Delong Coffee & Such | Jalan-Jalan Cari Makan di Shah Alam

Assalamualaikum ..


Delong Coffee & Such | Cafe Berkonsepkan Masakan Terengganu dan Western di Shah Alam | Hari ni qaseh berkesempatan memenuhkan perut yang selalu kelaparan ni di satu Cafe di Shah Alam iaitu Cafe Delong Coffee & Such , sebelum qaseh bagitahu apa yang menarik kat sini nak say tq so much kerna sudi menjemput .. by the way Cafe ni masih sangat-sangat baru , dan qaseh baru tahu sebenarnya owner ni asalnya dari Terengganu ~ haaa sama lah kita , tetiba rindu sangat masakan Terengganu oihh .. kira rezeki terpijak la ni kan dapat makan masakan orang kampung .. dan sememangnya Cafe ni memang berkonsepkan masakan Terengganu dan juga Western ~ 


 Dekorasi yang simple , yang bertemakan kaler putih .. tenang je kan , dan lagi menyerikan dengan hiasan belon hitam putih .. sebenarnya dekorasi cafe ni  masih dalam pembikinan , so far akan banyak berubah dan lagi cun nanti .. so stay tune nanti lagi menarik !!  oh ye kenapa Cafe ni bernama Delong , sebenarnya Delong adalah nama sebuah kampung di Dungun sempena owner nya yang tinggal di Dungun hehehe

Menu Utama di Delong Coffee & Such

Cerita pasal menu pulak , menu utama yang ada kat sini ialah Nasi Carrot dan juga Chalong , nak tahu tak , walaupun qaseh ni orang terengganu tapi qaseh tak pernah tahu kewujudan makanan yang bernama Chalong ni , haaa nampak sangat terengganu celup aku nih , sabar je lah ~ tadi teka-teka ingatkan mee celup ke mee rebus ke sebab seakan-akan sama la , rupanya nama sebenarnya adalah Chalong ~ kenapa Chalong tu lagi la qaseh tak tahu , tapi rasa dia bagi pertama kali cuba sedap jugak la , memang kena dengan tekak .. lagi menyedapkan adalah fishball homemade , fishball ni memang seratus peratus campuran ikan tanpa guna tepung sedikitpun .. orang kata memang asli lah ! tapi rasa Chalong ni memang lain dari mee rebus atau pun mee celup .. nak tahu kena datang rasa sendiri 



haaa ni la rupa makanan yang bernama Chalong ~ dan yang berdiet jangan risau ok , enjoy je makan Chalong hari-hari sebab Chalong adalah makanan sesuai bagi yang berdiet sakan tuh!

Menu utama kedua ialah Nasi Carrot & Ayam Masak Merah , masakan ni pun qaseh pertama kali juga cuba , Nasi Carrot ni ala-ala nasi minyak jugak tapi di tambah dengan lobak merah di dalam nasi .. jadi bila makan akan rasa la lobak merah dan aroma tuh , nasi pun kemain panjang , makan sikit pun dah rasa kenyang amat !! mungkin korang pernah makan nasi carrot di mana-mana tapi masakan dan rasa berlainan ok , so harus try jugak bila datang di sini ! dua ni adalah antara menu utama yang terdapat di Delong Coffee & Such .



Tu antara menu utama la kat sini , sebenarnya banyak lagi menu-menu lain contohnya macam nasi lemak tapi sambal nasi lemak memang sambal asli dari terengganu ~ selain tu ada chicken chop , stik , nasi goreng special , dan lain-lain lagi laaa .. selain tu coffee pun ada , macam nama cafe ni jugak , harus lah ada coffee latte , mocha dan lain-lain lagi ... nak tahu kena datang cuba cepat-cepat tau sebabnya owner nak bagi diskaun sempena pembukaan Delong Coffee & Such ni .. 

minuman pulak ialah Air Soda Bukit Besi ~ kalau korang order Nasi Carrot + Air Soda hanya RM9.90 je .. berbaloi kan  ! 

selain tu yang ni sangat maveles ! Lala Choco Drink ~peminat marshmallow mesti suka kan kan ~ rasa dia yummeh sangat .. tengok gambar pun dah terliur ..

 belon pun habis semua kena rembat dengan budak2 ahahaha ~ Rayyan pun nak main belon jugak .. 

last but not least ~ tq again Puan Ina haaa ni lah owner Delong Coffee & Such , cantik dan gebu sangat .. soft spoken gitu .. semoga Delong Cafe bertambah maju dan success ~ inshaaAllah tq menyediakan hidangan yang sedap dan asli dari Terengganu gituh ~ sekurangnya negeri luar dapat mengenali dan merasa makanan dari Terengganu ... 

INFO 

Address : No 8 Jalan Opera A U2/A Seksyen U2 TTDI Jaya Shah Alam Selangor 
(Landmark berdekatan Petron)

No Tel : 0139583797 / 0122808996 

Instagram : @delongcoffeeandsuch




12 comments

  1. Bebola ikan tu memang sedap, akak repeat 2 kali tadi hehe

    ReplyDelete
  2. sedap makanan dia. kena pergi lagi nanti

    ReplyDelete
  3. Menarik juga decoration dalam cafe ni

    ReplyDelete
  4. Tak puas makan ayam masak merah, sedap gile...

    ReplyDelete
  5. Chalong tuh nmpk sedap! dengan Fishball dia yg mengancam tuh..aishh..

    ReplyDelete
  6. balik klang nanti singgah shah alam la..hehee

    ReplyDelete
  7. Nasi carrot tu nampak sedap...air aoda tu pun menggamit mata la.

    Hehehe...masukkan dlm wishlist Chalong ni..

    ReplyDelete
  8. ramai cakap, cafe ni sedap. nak try la nanti :)

    ReplyDelete

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..