Dubuyo Urban Korean Food | Sedap ke Dubuyo ?

Assalamualaikum ~ 

Hello.  annyoung hashimnikka .. Haa penangan makan Dubuyo terus berbahasa korea uols ~ haha okey meh nak cerita alkisah sang dubuyo dan sang qaseh .. btw hari tu adik ipar aku ada post dia tengah makan korean food which mean Dubuyo ni la kan .. so aku yang jenis mudah terpengaruh ni terus terliur ! pantang betul bab-bab korea ni tau tak , kalau tengok drama korea masa scene diorang makan tu memang terliur gila .. macam sedap je kan ..

Jadi tak boleh jadi ni ! kena jugak makan sebelum masuk tahun baru .. kiranya masuk lah dalam wish list 2016 , yeyyy tercapai haha .. semalam kebetulan husband pun cuti , ajak dia tengok baby Humaira jap lepas tu dapat lah singgah di IOI Mall Putrajaya .. nasib ada kat situ , terus terjah dan cari tempat duduk secepat mungkin sampai lupa nak ambil gambar kedai Dubuyo ni , blogger apa cenggini ni tak ambil gambar -_- eh kisah pulak , perut dah lapar gila :p

first time try , so aku pilih set je untuk dua orang . kalau nak tengok lain menu boleh la ke website dubuyo orait.. harga untuk set 2 hanya RM56++ something macam tu la .. 

tadaaa ini yang aku dan husband order ~ 

Dalam set ni ada 

Dalam set ni yang paling sedap bagi aku , Korean Spicy Wings dan Sup (side dished) dia .. wahh sedap gila kot , rasa rangup-rangup ayam dia , perghh memang tak rugi dan berbaloi sangat makan ni haa .. Soondubu Jigae tu sedap jugak cuma takde rasa sangat , tawar sikit dan masakan ni ada telur , tauhu dan beef sebab kami pilih beef .. Nasi dia pulak walaupun nampak sikit tapi sangat mengenyangkan sebab bukan nasi biasa , biasalah korea kan nasi macam pulut-pulut gitu haaa 


So sape tak pernah try boleh lah cuba makan sini pulak , tekak melayu try korean food sekali sekala eh .. cum aku tak pandai pakai chopstik haha , terpaksa lah mintak garfu ~ yummi ! nanti nak try yang ala-carte pulak lah .. tengok orang makan sedap je .. tak pandang kiri kanan langsung ! 

Ok kamsa hamnida kerana sudi membaca ~ 

5 comments

  1. Lorrr.. tak tau pakai chopstik ke. Sama la kite. hehehe

    ReplyDelete
  2. Tak berkesempatan pergi lagi. Tapi adik sy bagi tau memang sedap. Masuk list 2017 lah.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap. Nanti kena cuba ni, mana tau boleh cakap korea jugak lepas makan ni.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah pulak try, tapi baca qaseh cerita yang ayam tu terliur lakk

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..