Buat Rawatan Carbon Peel Laser Untuk Whitening di Vipps Clinic Koreana | Mudahnya memutihkan muka !

Assalamualaikum ,

Carbon Peel Laser di VIPPS Clinic Koreana Sunway Nexis Kota Damansara | Holla semua ! Kali ni qaseh nak cerita pertama kali buat treatment menggunakan kaedah LASER , sebenarnya baru je balik dari Melaka , tak sempat sampai rumah terus datang Vipps Clinic Koreana ni , memang tepat pada masanya sebab kat Melaka sangat panas dan memang lah sunburn kulit haaa , dapatlah repair , putihkan dan manjakan balik kulit muka kat sini .. pengalaman ? fuh best gilos sampai tertido ! sebab apa ? haa baca sampai habis sebab qaseh nak bagi gift kat korang semua .. dan  yang pasti sangat berbaloi 

kat sini doctor sendiri yang akan buat treatment , memang berkelulusan dan di iktiraf.. tambahan lagi produk kat sini menggunakan produk dari Korea , haa produk Korea memang sangat bagus uols .. dan waktu qaseh datang agak busy dengan customer lain .. nampak tak betapa larisnya vipps clinic ni , btw tq so much untuk layanan VVIP gitu.

Jadi banyak je rawatan yang korang boleh pilih kat sini , kena tengok lah kondisi kulit korang macamana so doctor akan tengok kulit korang dan bagi rawatan yang sesuai dengan kondisi kulit .. jadi qaseh buat rawatan memutihkan gitu haaa iaitu Carbon Peel Laser , rawatan ni selain dapat memputihkan kulit korang ia boleh membersihkan kulit , mengurangkan kulit yang tak sekata lebih2 lagi yang pakai tudung tu haa memang tak sekata warna kulit , selain tu boleh menghilangkan jeragat dan pigmentasi , mengurangkan kedutan dan banyak lagi kelebihan ni .. so meh tengok semasa rawatan Carbon Peel Laser ni 

First Step
Mula-mula muka akan di bersihkan , almaklumlah pergi dengan mekap tebal seinci , so wajah akan di bersihkan dulu sesucinya .. lepastu muka akan di sapukan Carbon , carbon ni la yang akan di laserkan untuk second step nanti .. sebab tu bau agak hangit semasa buat rawatan laser.. tapi jangan risau lah tak terbakar nya kulit muka korang haha

Ni lah gayanya bila dah di sapu dengan Carbon , cute kan iols macam dayang senandung .. ooo perli ek takpe takpe , bila dah di laserkan dayang senandung bertukar jadi princess okey !

Second step
Bila dah di sapu dengan carbon , masa untuk buat rawatan menggunakan kaedah laser , doctor akan sumbat telinga dengan kapas sebab semasa rawatan ni akan bunyi pup pap pup pap macam mercun bawang gitu , lepas tu keluar asap sikit dan percikan api , tapi tak perlu risau ia tak membahayakan langsung .. tak percaya tengok la muka iols rileks je dalam video ni haa , video ni masa tengah di laserkan .. nampak tak asap tu , then bau hangit sikit haha .. kembang kuncup hidung ku 

Seperti yang di janjikan .. ni video semasa treatment semalam.. (whitening) vip-carbon peel laser treatment. Kadang bila bunyi laser2 ni macam menyakitkan je kan ? Tapi sebenarnya tak sakit langsung cuma terkejut sebab bungi pop pop pop tuh haa , yg ni di lakukan oleh doctor sendiri dan pasti nya berkelulusan okey , jangan risau. So tak sempat sunburn kulit muka terus putih balik , kesannya selepas sehari buat treatment kita dah boleh nampak putih dr biasa .. ni step kedua lepas sapu carbon tadi di @vippsclinic_kd Best! So now ada PROMOSI dari harga RM600 korang dapat RM188 untuk Peel Carbon Laser + free snow white facial #vippsclinickd #peellasercarbon #vippsclinic #sunwaynexis #brightening #letspretty #jomcantik #laser ##qasehdaliadotcom #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #vsco #vscocam #art #travel #quote #igersmy #igersganu #instafemes #blogger #bloggermalaysia #lifestyleblogger
A video posted by Qasehdaliadotcom (@qasehdalia) on

Bila dah laser , Carbon tu semakin hilang .. 



Mesti ada yang ngeri kan bila dengar ''laser'' , sebenarnya tak sakit langsung , cuma rasa terkejut sebab bunyi tu je , lepastu rasa panas-panas sikit .. thats all babe , nak cantik kan kena tahan la sikit , kalau yang jenis melatah tu kena tahan sikit lah haha .. tapi memang qaseh cakap jujur tak sakit pun heheh 

Last step
Yang last step ni qaseh tak tahan , bukan sebab sakit ke apa tapi tertidur sebab masker Mint ni sejuk sangat ! yaAllah sempat lagi aku tidur , sebab tadi laser tu kan panas-panas so bila sapu masker ni fuhh syiok amat , dalam 20 minit jugak untuk cool kan balik kulit muka .. so rawatan ni mengambil masa dalam 1 jam lebih jugakla .. tapi sangat relaks ~ kalau tak takdela den tertido oik .. 




HOT PROMOTION

So pakej yang qaseh buat kat atas tu harganya dalam RM600 , jadi sempena promosi hujung tahun , VIPPS dengan baik hatinya membuat promosi gila-gila sale ! hanya RM188 je uols + free snow white facial lagi .. fuh rugi kalau korang tak pergi buat .. sangat rugi ! 



Dan satu lagi dengan murah hatinya qaseh nak bagi Voucher ni kat korang semua , banyak tu RM200 untuk treatment yang tertulis di voucher ni haaa .. so takyah segan-segan sila save voucher ni sekarang ok 


Maklumat Lanjut

VIPPS KOREANA CLINIC KOTA DAMANSARA
Alamat : Sunway Nexis, D-G-11, NO.1,Jalan PJU 5/1, Kota Damansara
Petaling Jaya, Malaysia

Contact : 016-332 0701

10 comments

  1. wah bestnya Qaseh..nak jugak..


    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh , save voucher tu then tebus je kat sana hihi

      Delete
  2. antuuuuuuuuuuu... muka itamm hahahahah
    Mamcam mana nk guna voucher tu ? trus tunjuk je ke ? boleh gna banyak kali ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali je guna , utk more info boleh direct tanya no yang tertera

      Delete
  3. wah.. untung Qaseh dapat putihkan muka.

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. cambest nie.. lokasi pun dah dekat dengan rumah sepupu wife ☺☺☺

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaa. kak fiza boleh bayang dah macam mana qaseh tido tuh.hahaha

    ReplyDelete
  6. wahhhh bestnyaaa. tak pernah lagi buat rawatan muka macam nie. teringin pulak :D

    ReplyDelete
  7. semakin gojeslah nampak qaseh ni...hihihi

    ReplyDelete
  8. nanti nak buat tiap-tiap hari rawatan kat sana. nanti lama-lama boleh putih macam orang korea.
    Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
    http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..