Buffet Ramadhan di PICC Putrajaya

Assalamualaikum ,

Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk bulan ramadhan , bersempena dengan Ramadhan AlMubarak yg bakal menjelang  Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan promosi berbuka puasa yang bertemakan 'Hidangan Tradisi Warisan Budaya' , qaseh sempat menjoinkan diri tadi , terima kasih atas jemputan .. kalau nak tahu buat julung kali nya PICC memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 200 hidangan juadah tradisi  dan warisan melayu sebagai tarikan .. meh tengok apa yang menariknya buffet ramadhan kali ni ..


Buffet Ramadhan PICC Putrajaya 
                               Tarikh       : 30 Jun - 25 Julai 2014
                         Harga  : Dewasa RM80
                                                                               : Kanak- kanak RM40 (5 tahun ke atas )

Minggu pengenalan 10% diskaun 
Tarikh        : 30 Jun - 6 Julai 2014
Harga : Dewasa RM72 
                                              :Kanak-kanak RM36 (5 tahun keatas)
(hidangan moreh dari jam 10 malam hingga 12.30 pagi pada harga RM15.00 seorang)

Bila bercakap tentang buffet mestilah nak tahu hidangan nya kan ?Hidangan utama di sini Gulai Tanjung , Briyani PICC , Kambing Panggang , Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku , Rendang Paru , Sambal Goreng Jawa , dan banyak lagi , semestinya berkonsepkan warisan melayu , bulan puasa mesti rindu masakan-masakan tradisi kan , tambah-tambah bila berada di tengah bandar , qaseh memang suka konsep ala-ala tradisional ni , orang kata boleh melepas rindu masakan mak .. haaaa gitu .. kat sini hidangan juga mengikut tema spt 'pembuka selera', 'sup masyuk berangkat', 'gerai utama PICC' , 'mangkuk panas', 'kawah berapi' ,'sejuk badan', 'kebun buah pak rosmie' dan 'Dahaga'

moh tengok antara hidangan yang sempat qaseh tangkap , selebihnya masuk terus dalam perut , suka ratah kerabu-kerabu yang ada kat sini , memang sumpah sedap sgt ! 





kalau pergi mana-mana qaseh paling suka tengok dessert , dekorasi dan kesedapan tu takyah cakap la,mmg sedap dan menarik





kalau masuk bulan ramadhan tak sah la kalau xde bubur lambuk kan ? feveret qaseh tu .. bubur-bubur lain pun ada ,antaranya bubur lambuk PICC , bubur pulut hitam ,bubur kacang hijau durian , pengat labu , pengat pisang , bubur cha cha , dan bubur gandum .







selain itu juga ,hidangan pasta pun ada di Buffet Ramdhan PICC , spt spaghetti , Fettucine , Penne , Linguine ,Aglio Olio beserta sos bolognese dan carbonara , selain tu aneka sup pun ada terutama sup ekor tongkat ali haaa gitu ..
 sepanjang promosi ini , Rosma AF juga ada untukmenghiburkan para pengunjung dengan alunan muzik yg sesuai dengan bulan ramadhan 
barisan chef yang bertungkus lumus dalam penyediaan hidangan yang memang superb , chef - chef semua pun peramah lagi .. 

@kelabbloggerbenashaari bersama chef profesional 

Kelainan lain yang terdapat di Buffet Ramadhan PICC , untung-untung korang akan bawak balik hadiah lumayan , kerana di adakan 'Cabutan Bertuah' dengan hadiah utama RM3000 , di samping hadiah sampingan lain bernilai lebih RM10000 , antaranya TV LED 40 inci , Samsung Note 3 dan banyak lagi , penyertaan terbuka kepada semua dan keputusan akan di umumkan pada minggu pertama bulan syawal . Juga ada pakej brbuka puasa korporat bg syarikat2 yg berminat .

Selain dari itu , korang jangan risau , bila dah kenyang mungkin jarak antara rumah tu jauh dan terkejar2 masa untuk ke terawih , pihak pengurusan PICC menyediakan solat terawih berjemaah bermula dari hari pertama lagi ..

