Posts with the label kunming
Showing posts with label kunming. Show all posts
Showing posts with label kunming. Show all posts

8/06/2015

Daguan Park | Tempat Menarik di Kunming Yunnan China

Destinasi seterusnya selepas membekukan badan di Dongchuan Red Land yang super sejuk dan cantik tu , travel tour membawa kami ke Daguan Park .. Apa yang menarik kat sini ?





Daguan Park adalah sebuah taman tasik yang terletak di pinggir barat daya Kunming , kat sini ramai penduduk tempatan datang lepak-lepak , minum teh , main layang-layang dan banyak lagi aktiviti diorang , tumpuan kat sini adalah Daguan Ge iaitu sebuah pavilion tiga tingkay yang di bina untuk memeriahkan lagi kenangan Maharaja Kangxi dan kini merupakan sebuah gudang kaligrafi.




Patutlah kat sini jadi tumpuan ramai , sebab Daguan Park ni sangat cantik , selain dari tasik , banyak burung-burung yang berhijrah di sini , dan sambil-sambil tu korang boleh beri makanan kepada burung-burung yang ada .. yang minat dengan budaya , bangunan-bangunan yang cantik memang akan menarik perhatian korang.








Orang kata di Kunming ni sedap sate kambing , kat sini pun ada jual tapi qaseh tak sempat merasa sebab tour guide kami , Judy buat muka garang haha dia tak bagi kami beli ~ sobss tak dapat nak merasa , katanya makanan kat sini kurang bersih , tapi Aida Sue sempat jugak beli hak hak ! 

Dah puas meronda hingga ke petang , aktiviti kami seterusnya adalah menonton teater ! kagum gila qaseh dengan cara penyampaian mereka , terpegun tengok dengan segala aksi pementasan , yang pasti semua sado-sado hahah .. wei sempat lagi kan ! dah lah hensem nak mampoih .. tapi macam biasa bila dalam teater mana boleh snap gambar , jadi kenangan dalam hati hingga ke mati .. best moment ! 

Dynamic Yunnan Teater 

Dynamic Yunnan, juga dikenali sebagai Yunnan Impression Show, adalah lagu dan tarian yang luar biasa dan asli yang dianjurkan oleh penari terkenal China, Ms. Yang Liping. Dalam pameran itu, pelbagai jenis tarian dilakukan untuk menunjukkan ciri-ciri pelbagai puak minoriti di wilayah Yunnan. Dengan pencahayaan cahaya berwarna-warni di panggung, pertunjukan besar sangat terang dan cantik dengan penari-penari yang penuh semangat melakukan jenis tarian tradisional mereka.



Lokasi: 
Teater Seni Yunnan, No.132-134, Dongfeng West Road, Daerah Wuhua, Bandar Kunming, Wilayah Yunnan

Bagaimana untuk sampai ke sana? 
Pengunjung boleh mengambil bas 5, 10, 62, 66, 98, 26 ke perhimpunan Perhimpunan Kunming.

Harga Tiket: 
180Yuan / Orang

Waktu pembukaan: 
20:00 hingga 21:40 dari Isnin hingga Sabtu

Tamat aktiviti untuk hari ke empat di Kunming China , kami pun balik ke hotel dan rehat secukupnya sebab esoknya kami mendaki banyak tangga tapi berbaloi dengan keindahan yang sangat menarik ~ stay tune untuk hari ke lima .. ~ 

Daguan Park | Tempat Menarik di Kunming Yunnan China

8/06/2015

8/05/2015

DONGCHUAN RED LAND | Tempat Menarik di YUNNAN, KUNMING CHINA

Assalamualaikum , 
sambungan dari cerita qaseh ke Kunming China by Air Asia , eh ingat kan dah habis , hehehe belum habis lagi qaseh ingin ceritakan tempat-tempat menarik di Yunnan Kunming China ni .. selepas kami dah kepenatan melawat Jinmabiji Square , kami di bawa ke satu tempat pergunungan .. yang sangat-sangat sangat sejuk iaitu Dongchuan Red Land , btw masa kami pergi tak kena sangat dengan musim so pemandangan agak kurang , tapi yg sebenarnya Dongchuan Red Land sangat cantik macam gambar kat bawah ni dan kat sini memang kegilaan photoghrapher .. memang xkan lepaskan peluang untuk dapatkan moment-moment indah kat sini 

Tips :
masa yg sesuai dna terbaik dari SEP-DIS , JAN-FEB , dan MEI-JUN
suhu : 3 darjah celcius 
wajib bawa baju tebal2 ! stoking ! sarung tangan ! sebab sangat2 sejuk...


Dan perjalanan pun bermula , qaseh ingatkan Dongchuan Red Land ni dekat-dekat je dengan Kunming tapi sebenarnya mengambil masa kira-kira 4 jam jugakla , haa sampai tertido-tido semua haha .. tapi perjalanan ke Donchuan sangat mencabar , gerun je tengok driver bas memandu dengan laluan yang sempit , lereng2 bukit .. fuh ... tanjat gigirl ! tapi tu satu pengalaman yang sangat best sebenarnya .. bravo uncle bas memandu dengan berhemah .. 

Disebabkan perjalanan yang sangat panjang , sila bawa hal-hal penting , wet tissue , mineral , atau apa2 makanan kot2 tetiba perut berbunyi .. atau boleh berhenti di stesyen minyak yang ada , kalau ada la ye .. dan toilet sangat2 teruk .. haha siap sedia bawak air , kat China ni jangan harap toilet ada air .. nanti qaseh tunjuk toilet yang paling rare ! memang daku tak masuk laa .. siap boleh jeling orang punya kat sebelah .. bluwerk ! 



Pemandangan sepanjang perjalanan , kawasan pergunungan .. dan ada juga penempatan2 di situ .

Berhenti seketika di petrol station , teringat pulak jajan jagung yang qaseh beli kat sini , sumpah sedap ! aduhhhhh masa ni jugak nak teringat kan , tapi jajan2 yang ada di sini memang xde kat Malaysia .. rugi tak bawak balik banyak , haa masa ni jugakla nak nyesal ! 



diorang pun borong banyak2 , tak sempat bawak balik umah , dah abis dalam bas ~

dan ini lah dia toilet rare tu ! ok skip ~ next !

 Btw Dongchuan Red Land terletak di bandar Xintian , 40 km sebelah barat daya Kunming , di sini memanga menarik beribu-ribu orang pelancong , mana taknya tempat ni sangat cantik dengan tanah yang berwarna merah , di tambah dengan pelbagai tanaman yang membangkitkan pelbagai warna .. Alhamdulillah dapat juga melihat keindahan ciptaanNya .. oh ye , dalam perjalanan ke Dongchuan qaseh melihat rata-rata penduduk di sini ada yang menggunakan keldai .. mungkin salah satu cara pengankutan mereka utk membawa barang-barang seperti rumput dll.

Bercerita tentang keldai , nasib kami baik bila tak ditetak oleh seorang pakcik ni , haha sangat kelakar , btw pakcik ni kat atas pokok , maybe tengah ambil makanan untuk keldai dia , dan waktu tu memang kami dengar dia dah terjerit2 , manalah nak paham kan , trjerit2 pun dalam bahasa china , waktu tu kitorang berhenti jap tgk pemandangan dan konon2 nak selfie dengan keldai tu .. rupa2nya pakcik ni marah kitorg usik keldai dia , last-last dia turun dari pokok then kejar kitorang dengan sabit ! lintang punkang lari , nasib baik sempat masuk dalam bas ! wakakaka , tour guide kami cakap kadang-kadang kat China ni apa-apapun kena mintak izin ,, heee sory laaa pakcik kami mintak maap naaa ~










Baru berhenti sekali , gambar dah seribu dalam camera , hihik .. mestilah kena tinggal kenangan , dan perjalanan di teruskan ke rumah tumpangan.. kat sini maaf ye takde hotel-hotel mewah .. yang ada homestay biasa-biasa je atau pun rumah penduduk di sini haaa , tapi dah cukup cantik dah .. kami tido semalam pun dah cukupla lebih-lebih bagi aku yang tak cukup isi ni , sampai ke tulang sum sum dia punya sejuk tu gigit , heater kat dalam bilik pun macam nak tak nak berfungsi je sebab tak mampu nak lawan kesejukan di Dongchuan Red Land ni , tapi yang best makanan kat sini sedap !!!! hehehe 

tempat kami bermalam .. di sebabkan kami smpai dah waktu senja so , tak dapat nak bersiar-siar di kawasan ni , lagi pun malam hari sangat gelap .. tambah2 sejuk nak mati ! lepak dalam bilik khai tengok movie ramai2 ~ haha .. tips tak bagi sejuk bila dah berada dlm selimut , jgn nak bergerak2 kalau tak ia bertambah sejuk ! huhuhu

ni cara depa panaskan badan ooooo tak habaq pun , ni pun kitorg sibuk merayau pastu tengok penduduk sini duk syok bakar tangan haha apa lagi , join sekaki ..

walaupun sejuk , gigih duk kat luar sebab nak upload gambar kat instagram tapi hampeh , tak dapat langsung .. memang kat sini jangan mimpi nak online sangat ye , ni lah di namakan holiday tanpa gajet , yahuuuu lepastu semua tido tak hingat donia .. keesokan hari kami bertolak pulang ke Kunming ~




yeahh im hapyy2 girl in town ! hehe

dalam perjalanan pulang , berhenti sekali lagi untuk bergambar buat terakhir kali .. dan terjumpa pakcik ni , apa lagi bergambor je la .. btw bergambor pun hulur2 lah sikit kat pakcik ni ye .. 



hehe tu je lah cerita qaseh serba sedikit berada di sini , andai datang ke Kunming jangan lupa datang di Dongchuan Red Land ye , pless datang dan nikmati sendiri udara dan keindahan alam kat sini , tak kan menyesal punya .. dan kami pulang kembali ke Kunming Hotel . next destination tunggu ~ 

DONGCHUAN RED LAND | Tempat Menarik di YUNNAN, KUNMING CHINA

8/05/2015

5/13/2015

JInmabiji Square | Tempat Menarik di Kunming Yunnan China

Assalamualaikum , 

Sambungan dari trip ke China by AirAsia . selepas dah puas melawat Yongning Mosque , kami mengambil masa terluang untuk berjimba-jimba di JINMABIJI SQUARE ,gue panggil bijii je lah senang haha , dan di sini lah Pusat Metropolis Kunming , di sini lah tarikan pelancong untuk shopping , dan lain2 lagi .. dan sebenarnya Jinmabiji adalah gabungan dua nama yang bermaksud kuda emas dan jed ayam jantan .. tak tahu lah kenapa dua binatang di pilih , mungki ada simbolik tertentu kan .. yang pasti yahoooooo jom kita p shopping ~ 



nampak tak di tengah- tengah dataran ni terdapat dua pintu Jinma dan Biji so jadilah JinmaBiji Square 

senibina yang cantik ~ 

saya di sini ! di jalan - jalan tersebut terdapat ala-ala peta jalan .. tapi tak paham jugak , kena belajar bahasa china dulu lah ye , so kami tak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di sini , cuaca macam biasa sejukkkk banget .. berjalan-jalan pun tak sempat nak keluar peluh , dah beku balik ..



JInmabiji Square | Tempat Menarik di Kunming Yunnan China

5/13/2015

5/10/2015

Yongning Mosque | Masjid di Kunming China

Assalamualaikum ,

Masjid Yongning di Kunming China | Hari ke tiga berada di Kunming , airasia fam trip di bawa ke Masjid Yongning oleh Judy , di bina pada Dinasti Yuan dan telah di bina semula pada dinasti Qing , walaupun Masjid Yongning berskala kecil tapi ramai yang datang bersolat di sini , tempat solat yang luasnya 200 meter per segi .. kat sini qaseh melihat budaya mereka , reka bentuk yang unik dan di sekeliling masjid ni terdapat banyak gerai-gerai makan dan semestinya halal ..



Kedai comel yang menarik minat kami di pintu masuk Masjid Yongning , tertarik dengan makanan yang di jual di sini , qaseh tak tahu apa nama sebenarnya kuih ni tapi ia seakan-akan cakoi yang di salut dengan pelbagai sos dan di letakkan di dalam lempeng yang berwarna pepel , omg ! dan rasanya sedap .. btw di Kunming sememangnya mereka tak fasih dan tak pandai berbahasa luar selain dari bahasa China , dan kami seperti biasa jadikan tour guide kami Judy sebagai pengantara , dan kadang-kadang hanya menggunakan bahasa insyarat .. so jika anda ingin melawat di sini , belajar sikit-sikit bahas China okey haha 

kedai comel ni juga menjual air soya yang ori dan rasanya blerghhhh rasa asap api kayu , seakan di rebus menggunakan kayu api ... cannot go with that "rasa'' haha 



besar kan , phewww unique food 










Jadi tak perlu risau jika tercari-cari Masjid di Kunming China ni , dan banyak lagi masjid-masjid yang terdapat di sini contohnya  Nancheng Mosque , Chongde Mosque , Shuncheng Street Moqsue , yixigong Mosque dan Jinnju Street Mosque , dari situ kita boleh melihat cara makanan , budaya dan banyak lagi tentang masyarakat islam di China
The Basic Information
Add: No. 153, Jinbi Road, Kunming
Tel: 0871-3612495

Gender Allowed: male & female travelers
Capacity: 200

Yongning Mosque | Masjid di Kunming China

5/10/2015