Syampu Shurah Ariana | Dengan 4 Pilihan Berbeza ~

17 ulasan:

Assalamualaikum korang , tengah fikir betapa beruntungya jadi seorang wanita sebenarnya , walaupun berselindung tetapi kita tetap punyai mahkota , tak perlu tunggu jadi raja kan ~ rambut memang mahkota wanita tapi korang jaga ke mahkota korang tu dengan baik , dah belai-belai , dah wangi-wangikan tak walaupun berselindung di sebalik tudung , dengan panas dan peluh .. ? 

Jangan dengki dengan orang yang punya rambut cantik , kuat dan kukuh jika kita sendiri yang tak mementingkan penjagaan rambut kita dari awal .. so pemilihan syampu sangat lah penting tau , dan tak semua syampu semua sama fungsi .. kalau kita ada masalah kelemumur wajib kena pilih syampu yang boleh atasi kelemumur tau ! Qaseh faham sangat lagi - lagi bila kita bertudung rambut cepat berminyak dan berkelemumur tu belum masuk bab rambut gugur lagi kan !

Jadi kali ni qaseh nak kenalkan korang dengan Syampu Shurah Ariana , nama syampu pun dah cantik apatah lagi botol kan , colourful sangat ~ kali ni Shurah mengeluarkan produk Syampu yang dapat membantu dalam penjagaan rambut wanita terutama yang berhijab 


Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari. 
Syampu Shurah datang dengan empat pilihan berbeza tau korang , jadi boleh lah pilih syampu ni dengan pilihan yang betul ok ! Jangan ikut warna kesukaan botol korang pulak .. tahu-tahu lah yang minat pink tu ramai haha 


  • Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair


  • Dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.


    • Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff
    Diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.



  • Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair

  • Diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.



    • Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control 
    Diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur. 


    Mana Nak Dapatkan Syampu Shurah Ariana ?
    Seleksi syampu Shurah Ariana boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga RM12.30 untuk 330ml dan RM7.90 untuk 170ml.

    MORE INFO 


    Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:
    Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
    dan follow hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia  #shurahpencerah

    Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/

    17 ulasan:

    1. Cantiknya bentuk dan warna botol dia, mesti bau syampu pun wangi kan?

      BalasPadam
    2. Shurah ni jenama produk yang dah lama kat pasaran..

      BalasPadam
    3. Untuk wanita bertudung memang bagus guna shurah ni . Botol comel!

      BalasPadam
    4. Wahhhh... Berkenan warna pink tuuuu... Hihihi

      BalasPadam
    5. Nak try lah beli yg 170ml tu...kebetulan shampoo akak nk habis...so nak tukar yg baru ni weeeeeee tq dik review...tergoda!

      BalasPadam
    6. syurah mimin bila lahh nak launch ni, kihkihkih. dah pernah try guna syurah ariana kakak punya. memang selesa

      BalasPadam
    7. Berkenan botol hijau tu bg en somi pkai hehhehe

      BalasPadam
    8. Syampu shurah semua wangi2 baunya

      BalasPadam
    9. Hamboiii mcam nama tudung dah syampu Syurah ni hehe😊😊😊

      BalasPadam
    10. Kak lya pon pkai shurah gak .. Jom wangi2kan rambut anda dengan Shurah Ariana... fuyoo.kaler btol dia cantik2 laa

      BalasPadam
    11. Cantik warna warna botol tu..mesti wangi

      BalasPadam
    12. Tak pernah lagi guna Shampoo Shurah.. kalau bagus, bolehlah nak try guna,,

      BalasPadam
    13. Nanti nak try yang untuk kelemumur tu....
      Macam best je, banyak buih tak?

      BalasPadam
    14. lisa pakai yang orange tu hehehhe.. wangi gak .. mmg leh than 24 jam

      BalasPadam

    ♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
    Dia datangkan petir dan kilat..
    kita menangis dan tertanya-tanya,
    kemana hilangnya sinar...
    Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

    ♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
    qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

    No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

    All images, text and video content used must first be given permission by author.

    For further inquiries, shoot an email at:
    dalia_adelia@yahoo.com
    @2010 | www.qasehdalia.com