..

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com