UNTUK TEMPAHAN 

Talian : 03-88876162
Laman web : www.picc.com.my
Maklumat utk pakej korporat PICC : 
hubungi Cik Kumari Nahu di talian 0388876000 @ email kumari.nahu@picc.com.my

Putrajaya International Convention Centre Sdn . Bhd 
Dataran Gemilang , Presint 5 
62000 Putrajaya 
tel : 03 8887 6000
Faks : 03 8887 6499


Blogger Wedding | Selamat Pengantin Baru Mk Syahir & Matyie

Assalamualaikum , first tadaaa cantik tak header baru qaseh , sebenarnya olah yang lama je , jadikan baru .. nampak berseri sikit , sekali sekala angkat bakul ..

first of all , haaa lambat pulak update pasal kawan2 blogger yang di kira rapat jugak la , sudah menamatkan zaman kebujangan mereka , booooo haha tahniah korang , selamat pengantin baru , semoga bahagia hingga ke syurga , pikul tanggungjawab sebagai suami dengan baik dunia dan akhirat , buat caer pemilik blog www.fuh.my dan matyie pemilik blog www.kakisembang.com , semoga bahagia hingga ke syurga ya .

sempat singgah majlis matyie belah perempuan , kebetulan masa tu qaseh balik kg tolong kawan baik jugak berkahwin , sama cantik sama padan , bertempat di Dewan Muzium Terengganu , qaseh pergi dengan kyleril.. tahniah sekali lg buat matyie dan pasangan


Jom kita ke Kedah , rumah caer pulak , qaseh pergi dengan kaksue http://myputeri21.blogspot.com/ , najeeb www.katanajeeb.blogspot.com dan abe eddy , gerak petang dari putrajaya , sedih i ols biasa kalau jalan2 jauh asyik tido je dengan cik mija www.hasyanaurah.com tapi kali ni gila babeng haha , sepanjang jalan duk karoke , sbr je la .. tq kaksue jd driver rocks kami haha , then sampai kat selama kedah tambah dengan sesat , akhirnya dalam pukul 2 pagi smpai kat homestay yg caer dah tempah , tq caer , kat homestay tu ada blogger cun 2 orang cik mujahidah http://www.mujadafewa.my/ dengan dik yana sakura 

Tema wedding caer sama jugak dengan matyie , turqoise ! cantik kaler ni , lembut je wahhh tetiba berangan haha , normal bila pergi wedding sape2 harusla berangan jugak kan , ramai jugak bertemu blogger kat wedding caer , haaa sape lagi memeriahkan wedding blogger kalau bukan blogger kan ? jom layan gambar je la .. qaseh pun ikut ter turqoise kan diri haha sebab tak tahu pulak temanya warna ituuu .. so ai is malu youuu .. 

sweet moments , peeweettt  auchhhh tutup mata haha :p
 blogger yang memeriahkan suasana , shedaucu , liyanahamid , kak shida , pinaz , jejaka di belakang tak mahu di kenali , muja , kaksue , ujang , zafirah , kak yana , yanty n  irfan cheq ! 
 gadis-gadis of course la nak interframe , we ols kan gojes haha



monopod haruslah ada , monopod pun pinjam dengan ty , qaseh nak beli tapi tak terbeli lagi , hehehe nanti la beli , mmg nak kena ada satu sbb ai is alone gitu haha xde org nak tlg amekkan gambar ,
blogger utara + blogger pantai timur - kak shida n pinaz , lama tak jumpa dua org ni , haaa jejak kasih pulak 

akhirnya selesai sudah majlis kedua - dua kawan blogger qaseh ni , alhamdulillah , semoga melayari alam rumahtangga dengan penuh keindahan , selesai masalah dengan baik .. jadi ketua keluarga yang baik dan soleh , alkisahnya kenal caer dengan matyie dari #KELABBLOGGERBENSHAARI then hingga ke hari ini silaturahim itu masih erat . tq korang :) all the best ! lepas semua selesai kami p mandi air terjun hampa , yg sememangnya hampa , haha malas aku nak cite , sakit pulak ati kita haha salam , bye ! adios ! tunggu wedding qaseh plak , eh wedding orang2 dalam gambar ni semua haaaaaaaaaaaaaaa ~~


OMG FEST 5 HARI LAGI !! | 50 BOOTH LAGI UNTUK DI SEWA

Assalamualaikum semua facebook sellers , instagram sellers , blogger sellers ! kaki - kaki bazaar lagi 5 hari , what !yaaaaaaaaaa  lagi 5 hari untuk OMG FEST 2014 .. !


Cuma LIMA HARI. LIMA HARI saja lagi sebelum OMG FEST 2014 bermula pada Jumaat dan Sabtu ini (27 dan 28 Jun) di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Pada saat-saat akhir ini, peluang untuk para peniaga menyertai bazaar ini masih terbuka untuk 50 booth terakhir.

