UJI BAKAT DRAMA SIRI SELUDUP | BERLAKON BERSAMA TIZ ZAQYAH DAN MENANGI RM15000 !

Assalamualaikum , hai hai hai korang , qaseh tahu ramai yang berbakat di luar sana , haaa peluang paling mudah untuk korang semua untuk jadi pelakon , peluang baik jangan sia-siakan , hanya hantar video ringkas saja ! wahhhhh teruja kan , dan bakal memenangi RM15000 , tapi pelakon dalam cerita apa ? jeng jeng jeng , meh qaseh seludup minda korang sebentar..

‘Seludup’ merupakan sebuah drama yang berniat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala barang seludup khususnya pada rokok seludup dari peringkat penyeludupan sehingga peringkat jualan serta kesan negatifnya terhadap individu dan masyarakat. ‘Seludup’ mencerita kisah sebuah keluarga dan komuniti yang rosak akibat gejala menyokong carang seludup serta tindakan yang diambil oleh watak-wataknya untuk menjadi pedoman masyarakat yang menonton untuk sama-sama memerangi gejala ini.  
 Produksi ini dibarisi para pelakon terkenal dengan peneraju utamanya, Pekin Ibrahim dan Tiz Zaqyah memegang peranan sebagai Amran dan Yasmin, menghidupkan watak-watak yang mencabar tersebut. Pelakon-pelakon lain termasuklah Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip. Jehan Miskin yang merupakan penerbit drama ini turut memainkan peranan sebagai pelakon pembantu.

Mastermind Production turut mengumumkan pelancaran peraduan #masukdramaseludup untuk memberikan peluang sekali seumur hidup kepada seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang wanita untuk tampil di dalam sebuah drama, di samping beberapa hadiah menarik lain bernilai hingga RM6,000 setiap satu. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, dari 18 hingga 35 tahun. 

Peraduan ini sangat mudah – peserta hanya perlu menekan ‘like’ pada laman  www.facebook.com/seludup, muat naik video terbaik dengan membaca skrip pendek, kongsi video tersebut bersama rakan-rakan mereka untuk mengumpul ‘like’. Lebih banyak ‘like’ yang mereka dapatkan, lebih tinggi peluang mereka untuk memenangi pengalaman ini.. So apa tunggu lagi , qaseh dah menjoinkan diri , haaa 

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan #masukdramaseludup, sila layari dan daftar penyertaan di laman FB Seludup: www.facebook.com/seludup


salah seorang bakal pelakon yang ingin merebut 15000 ! korang apa tunggu lagi cepat2 submit video mudah je tuuuu ~ qaseh pun dah join ok .. 

untuk maklumat lanjut boleh layari :

Uji Bakat -  Bit.ly/Seludup


2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. siapa2 yang bercita2 nak jadi pelakon tu, silakan mencuba...he he he...

    BalasPadam
  2. tak ada kameraman la kak nak ambik video saya. haha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama