Posts with the label travel
Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts
9/13/2022
Jejakkan Kaki Di Floria 2022
Floria 2022 Putrajaya | Assalamualaikum and holla gais, fuh rasanya dah lama gila aku tak jejakkan kaki di Floria, siapa sukakan bunga, pencinta bunga dan suka bergambar memang tempat favourite lah kan, aku masuk Floria ni pun tak plan sebenarnya, dah alang-alang ada kerja di IOI Putrajaya, so why not. Baju aku pun dah tema floria dah haha
Apa yang best di Floria ? Ntahlah ~ bagi aku sama je macam tahun-tahun sebelum haha tapi tahun ni TEMA ORKID, penuh dengan bunga tapi dekorasi bunga-bunga kat sini cantik lah depa buat, aku datang pun dah hari-hari terakhir dah, bunga matahari pun dah makin kecut haha, kalau nak gambar cantik datang lah awal-awal tau, meriah la sikit awal pembukaan dengan segala acara,
Motifnya untu bawak Rayyan dan Rania datang, depa tak pernah lagi masuk Floria. Rania masih tak tahu apa-apa lagi, so dia jadi puteri dalam stroller, Rayyan la nampak seronok dapat jalan-jalan, explore sana sini while abahnya jaga Rania, so kami berdua je la have fun together-gether. Aku pun penat sebenarnya nak bergambar sangat, tak larat juga sebab baru lepas sihat
Lagipun aku penat dan kenyang baru lepas melantak steamboat di Pak John Steamboat IOI, macam tak percaya, aku tak ambil banyak gambar kan haha tapi itulah hakikatnya, selebihnya ambil gambar Rayyan je lah, suka pulak dia nak bergambar, sedangkan selalunya susah bethol aku nak ambil gambar dia, so layan kan je lah ~ jangan jadi mat bunga sudah lah.
Floria ni memang cantik sebenarnya, lagi-lagi ada camera lawa, haaa sumpah lawa gambar-gambar korang , oh ye dalam ni ada booth-booth yang jual minuman dan makanan juga, penat meround dalam ni mesti lapar kan, boleh la duduk lepak jap, aku beli air je ~ dahaga !
So tu jelah cerita aku dengan floria 2022, dah alang-alang datang Putrajaya apa salahnya tinggalkan jejak heheh.
8/04/2020
Tempat Menarik di Kuala Lipis Yang Korang Perlu Tahu
Assalamualaikum
Tempat Menarik k di Kuala Lipis, Pahang Yang Korang Perlu Tahu | Kuala Lipis ni tempat aku lalu lalang je bila nak balik ke Terengganu, memang selalu lalu tapi tak pernah terfikir untuk menerokai tempat ni, bila tengok dari dalam kereta ada banyak bangunan-bangunan yang dah usang tapi still megah berdiri, mesti ada kisah-kisah best disebaliknya. Suka sejarah ? Kadang-kadang bila dengar orang bercerita tentang asal usul sesebuah tempat tu jadi ralit dan mulut automatik teruss ooooo ooo macam tu ceritanya, kan ? hehe
Sebelum aku kongsikan apa yang menarik di pekan Kuala Lipis, aku nak kongsikan dulu satu tempat ni ibarat hidden gems yang jarang kita nak pergi, tapi aktiviti macam ni sebenarnya sangat-sangat best, yang sukakan aktiviti jungle trekking, lasak, masuk hutan dan sebagainya mesti suka aktiviti macam ni
Taman Eko Rimba Kenong
Aku selalu jugak tengok ada beberapa tempat yang namanya Taman Eko Rimba tapi tak pernah terfikir apa yang ada didalamnya. Untuk ke Taman Eko Rimba Kenong ni agak mencabar fizikal dan kelakar sebenarnya sebab kena gigit kerengga dalam trak hihi
Kami kesini dengan menaiki bas dan park di entrance Taman Eko Rimba Kenong, lepastu kena naik trak JPAM (kereta or van boleh je masuk) untuk masuk menuju Jeti Kenong untuk menaiki bot pula. Bas memang tak boleh masuk dalam ni ya sebab jalan sempit dan kiri kanan hutan. Sesampainya di jeti, kami naik bot untuk ke jeti Taman Rimba dan teruskan perjalanan untuk jungle trekking
Sebelum perjalanan makin jauh, sempat singgah di Kampung Dusun yang mana penduduk dalam ni hanya ada 8 keluarga sahaja, dan sempat melihat orang kampung tengah menyediakan masakan Tradisional iaitu Nasi Kebuli, then teruskan jungle trekking menuju 3 gua yang tersembunyi dalam hutan Kenong ni
Sepatutnya kitorang dapat menyelusuri dalam gua dengan menaiki bot tapi disebabkan hujan lebat semalaman, air sungai naik tinggi but sokay tetap best. Dalam hutan Kenong ni terdapat 3 gua, iaitu gua Batu Tangga, Gua Tangkup dan Gua Kelawar.
Perjalanan ke gua-gua ni mengambil masa dalam 45 minit, jika secara santai pula mengambil masa kira-kira 1 jam jugaklah, trek tak terlalu extreme tapi agak mencabar juga sebab laluan agak berlopak dan licin disebabkan hujan but so far semua okay je haa, pastikan pakai kasut yang bersesuaianlah, aku pakai kasut getah je
AKHIRNYA SAMPAI !
Onway balik pula sempatlah kami merasa Nasi Kebuli tadi, sedap dan unik rasanya, Nasi Kebuli ni memang dimakan tanpa kuah ye, yeah dapat juga makanan masakan tradisional orang Pahang. Jadi kalau korang suka masuk hutan, Taman Eko Rimba Kenong ni sangat best untuk diterokai, hidden gems yang cantik dan berbaloi untuk korang lawati.
Tempat Menarik di Kuala Lipis
Pekan Kuala Lipis
Akhirnya dapat juga singgah pekan Kuala Lipis ni, takde dah lah perasaan curious dari dalam kereta je, so antara tempat-tempat yang korang boleh cipta kenangan, bergambar, melawat dan mengetahui beberapa kisah sejarah haa boleh lah bokkmark terus tempat yang aku nak share ni
Titik 0KM Pekan LipisRupanya ramai juga ye memburu titik 0KM ni, aku pun tak tahu tempat aku kat mana la titik 0KM ni, hihi nanti lah cari juga,so di Pekan Lipis ni , titik 0KM terletak di GPO ( General Post Office), boleh lah pergi bergambar nanti hee

Sekolah Menengah Clifford
Untuk info korang, hostel yang pertama ditubuhkan selepas Stesen Keretapi Malaysia (KTM) adalah di Sek Men Clifford ni dan inilah sekolah yang melahirkan ramai-ramai tokok ternama termasuk penyanyi No 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Aku suka tengok pintu kelas-kelas di sek. ni, sangat klasik.

Masjid Negeri 1888, Kuala Lipis
Masjid tertua di Pahang yang sudah lama terbina sejak tahun 1888 lagi, wow lama dah masjid ni, aku pun belum lahir lagi dan masjid ni juga masih kekalkan seni bina yang lama, pernah juga dijadikan sebagai Masjid Negeri dan ada kisah sejarah yang mana masjid ni tidak ditenggelami air sewaktu banjir besar di Pahang suatu ketika dahulu
Pejabat Daerah Lipis
Antara bangunan yang telah lama juga sejak tahun 1919 yang juga diisytiharkan sebagai bangunan Heritage yang akan terus dipelihara dan dijaga. Kalau tengok seni binannya memang nampak bersejarah kan.
Bangunan Residensi
Bangunan yang masih dikekalkan dan dipelihara sejak pemerintahan British, dibina sejak tahun 1922 dan menjadi tempat kediaman bagi residen Inggeris. Dalam bangunan ni ada sudut muzium dan bahan-bahan sejarah yang korang boleh lawat.
Muzium Warisan Lipis
Last but not least, kami melawat muzium, di Muzium lah kita boleh peroleh segala kisah dan bahan sejarah dari peninggalan zaman-zaman pemerintahan British dan macam-macam lagi yang tak pernah kita tahu.
Lastly jangan lupa tonton video kami sepanjang 3 hari meroka tempat menarik di Pahang
8/01/2020
Glamping di Tanah Aina Fahad | Tempat Menarik di Raub Pahang
Assalamualaikum
Entry sebelum ni aku dah kongsikan beberapa tempat menarik di Bentong ,boleh baca di tempat menarik di Bentong kali ni aku nak kongsikan tempat menarik di Raub Pahang, iaitu Tanah Aina Fahad, merasa lah pengalaman bermalam dalam glamping, yeahh. Aku selalu tertanya-tanya selesa ke tidur dalam glamping ? Korang rasa elesa tak? Haaa jom aku share apa yang bestnya glamping di Tanah Aina Fahad
Tanah Aina Fahad terletak di Sungai Dong dan sebenarnya ini kali pertama aku jejakkan kaki di Tanah Aina, menginap hanya semalaman disini, ia membuatkan aku jadi rindu dan mungkin akan kembali lagi sebab rasa tak puas untuk menikmatilagi suasana dalam hutan, angin malam, bunyi unggas-unggas hutan, air sungai yang sejuk, makanan yang sedap dan pelbagai perasaan yang bercampur baur
Selesa ke tidur dalam glamping ?
Bab keselesaan, aku sangat selesa tidur dalam glamping ni, gais bukannya kita tidur lambak kat bawah tau, tapi dalam ni ada 4 katil single, so boleh muatkan 4 orang dan dalam glamping ni tidakla terlalu sempit, ada ruang untuk solat, ada cermin solek untuk berhias,ada kipas juga, towel dan selimut pun disediakan.
Toilet disini memang berasingan, tapi jangan risau toilet pun dah macam hotel jugak gais, luas, ada syampoo dan body shower yang disediakan, sangat selesa lah bagi aku. Glamping di Tanah Aina ni juga banyak jenis sebenarnya, untuk queen ada, untuk vip, untuk family pun ada haaa so korang boleh pilih yang mana korang suka.

Kalau korang tengah runsing atau tengah berfikir sesuai tak untuk bawa anak-anak,bagi aku sangat sesuai sebab tempat ni boleh bagi anak-anak rasa pengalaman baru, lebih-lebih lagi yang takde kampung dan tidak terlalu extreme, boleh santai-santai,ada beberapa game yang anak-anak boleh main dan ada kolam kecil juga untuk mandi manda
Tempat luas dan Makanan Yang Sedap
Sesudah membersihkan diri, masa untuk makan ! Masing-masing dah kebuluran hiks, tempat makan sangat luas, makanan tak mengecewakan, sedap dan kekenyangan sangat, tapi jangan terkejut lah waktu makan tu korang akan dengar macam-macam bunyi unggas-unggas hutan, bawah tempat makan ni pulak adalah sungai, so boleh dengar air sungai mengalir deras. Best gilerrr.
Kendurian ! Yeayyy malam tu jugak dapat makan-makan durian, haaa memang puas hati lah bagi peminat durian, hihihi sorry yaa bagi yang tak minat, memang kena jauhkan diri awal-awal dek kerana bau dia yang harum itu.
Sebelum masuk dewan makan ada beberapa aktiviti yang korang boleh main disini untuk hilangkan bosan, kami sempat lah panaskan badan dengan bermain pingpong, main karom dan siap boleh karaoke lagi, then lepak-lepak minum kopi dan jalan-jalan disekitar, ada walk in yang cantik dihiaskan dengan lampu led, tapi tak lama sebab hujan turun.
So malam tu memang tidur dalam hujan, aku tidur selimut satu badan tau sebab sejuk dan aku ni sejenis penakut jugak haha lebih-lebih lagi dalam hutan, so far takde gangguan apa-apa pun, mana-mana tempat pastikan niat kita betul okay dan tempat ni selamat.
Aku mandi pukul 5.30 pagi kot haha gigil weh tapi segar sangat mandi pagi dengan air sejuk, then breakfast untuk teruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Nanti aku share apa benda best yang korang boleh nikmati di Kuala Lipis.
Sebenarnya agak hampa sebab tak boleh nak mandi manda di sungai kat sini tapi aaa so happy bila selepas teroka Kuala Lipis, kami kembali lagi di Tanah Aina Fahad untuk mandi manda di sungai, yahoooo !
Apa lagi, jom lah kita terjun sungai, sempat juga buat aktiviti water confidence, untuk buat aktiviti air ni wajib kita pakai safety jacket okayh.Mula-mula takut sebab arus air sungai ni deras gila, dah lah aku ni jenis tak reti berenang tapi ada beberapa orang guard yang akan jaga kita. Mula-mula je takut tapi ehh nak buat lagi hehehe. Ada beberapa port yang korang boleh mandi manda, ni di bahagian bawah, sesuai untuk aktiviti air, bahagian atas untuk santai-santai mandi manda di area canopy walk.
So korang yang mana tengah mencari tempat-tempat untuk menenangkan minda, jauh sangat dari hiruk pikuk bandar yang menyerabutkan, rasa nak santai-santai dengan keluarga, tinggalkan sekejap urusan kerja dan sebagainya ~ sangat-sangat berbaloi datang ke Tanah Aina Fahad ni, seriously korang akan rindu dengan banyak perkara.
Tanah Aina Fahad : http://www.tanahaina.com/fahad/
Tourism Pahang : www.tourismpahang.org.my
Tourism Malaysia Wilayah Timur : www.malaysia.travel
Subscribe to:
Posts (Atom)