Lokasi Shah Alam sudah cukup strategik untuk menarik orang ramai yang majoritinya terdiri daripada golongan pelajar universiti dan kolej, remaja dan seisi keluarga.

Jadi kepada semua peniaga di luar sana apa yang ditunggu lagi. Dengan hanya RM600 (DUA HARI), inilah peluang terakhir anda menjual apa juga barangan di OMG FEST 2014.


Untuk tempahan booth atau sebarng pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor dan emel tertera.

WhatsApp ONLY : 012-426 9280 / 019-279 6275
Call/SMS ONLY : 011-2626 1656 / 019-279 6275



SEWA TAPAK BOOTH MURAH DI OMG FEST 2014 | ANDA SEWA ANDA UNTUNG !!!!!


Kalau korang nak tahu booth yang ada untuk di sewa bukan hanya untuk fesyen sahaja , tapi boleh juga untuk kaki bazaar yang ingin menjual makanan malahan untuk kecantikan juga , haa mungkin ada yang terasa sedih kerana fikir booth yang di buka untuk fesyen sahaja kan ? so apa tunggu lagi , tambah2 dah nak masuk ramdhan , dah boleh la cuba menjual kuih raya pulak ! konfirm laris di pasaran gituu !


Apabila sebut tentang bazar, bukan sekali atau dua tapi banyak kali kita dengar rungutan majoriti pengunjung dan peniaga yang melalui pengalaman 'hitam' di sana.Kalau tanya pada peniaga, rata-rata kurang gembira apabila kedudukan booth mereka dan laluan yang tidak teratur menjejaskan jualan gara-gara tidak ramai pengunjung singgah.



Semuanya disebabkan susunan booth dan lokasi yang tidak dirancang dengan baik menyukarkan pengunjung datang ke semua booth yang ada.Para pengunjung yang selalu layan bazar pula kebanyakannya mengeluh dengan kes laluan dan ruang tapak jualan yang menyusahkan pergerakan, sekaligus membataskan keselesaan mereka.



Namun, penganjuran OMG FEST 2014 di SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC) pada 27 & 28 JUN ini lain percaturannya.Kami kaji semua kekurangan daripada bazar-bazar sebelum ini dan memastikan OMG FEST 2014 menjadi medan terbaik untuk keuntungan peniaga dan keselesaan pengunjung.Bukan sekadar janji kosong tapi kami amat menekankan aspek keselesaan untuk semua yang terlibat sepanjang karnival dua hari ini.


semua artis2 glemer gitu , sambil2 menjual boleh lah jumpa artis kesayangan korang ! ni lah peluang untuk korang yang sememangnya kaki bazaar ~ 

jom baca kelebihan yang korang akan dapat bila menyewa booth di OMG FEST 2014 nanti ! 

Keistimewaan OMG FEST 2014:
1. Dewan bazar yang LUAS dan FULLY AIR-COND di Dewan Utama, SACC menjanjikan pengalaman yang SELESA untuk peniaga dan pengunjung.
2. Pergerakan dalam kawasan bazar dijamin BEBAS SESAK sebab PINTU MASUK dan PINTU KELUAR disediakan BERASINGAN.
3. LOGISTIK yang MUDAH & TERSUSUN memudahkan proses ambil dan hantar barangan jualan kepada PENIAGA sebab 2 LOADING BAY disediakan di belakang SACC.
4. Untuk kaum IBU YANG BERNIAGA dan terpaksa bawa ANAK KECIL, kami sediakan BILIK REHAT untuk keperluan menyusukan atau salin lampin.
5. Peniaga diberi kebebasan PILIH BOOTH dengan syarat 1ST COME 1 SERVE. Bayar awal dapat tempat depan.
6. Booth ARTIS tidak akan diletakkan di satu kawasan saja seperti kebanyakan bazar lain. Booth artis ditempatkan di merata kawasan bazar.
7. Percuma 10 SAAT SLIDE SHOW (disediakan sendiri oleh peniaga). TIGA SKRIN PUTIH BESAR di dalam dewan disediakan untuk peniaga mempromosikan produk/booth masing-masing.
8. Untuk hiburan, ada pelbagai persembahan artis-artis popular sepanjang OMG FEST berlangsung.

so apa tunggu lagi ! cepat2 roger nombor di bawah , siapa epat dia dapat uols ~ anda cepat anda untung , anda lambat anda la jugak yang rugi .. so pilihan ada di tangan masing-masing .. hanya sedikit modal , tapi untung berlipat kali ganda !!!!! tak mahu ? haaaa celik mata je lah tengok org lain dapat untung ye .... 

