BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA | RAIKAN ANAK2 YATIM BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH | KELABBLOGGERBENASHAARI

6 ulasan:
Assalamualaikum , 17 Julai temph hari qaseh beriftar di PICC PUTRAJAYA bersama dengan geng kelab blogger ben ashaari, pertama kali nak berterima kasih sgt kat PR Cik Kumaru Nahu yang sumpah peramah gila ,kalau layanan PR macam ni memang kalau dia nak suruh review hari2 pun qaseh pergi , haaa sesuatu event tu memang PR kena byk memainkan peranan , dan tahniah buat Cik Kumari , kerana punya sikap yang sangat bagus .. sebelum puasa hari tu KBBA juga menjoinkan diri di  review buffet ramadhan picc putrajaya , jemput baca ..

Istimewanya kali ni PICC menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama 40 kanak2 dari Baitul barokah Wal Mahabbah Sepang , alhamdulillah dalam kita bergembira jangan di lupa pada yang sangat memerlukan , senyuman yg terukir di wjh kanak2 amat brmakna kpd kami krna itulah tujuan utama mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama mereka - Encik Badlisyah Hj ahmad (ketua pegawai eksekutif PICC)

Info Baitul Barokah Wal Mahabbah
Seramai 74 orang kanak-kanak berusia antara 7-15 tahun menjadi penghuni di sini , dan buat pengetahuan semua rumah ini memerlukan bantuan kewangan dr org ramai utk menanggung kos keprluan asas , jika korg ingin membantu boleh hubungi di talian 0122275393/0136785972
Dah sampai sana dekat2 nak maghrib apa lagi moh le kita mengenyangkan perut dengan sukahati , terbeliak biji mata sama usus - usus dalam perut tengok kan makanan di Buffet Ramadhan kali ni , hehe semuanya sedap-sedap , qaseh dah memang cop awal-awal dah satu makanan ni , teka apakah dia ? haaaa mestilah KAMBING GOLEK , haha sedap oih daging kambing ni , dulu qaseh tak bape gemar sangat tapi makin terjatuh cinta dah ..



sate daging dan ayam kat sini pun sedap , qaseh 2 kali round makan kambing golek ngan sate , nasib chef tak cam muka qaseh :p

tu diaaaa , agak-agak berapa orang makan ni heh heh , ni si yaya la makan banyak , nampak je keding ops 

Buffet ramadhan di PICC Putrajaya masih mengekalkan tradisi , kerana bertemakan Warisan Budaya Hidangan Tradisi hidangan utama di sini Gulai Tanjung , Briyani Picc , Kambing Panggang , Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku , Rendang Paru , Sambal Goreng Jawa dll yang masing2 juga mengikut tema 




tema 'KAWAH BERAPI'


 huwaaa tak sempat gue nak ngap kek red valvet , nasib baik masa review hari tu dah ngap , tak kempunan sangat hihi

tema 'DAHAGA'

tema 'KEBUN BUAH PAK RUSMIE'

Amacam ? berbaloi tak datang makan kat sini untuk berbuka puasa ? bagi qaseh sangat-sangat berbaloi , haaa ni sikit je hidangan , kat sana lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii banyak hidangan-hidangan yang ada , macam nak bawak masuk perut semua je , tapi tak larat haha .. kalau nak rasa semua makanan kat sini , korang kena makan sikit2 je setiap juadah tu haaa , mampu ?? selain dari hidangan-hidangan yang superb ni , juga di sajikan dengan alunan muzik oleh ROSMA AF , dan juga ada cabutan bertuah , hadiah ? sangat lah lumayan ! 

Gelagat Blogger 
Pasal makanan dah citer , meh layan aksi-aksi blogger bila dah kekenyangan , havoc betul sorang-sorang , time lapar sume senyap je , dah kenyang eh eh over pulak haha apa-apapun meriah sangat sampai artis kita Rosma AF jeles , nak jugak bermonopod , ber gopro , bergambar 



kelabbloggerbenashaari dan blogger2 lain yang memeriahkan Buffet Ramadhan di PICC Putrajaya 





 2 cilik KBBA , comel !! 

ketua KBBA dengan Rosma AF


TEMPAHAN BUFFET RAMADHAN 

Jadi apa tunggu lagi , cepat buat tempahan dengan kadar segera , Buffet Ramadhan di Picc Putrajaya last pada 25 Julai, bagi yang nak buat tempahan  boleh hubungi di talian 03- 8887 6162 , tentang harga boleh tengok kat SINI , dan ada hidangan moreh pada pukul 10 hingga 12 malam , dgn harga RM15 

Untuk pakej berbuka puasa dan rumah terbuka Aidilfitiri korporat bagi syarikat2 yang berminat boleh hubungi 

talian : 03 8887 6000
twitter : @piccmalaysia
untuk maklumat korporat PICC sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian kat atas , atau emel kumari.nahu@picc.com.my

last sekali saksikan VIDEO di BUFFET RAMADHAN PICC PUTRAJAYA

video

tq untuk gambar dan video yang sangat superb oleh WWW.KAIO.MY








6 ulasan:

  1. Meriah n terbaikkkkk...thn depan g lg tau hehehe kambing golek ,golek kambing nyum3

    BalasPadam
  2. Bestnyaaa korang!! Hope tahun depan dapat beriftar bersama de geng.. hehehehe tahun ni payah sedikit.. hurmmmm

    BalasPadam
  3. kalau uncle terkam tema DAHAGA tu dulu...

    ehee

    BalasPadam
  4. Best kan. dan paling best juga dapat jumpa qaseh. hehe

    BalasPadam
  5. TERBAIK! meriah nya majoriti ramai yang ada.. jelly..

    BalasPadam

♥Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi♥

♥SEMUA CERITERA DALAM SEBUAH PELANGI♥
qaseh bukan pelangi , qaseh cuma qaseh , qaseh tak cantik macam pelangi tapi.... qaseh tetap ada di sini walau pelangi dah pergi..

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com