Chicnones Tudung Ruffle | Gabungan Tudung Bawal dan Shawl

2 ulasan:
Assalamualaikum ~

Dulu dan sekarang memang banyak bezanya kan , tapi kadang-kadang dalam perbezaan tu masih ada yang kekal hingga sekarang dan ada juga yang telah di modenkan .. zaman serba canggih ni memang banyak perubahan yang terjadi , tambah-tambah dalam dunia fesyen , aku lahir dalam era 80 an memang lahir dalam dunia tudung bawal , haaaa aku memang kategori gadis-gadis tudung bawal je dulu , mana nak kenal dengan shawl , wide shawl , dan macam-macam jenis tudung lagi lah , haha ingat dulu ramai yang kecam bila tudung shawl di wujud , tambah-tambah lelaki yang kononnya minat gadis tudung bawal je , cehhh tak boleh blah kan haha tapi sesetengah je la kan .. nanti aku pulak kena kecam .. 

Tapi mungkin masih ada lagi yang hanya sukakan tudung bawal , bila pakai shawl tak kena dengan muka .. dan mungkin jejaka pilihan memang tak suka awek dia pakai shawl haha seloroh je ..di sebab  kan dah lama aku tak pakai tudung bawal , tapi aku nak jugak tudung bawal tu boleh di fesyenkan dengan cara aku pakai shawl , haaa macamana tuh ? kiranya nak pakai tudung bawal tapi kain shawl boleh buat labuh2 dan nampak lagi cun .. so aku tertengok la insta @tudungruffle , terus berkenan dengan satu tudung ni namanya CHICNONES , comei je nama tudung , haha lama jugak la aku survey , ikut hati memang kedekut taik masin tapi akhirnya terjebak jugak untuk berchicnones , tudung ni gabungan bawal dan juga shawl , kiranya awning nya bawal , dan selebihnya adalah shawl 

Chicnones Tudung Ruffle , setiap pembelian tudung chicnones ni akan dapat kotak comel sangat ni , tadaaaa nampak macam pakai tudung bawal je kan , tapi lebih kemas dan cun , tetap labuh dan menutup aurat gituu .. jatuh cinta sangat !

Masalah bila pakai tudung bawal ni satu je , kadang-kadang susah betul nak bentuk , kalau kain tak ok terus jadi macam kelepet pisang haha , lepas tu duk hembus-hembus hujung tudung sampai merecik air liur tapi bentuk nya tetap kelepet pisang , so far chicnones ni memang terbentuk cantik je dekat muka aku .. so takdela bengang nak betulkan tudung je kan ... yang aku pakai ni kaler NUDE CHESTNUT , harga dia RM49 je .. 



Tetap boleh labuh-labuh dan korang boleh je nak buat segala jenis fesyen dengan chicnones ni .. tutorial pun berlambak kat insta tudung ruffle , cun melecun ! 
Sekian Terima Kasih 

Hati berbicara :
Harap segala persoalan mana nak dapatkan tudung ni dah terjawab ~ hehe raya dah nak dekat , bawal lovers boleh lah beli Chicnones ni cepat2 ! mengimbau kembali zaman gadis-gadis bawal dulu kala :p

2 ulasan:

  1. Cantik laa tudung tu. Awning dah siap instant camtu kaa nak kena lipat Qaseh?

    BalasPadam
  2. awning dah bercantum dengan shawl , kena lipat hehehe

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

@2010 | www.qasehdalia.com