Dengan hanya RM600 untuk DUA HARI, apa lagi yang anda semua tunggu. Hubungi sekarang nombor di bawah untuk tempahan dan pertanyaan lanjut.

WhatsApp ONLY : 012-426 9280 / 019-279 6275
Call/SMS ONLY : 011-2626 1656 / 019-279 6275
E-mail: enquiry.omgfest@gmail.com
IG: @omgfest2014 #omgfest

OMG FEST 2014 anjuran ZAYNIA TEAM | 100 BOOTH LAGI !

Assalamualaikum ,


OMG!! gempak tak tajuk  , memang segempak fest yang bakal berlangsung nanti , memang peluang terbaik buat korang-korang yang sememangnya kaki bazaar rugi kalau melepaskan peluang terbaik ni, memang konfirm terlaris di pasaran ..tapi OMG tinggal 100 booth je lagi ! so qaseh sarankan cepat2 rembat sebelum booth OMG FEST 2012 penuh.

Kalau dah namanya bazaar, tak kiralah apa temanya dan di mana pun lokasi, tentu akan laris di pasaran. Terbaru, kemunculan bazaar OMG FEST 2014 anjuran Zaynia Team dengan kerjasama majalah Stailista pada 27 dan 28 JUN 2014 (Jumaat & Sabtu) ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pula mencuri tumpuan ramai.

Dalam sedar tak sedar, cuma tinggal 100 BOOTH saja lagi untuk dipenuhkan di OMG FEST 2014 nanti.Apa taknya sewa hanya RM600 satu booth (DUA HARI) di lokasi yang sangat selesa, luas dan teratur, memang berebut-rebutlah kaki-kaki bazaar semua nak menyertai. Pengarah Urusan Zaynia Team, Dazrina Che Din berkata, pihak penganjur sendiri terkejut dengan sambutan luar biasa yang diterima setakat ini.Tinggal 100 saja booth yang masih kosong dan belum ditempah. Sejak kami lancarkan OMG FEST 2014 awal bulan ini, sudah lebih 200 booth kami ditempah.

Ini kerana harga yang kami tawarkan begitu berbaloi untuk dua hari berniaga. Malah lokasi yang luas, selesa, teratur dan kemudahan logistik yang mantap menarik perhatian ramai," katanya.Bukan itu saja, lebih 20 selebriti terkenal seperti Rozita Che Wan, Arja Lee, Sheera Iskandar, Fiza Elite, Yatt Hamzah, Arash Mohd, Noorshila Amin, Abby Nadzri dan ramai lagi akan memeriahkan OMG FEST 2014 nanti. Kepada kaki bazaar semua, apa tunggu lagi cuma RM600 untuk DUA HARI, mungkin anda adalah penyewa 100 booth terakhir di OMG FEST 2014.
 Untuk tempahan booth atau sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor dan emel tertera.

PERTANYAAN LANJUT :
WhatsApp ONLY : 012-426 9280 / 019-279 6275
Call/SMS ONLY : 011-2626 1656 / 019-279 6275


OMG FEST 2014 akan berlangsung pada :


ini contoh layout untuk kaki bazar yang ingin menempah booth , kalau qaseh kaki bazaar dan ada business dah lama dah tempah , harga pun berbaloi-baloi !

Tarikh: 27 & 28 JUN 2014 (Jumaat & Sabtu)
Tempat: Dewan Utama, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Masa: 10am - 7pm

Butiran booth:
Saiz tapak: 6ft x 6ft
Size Meja : 4ft x 4ft dengan 2 x kerusi
Sewa: RM 600 (2 Hari)
*Master plug disediakan (extension plug bawa sendiri)

Kelebihan:
1. Suasana dewan berhawa dingin yang tertutup memberikan keselesaan untuk peniaga dan pengunjung
2. Susun atur dan jarak antara booth serta laluan pengunjung luas dan teratur (5ft luas)
3. Penyewa boleh pilih lokasi booth
4. Percuma 10 SAAT SLIDE SHOW (disediakan sendiri oleh peniaga). Penganjur turut menyediakan TIGA SKRIN PUTIH BESAR di dalam dewan untuk peniaga mempromosikan produk/booth masing-masing


IG: omgfest2014 #omgfest