REVIEW FILEM TEMBUS BERSAMA AARON AZIZ


Berkesempatan menjoinkan diri di Pra Tonton Filem Tembus tempoh hari yang bakap di tayang kan di pawagam Aidifitri nanti , ooeemmgeee teruja dengan pelakon-pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air , tapi yang uniknya filem Tembus menggabungkan pelakon- pelakon 3 buah negara , Malaysia , Indonesia dan Singapura , filem ini berkisahkan konflik kekeluargaan , ego yang tinggi dalam diri masing-masing hingga menjadikan anak mangsa keadaan.

Sinopsis TEMBUS

Tembus berkisar tentang pasangan suami isteri bekerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka, namun semuanya berubah apabila anak tunggal kesayangan mereka hilang.
Sepanjang mencari jawapan mengenai kehilangan anak mereka, kebenaran semakin terbongkar.

pelakon utama dalalam filem Tembus , Aaron Aziz , Fazura dan Luna Maya 
TEMBUS merupakan filem terbaru arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, lakonan Aaron Aziz, Khir Rahman, Luna Maya, Fazura, Mia Sara Nasuha, Siti Eliza, Eja, Eizlan Yusuf, Abby Nadzri dan ramai lagi, terbitan Excellent Pictures dan akan ditayangkan di 56 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 28 Julai ini.
Qaseh bagi 4/5 , filem ni memang penuh dengan konflik , dan bila menonton filem ni , tengah-tengah jalan cerita buatkan kita tertanya-tanya .. penuh persoalan , dengan ego seorang isteri , dengan sifat mengalah seorang suami dan juga bayang2 gelap tersembunyi dari suami yang selama ni kian terbongkar , dan banyak aksi2 suspen hingga nak keluar jantung den ni ha , syabas buat Ahmad Idham dan juga Excellent Pictures , dan terima kasih atas layanan baik kepada kami para blogger , kisah yang penuh dengan pengajaran ..

yeyyy dapat jugak jumpa aaron aziz , hensemm hoihh :p

4 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. qaseh bg 4/5 bintang tu kira best la kan...pcl akan tonton nanti bersama family pcl..dorang memang suka citer lakonan AA haha..

    BalasPadam
  2. salam. macam best filem ni..

    p.s untungla dapat jumpa Aaron Aziz :))

    BalasPadam
  3. waaaaa...fazura dengan luna maya.. hehe. daya penarik tuu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama