Pages

  • Home

Social Icons

Qaseh Dalia's Blog

Bila Hati Berbicara

11 Jan 2018

The Wedding Heritage No 1 Wedding Bungalow In Malaysia

Assalamualaikum .. 

Bila mengimbau balik di waktu aku menyiapkan segala persiapan untuk majlis perkahwinan , ramai yang memberi nasihat seboleh-bolehnya bila mencari pakej perkahwinan wajib survey betul-betul .. Kalau perlu korek latar belakang wedding planner yang kita sudah berkenan tu , gali lah , google segala nya bukan apa takut terkena dengan manusia yang sanggup menipu demi wang ringgit ~ Korang nak ke pelamin angan korang musnah di sebabkan perangai manusia sebegini ?

Jangan tak percaya sebab baru-baru ni viral di media massa dan juga elektronik kes-kes penipuan di sebalik wedding planner yang tak berhati perut ni .. Sebenarnya benda ni dah lama wujud cuma zaman sekarang kita lebih mudah tahu dengan tersebarnya di social media dan kebanyakannya bermasalah dengan janji-janji manis mereka .. Bila dah dapat duit tiba-tiba di hari majlis katering tak hadir , pelamin tak seperti di gambarkan dan banyak lagi . Yang akhirnya keluarga pengantin menanggung kerugian dan juga malu pada tetamu ! 

Kadang-kadang kita dah rancang yang sebaik mungkin tapi tak di sangka di tipu sebegitu rupa .. Huwaaa menangis pun tiada guna kan ! Thats why lah korang kalau nak cari wedding planner kena survey betul-betul dan kena bijak berfikir supaya tak di tipu seperti kata - kata wakil dari The Wedding Heritage , top wedding planner dalam satu temubual di TV Al-HIJRAH baru-baru ni .. 


Aku tertarik dan setuju dengan kata-kata beliau yang mana kita sebagai bakal pengantin yang mahukan perkahwinan kita berjalan lancar kena jugak bijak untuk berfikir secara realistik dan tahu pengiraan , kena ada catatan tau untuk buat segala kira-kira ni .. Yelah , contohnya wedding planner menawarkan pakej yang murah tapi bagi macam-macam perkhidmatan pada korang , macam tak logik gila then terfikir kenapa murah gila kan , so dari situ korang boleh buat pengiraan sendiri dan boleh fikir sendiri lah korang akan jadi mangsa penipuan seterusnya atau tidak .. kan ?

Satu benda lagi tertarik dengan konsep The Wedding Heritage ni  tentang ''Banglo Kahwin'' atau ''Bungalow Wedding'' , walaupun dah kawen tapi still tertarik boleh lah share kepada ahli family yang tak kahwin lagi dan terus google haha cepat dan pantas terus jumpa laman web , facebook dan instagram The Wedding Heritage ni , korang link yang aku bagi kat bawah ni okay 



Website : www.theweddingheritage.com
Facebook : www.facebook.com/theweddingheritageTWH
Instagram : www.instagram.com/theweddingheritage_official

Pakej Banglo Perkahwinan dan Pakej Cuci Tangan

Untuk pengetahuan korang TWH ni bermula dari 2016 lagi dengan konsep yang berkonsepkan pakej '' Banglo Perkahwinan dan Pakej Kahwin Cuci Tangan '' 
Wow sebenarnya ni kali pertama aku dengar tentang pakej perkahwinan yang boleh sewa banglo siap pakej lengkap dari A-Z , jadi korang tak perlu dah susah payah nak aturkan semua nya tau , TWH akan buat semua kerja untuk bakal-bakal pengantin yang menggunakan perkhidmatan diorang ni haaa .. best gila kan ?

Berita baik , untuk pakej lengkap 2018/2019  ni boleh di buat di rumah sendiri atau pun dewan , kalau korang lebih selesa di rumah boleh lah buat pilihan okay ? No problem at all gitu aaa .. 

Yang paling best , The Wedding heritage menawarkan untuk mengadakan majlis kahwin korang di banglo ! wow best gila sebab kalau rumah korang macam tiada laman atau ramai sanak saudara aku rasa sewa banglo adalah pilihan yang paling bijak sebab tak perlu susah-susah nak cari rumah , nak kosongkan bilik untuk persalinan , mekap dan sebagainyaaa kan.. 

Oh ye , untuk masa sekarang The Wedding Heritage mempunyai 3 cawangan banglo kahwin di Ampang , Kota Damansara dan Putrajaya . Senang gila sekarang kan .. dahlah boleh sewa banglo , lepastu siap lengkap dengan pakej cuci tangan dari A - Z yang memang terbaiklah di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur ni .. 

Gambar Dari Official Photoghrapher Yang Profesional !!!

Mungkin bila korang tengok gambar-gambar dari photoghrapher official TWH ni , korang akan terjatuh cinta macam aku jugak .. salah satu benda penting untuk di kenang pada masa akan datang adalah gambar-gambar perkahwinan yang di rakam kan dengan sangat cantik .. Ingat tu , gambar sangat penting tau , dah la sekali seumur hidup .. tak percaya ? meh tengok gambar-gambar ni haaa 

Gambar-gambar dari TWH ni memang setanding dengan photoghrapher international uols dan korang akan dapat FREE album , pendrive dan unlimited gambar .. so request lah gambar banyak-banyak okay haha

Cantik gila pelamin depa ni kan .. 

Aku suka warna - warna lembut macam ni .. lawa namati haha 

Sweetnya la hai .. gambar terang dan cantik sangat

Terpancar kegembiraan bila majlis nampak gah , gambar awesome, pelamin lawa .. fuhhh

Macam tema garden kan .. suka tengok ! 
Pakej Lengkap Terbaru Yang Di Tawarkan Oleh TheWedding Heritage 

Mesti korang nak tahu apa pakej-pakej yang ada dan berapa harga untuk semua ni kan , dan TWH juga banyak menawarkan item free , untuk pakej korang boleh tengok dalam gambar bawah ni tau .. Satu lagi jika korang ada bujet korang sendiri boleh je berunding dengan pihak TWH , jangan risau tau .. so ni semua adalah pakej-pakej terbaru buat masa sekarang 




Best kan pakej-pakej yang di tawarkan oleh TWH dan banyak juga item-item free yang di beri kepada bakal-bakal pengantin siap di tanggung semua GST yang ada .. 

Team The Wedding Heritage Yang Berpengalaman

Bila melibatkan majlis kahwin , tentu ada jugak kerisauan di hati kita kan ? sebab benda yang tidak terjangka kadang-kadang terjadi .. tapi buat korang di luar sana tak perlu risau bila ingin menggunakan khidmat TWH ni kerana team-team TWH semua berpengalaman dan sangat profesional .. 

Team TWH akan membantu semua customer nya dalam merancang majlis dari awal hingga lah ke akhir nya .. so jika ada apa-apa terjadi team TWH akan memastikan majlis berjalan dengan lancar , kebanyakan customer TWH ni ramai dalam kalangan yang sibuk bekerja dan tak cukup masa .. hehe biasanya golongan profesional seperti doktor , pramugari , pilot .. 

meh layan video ni jap .. best wedding moments by TWH 

Wedding Planner Yang Di Percayai 

Walaupun masih baru lagi tapi ramai customer TWH ni sangat berpuas hati dengan kerja-kerja diorang .. Memang sangat di percayai lah orang kata .. haaa pengantin , keluarga pengantin pun berpuas hati dengan apa yang telah di lakukan .. so kes - kes penipuan tu tak akan berlaku .. boleh baca feedback dan testimoni customer mereka yang terdahulu ... alololo semua muka gembira jee





More Info : 

Jadi bagi korang di luar sana yang masih tercari-cari wedding planner yang boleh di percayai , awesome , power dan terbaik semua boleh book The Wedding Heritage No 1 Bungalow Wedding Venue In Malaysia alright 


Website : www.theweddingheritage.com
Facebook : www.facebook.com/theweddingheritageTWH
Instagram : www.instagram.com/theweddingheritage_official



posted in
advertorial
share on
continue reading

7 Jan 2018

Tutorial : Delete Broken Link Atau Dead Link Dalam Blogspot

Assalamualaikum 

Tempoh hari ada satu perbincangan hangat di bincangkan dalam group whatsapp oleh teman-teman blogger tentang ''broken link"  , awalnya malas nak ambil pusing sebab aku kan malas nak berfikir di ketika itu , tapi aku baca je dan ambik tahu jugak sikit-sikit tentang broken link .. apakah itu broken link ? apakah kesan broken link pada blog ? perlu ke kita men delete broken link semua ni ? haaa mari kita kupas sedikit hasil google hehe , broken link ni ibarat broken heart pada blog .. sakit ohhhhhhh ! 



Apakah itu broken link ?

Broken link kalau di terjemahkan dalam bahasa melayu link yang rosak , tidak di gunakan dan tidak wujud lagi dalam muka bumi ni , bila klink link rosak tu ia akan jadi tidak di jumpai atau not found . Seperti juga bila kita broken heart , link tu ibarat janji-janji manis dah bertukar kepada janji-janji haprak ! haha.. 

Penting ke tidak untuk menghapuskan broken link ni ? Penting sangat uols sebab ia boleh kacau seo sesebuah blog , kalau banyak sangat broken link dalam blog dah jadi macam tapak sampah pulak .. so cepat-cepat delete , walaupun banyak sekali pun delete sikit-sikit nanti lama-lama setel lah ~ antara malas dengan rajin je :p

Cara Delete Broken Link 

Bukak web http://www.brokenlinkcheck.com , isikan nama blog korang dan find broken link , tunggu sampai ia berhenti mencari broken link yang ada di blog korang k 


Broken Link Di Bloglist

Bila semua dah setel , akan keluar list yang mana terdapat broken link di dalam nya sama ada  dalam entry , di tempat komen mahupun di bloglist .. sebagai contoh aku amik satu list untuk kefahaman korang ... 

Di setiap link tu dah di sediakan url / src , cara mudah korang klik di src (source) yang aku bulatkan tu

Selepas aku klik src tu akan keluar macam ni , aku yang buta coding ni tak tahu macam mana nak delete kalau macam ni kan ? scroll sampai atas  untuk tengok url , atau klik je url .. kemudian aku tengok url tu dari blog aku sendiri .. so maknanya ia dari bloglist aku .. 
Langkah terakhir , pergi di bloglist korang dan cari blog tu .. nak kan kepastian aku pun klik dan tadaaa keluar macam kat atas ni .. so korang buang la blog ni dari bloglist ... setel ! 

Broken Link Di Bahagian Komen 

Lagi mudah bagi aku , terus tekan url je .. boleh terus ke url dan delete link yang ada broken link ni .. contoh kat bawah ni aku klik URL , broken link ni ada di bahagian komen dalam entry aku .. jadi , pergi ke entry tersebut dan cari komen yang berkaitan dengan link di beri , lepas tu delete komen tu buat selama-lamanya heheh 


Klik SRC , keluar macam ni jadi broken link semuanya di bahagian komen .. ! 


Broken Link Dalam Entry 

Semua step sama je , senang je nak buang cuma jenuh la kalau banyak sangat kan haha , yang ni pulak dalam entry aku .. 


Klik src dan url , lepas tu edit balik entry dan buang link yang ada dalam kotak pink tu .. mungkin twitter tu dia dah ubah nama ke , dah tak guna ke haaa so link tu dah tak berfungsi .. so delete je link tu okay setel semuaa yeyyyy

Hati Berbicara :
Haa paham ke idok ? kalau tak paham print , rebus dan minum air rebusan ni haha gurau je .. zaman sekolah dulu selalu kawan cakap , kalau susah paham rebus kertas yang ko tulis pastu minum ! kejam yakmat wehhh .. hihi so selamat mendelete! fuh aku pun tak setel - setel lagi nak delete semua .. 


posted in
info tutorial
share on
continue reading

6 Jan 2018

Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Assalamualaikum 

Korang okay ke masuk tahun baru ni ? aku okay lagi tapi ada lah beberapa ujian yang hadir menjengah dah tapi kecik sangat nak di bandingkan dengan orang lain yang di uji bertimpa di awal tahun .. ujian tu tanda sayang , semoga di beri ketabahan yang sangat kuat untuk terus melangkah .. orang kata berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul .. semoga nanti ada hikmah yang besar hadir 

Okey , hari ni aku rajin sikit nak up tentang masak memasak ni ~ so hari tu aku ada bereksperimen di dapur cuba membuat tortilla wrap yang paling simple dan mudah dengan menggunakan daging kisar .. kalau tak suka makan daging boleh gantikan dengan ayam , ikut suka tekak asalkan halal heheh 

Lupa masukkan daging kisar dalam gambar hihi, aku guna mission wraps garlic .. sedap jugaa

Bahan - bahan yang di perlukan :

↪  Tortilla   
↪ Daging kisar 
↪ Bawang Besar  (hiris nipis) 
↪ Bawang putih  (cincang halus)
↪ Lobak Merah  (potong dadu)
↪ Tomato (potong dadu)
↪ Mozarella Cheese 
↪ Garam 
↪ Sos Lada Hitam 
↪ Sos cili

Cara - cara 
  1. Mula - mula  panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau 
  2. Masukkan daging kisar , kacau bersama bawang tumis tadi sehingga air kering 
  3. Kemudian bila daging dah mula nampak kering masukkan sos lada hitam dan garam secukup rasa 
  4. Masukkan lobak dan tomato yang telah di potong dadu tadi , kacau sehingga masak 
  5. Bila dah masak , sejukkan sebentar 
  6. Sediakan tortilla , sapukan sedikit sos cili di atas tortilla , jika ada mayonis boleh campur dengan sos cili dan sapukan rata 
  7. Kemudian letakkan daging kisar yang dah di masak tadi 
  8. Tabur cheese dan gulung tortilla
  9. Panaskan ke dalam oven selama 5 minit dengan suhu 100 darjah celcius atau agak-agak cheese mencair haaaa 
  10. Baca bismillah dan makan ! mudah kan hihihi 
Setiap chef ada pembantu nya okey .. 

Tadaaa ni lah hasilnya .. maaflah rupa tak berapa cun sebab first time buat haha tapi rasa dia sedap wooo , puji diri sendiri 

Pembantu cilik ni yang rasa dulu haha sabo je laaa .. Rayyan makan tu kira yaayyy la masakan Umi  
Hati Berbicara :
Jangan lupa tau korang cuba , Rayyan susah makan nasi so kena cuba makanan yang lain untuk dia tertarik dan makan .. dia memang kurang sikit nasi , tapi mee , roti macam ni dia makan pulak .. so Umi kena lebih kreatif sobssss :p 
posted in
personal qasehmasak
share on
continue reading

5 Jan 2018

Mirrorless Camera | Sony A6000 Jadi Pilihan Hati

Assalamualaikum .. 

Baru ada kesempatan untuk menceritakan tentang kesayangan yang baru muncul dalam hidup .. my sonia , cerita ni adalah tentang impian seorang Qaseh Dalia pada tahun 2017 .. impian apa ? impian memiliki sebuah mirrorless camera , start mengidam bulan 8 , 2017 .. boleh baca di entry ni mengidam mirrorless camera 

Aku kan benci betul bila mula perangai nak kan sesuatu benda tu , memang aku akan fikir je , google benda yang aku nak tu setiap hari , lepas tu bayangkan bila aku dapat nanti haha ada sekali tu sampai masuk mimpi ! Lepas tu aku cerita kat husband aku mimpi camera yang aku nak tu .. kakaka husband cakap ''sampai macam tu sekali'' , eh ini lah bini mu haha 



Jadi start bulan 8 tu memang aku simpan je duit blog yang aku dapat suam-suam kuku tu .. boleh ke tidak kumpul sebelum 2018 , aku redha jeeeeee ... tapi alhamdulillah dapat jugak 31 Dis 2017 , sehari je lagi nak masuk tahun baru .. aku pernah dengar ustazah ke ustaz yang bagitahu , bila nak sesuatu pertama mintak dekat Allah , mintak sungguh-sungguh , sebut dalam doa apa yang kita nak lepas tu kita usaha dan kemudian tawakaltualallah..

Akhirnya alhamdulillah 100% aku guna duit blog , ni gadjet ke dua aku beli dengan duit blog , first laptop ASUS yang banyak berjasa dalam dunia blogging ni tapi waktu itu ada tambah duit husband sikit sebab tak cukup kikiki .. kali ni aku cuba untuk tidak menyusahkan dia dengan kemahuan aku , sebenarnya keperluan bagi aku sebab camera aku yang aku selalu guna tu always error dengan lens , oh sakit hati ! 

Jadi aku start buat bujet rendah je .. tak sampai 2k pun , masa tu aku fikir nak ambik samsung je sebab tengok ada blogger review lawa je gambar dia tapi bila google - google balik , samsung macam dah lama tak keluarkan camera , tinggikan sikit bujet dan nak ambik sony a5000/a5100/canon m10 je kemudian baca review-review orang berkenan pulak dengan sonya6000 / fujiflm ..  tapi , fuji agak mahal sikit so bujet aku dalam 2.5k je .. akhirnya aku memilih sonya6000 hehehehe !! 

Sonya6000 Jadi Pilihan 

Ni gambar hiasan , xmampu nak beli lens extra lagi :p


Akhirnya pilihan aku sonya6000 , syukur alhamdulillah.. husband dah warning jaga elok-elok haa macam tahu-tahu aku tak berapa reti nak menghargai barang ahaha , henfon pun letak merata celah-celah tilam :p , okey aku beli sonya6000 di Sony Centre Berjaya Times Square alang-alang ada hal kat situ , malas gila nak survey tempat harga murah .. asalkan tak lebih dari bujet aku .. 

So harga camera ni dekat 2.5k jugak sobs tambah filter lens dan cover skrin .. wajib tambah wooo sayang lens , dah lah lens pun mahai nak mampuih . lepas bayar semua terus bankrup serta merta huwaa huwaaa tapi takpe percaya rezeki Allah tu luas , inshaaAllah ada rezeki lain , niat untuk buat kerja juga ...lepas ni taknak wishlist apa-apa dah , nak saving je .. inshaaAllah nak penuhkan tabung  aku , tabung Rayyan pulak untuk kemudian hari , moga Allah makbulkan juga ..ameen

Dalam kotak ni dapat macam biasalah basic buku manual ,wayar charger 3 ketul , bateri dua ketul , memory card 16gb , beg , filter lens , kabel charger 1 ketul (macam kabel handfon samsung sebab boleh cas guna powerbank jugak sony a6000 ni ) mudah kan ! 


Bab pilih warna ni susah sikit sebenarnya nak buat pilihan , antara hitam , putih , grey dan yang aku pilih ni ahaks putih memang tolak awal-awal sebab aku kan hurmmm tak reti nak jaga barang , hitam dah biasa sangat so tadaaaa aku amik warna ni je lah .. cute tak ? mohon jawab cute k .. 

Beza skrin dengan sony a5100 , sony a6000 ni hanya boleh flip 90 je so nak selfie kau yakin boleh je la sebab  tak dapat nak tengok screen kan ahaks 


Amacam okay tak ? aku tak nak cerita details lagi sebab tak habis godek-godek lagi .. kira ni entry pengenalan dan welcome to my blog my sonia .. inshaAllah nanti aku kongsikan kelebihan dan kekurangan yang ada pada sonya6000 ni okay .. dan tunjuk hasil dari my sonia ni .. maafin tak pro lagi tapi seriously sangat memudahkan aku untuk ambil gambar review , dah tak lenguh tangan nak pegang dslr lama , huwaa nak nangis rasa akhirnya dapat jugak idaman kalbu .. ~ alhamdulillah semoga impian korang juga terlaksana :) 

Hati Berbicara :

Semoga kehadiran my sonia ni merajinkan aku untuk berblog haha , chaiyok - chaiyok !! nanti aku kongsikan lagi ye .. tq kerana sudi membaca .. dan ramai jugak lah dah guna sony a6000 ni , dalam kbba dah 6 orang , paling latest kak SHE , haha tahniah kak SHE :p okbye 


posted in
info personal teknologi
share on
continue reading

1 Jan 2018

Penutup Tahun 2017 dan Selamat Datang 2018

Assalamualaikum .. 


31 December 2017 , tarikh ni husband ajak pergi Berjaya Times Square sebab dia nak belanja baju hiks tq so much fo today melayani kehendak isteri yang memang melenguhkan kaki sampai Rayyan mengamuk-mengamuk haaa .. aduh kelakar budak kecik tu , dia stress ramai orang sampai semua dia nak marah .. hohoho garang macam Umi .. 

Alang-alang pergi Times Square ada rezeki untuk makan Churros , sebenarnya ni pertama kali aku makan Churros .. rupa dia macam cakoi kecik kan haha rupa-rupanya sedap jugak ingatkan biasa-biasa je , ada menu baru , jadi korang jangan lupa try menu baru Swiss Cheese Icecream dan Korean Strawberry Filling Chuross. 




Impian 2017 Terlaksana 

Penutup paling gembira buat aku bila dapat juga beli Sony a6000 ni yeahhh .. nanti aku buat entry khas tentang cite ni ye .. mengidam sejak bulan 8 hari tu lagi , kenapa aku beli mirrorless camera ni pulak ? hurmm kena tunggu next entry k .. 


BYE 2017 

Untuk 2017 , terima kasih atas segalanya ... aku tak berapa ingat dah benda-benda yang terjadi tahun ni untuk di karangkan .. yang pasti ada gembira ada juga sedih , ada jugak penat dan macam-macam lagi .. tapi semua tu mungkin akan lagi mematangkan aku , selamat tinggal untuk semua kenangan 2017 , maaf andai banyak mengguris hati kalian ~ 

WELCOME 2018 !

Nah entry pertama buat tahun 2018 , ya Allah aku tak mintak banyak semoga tahun ni lebih banyak kemanisan-kemanisan yang hadir , semoga apa yang buruk dalam hati hilang agar aku bisa menjadi orang yang baik-baik yang hanya di senangi ramai , mungkin aku boleh kurangkan bercakap benda yang sia-sia supaya setiap patah perkataan yang keluar tidak akan membuat orang terasa .. semoga lebih kuat hadapi karenah Rayyan dan jadi ibu yang paling terbaik buat Rayyan dan isteri yang sedaya upaya ke arah yang lebih baik untuk suami .. ameen .. 

Dan of course untuk ibu bapa dan keluarga mahupun rakan-rakan , lindungi dan panjangkanlah usia mereka yaAllah supaya di bibir mereka tiada lagi kuntuman kesedihan melainkan yang indah-indah sahaja .. sesungguhnya aku tak mahu kehilangan mereka yang sentiasa di sisi .. semoga kalian sentiasa bahagia .. marilah kita sama-sama kuat untuk hadapi segalanya di tahun 2018 .. :) inshaaAllah ameen ..

oh ya semoga lebih konsisten berblog ! ahahaha chaiyok !!!! 

Hati Berbicara :
Ya Allah tidak ada kehidupan yang sejati selain kehidupan akhirat. Ya Allah Jadikanlah akhirat tujuan hidupku





posted in
personal
share on
continue reading
next prev
Subscribe to: Posts (Atom)

Author

Author



Total Pageviews

Followers

Labels

advertorial altheaangels beauty event food review kelab blogger ben ashaari parenting qasehreview resepi sponsortrip travel

Blog Archive

  • ►  2010 (108)
    • ►  October (13)
    • ►  November (37)
    • ►  December (58)
  • ►  2011 (339)
    • ►  January (72)
    • ►  February (47)
    • ►  March (49)
    • ►  April (45)
    • ►  May (14)
    • ►  June (23)
    • ►  July (19)
    • ►  August (33)
    • ►  September (13)
    • ►  October (17)
    • ►  November (5)
    • ►  December (2)
  • ►  2012 (44)
    • ►  January (2)
    • ►  February (5)
    • ►  March (1)
    • ►  April (1)
    • ►  May (7)
    • ►  June (8)
    • ►  July (1)
    • ►  August (4)
    • ►  September (5)
    • ►  October (4)
    • ►  November (3)
    • ►  December (3)
  • ►  2013 (81)
    • ►  January (3)
    • ►  February (5)
    • ►  March (1)
    • ►  April (3)
    • ►  May (2)
    • ►  June (3)
    • ►  July (6)
    • ►  August (6)
    • ►  September (6)
    • ►  October (6)
    • ►  November (21)
    • ►  December (19)
  • ►  2014 (91)
    • ►  January (13)
    • ►  February (4)
    • ►  March (5)
    • ►  April (10)
    • ►  May (4)
    • ►  June (5)
    • ►  July (11)
    • ►  August (4)
    • ►  September (22)
    • ►  October (5)
    • ►  November (4)
    • ►  December (4)
  • ►  2015 (63)
    • ►  January (6)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  April (4)
    • ►  May (10)
    • ►  June (5)
    • ►  July (1)
    • ►  August (11)
    • ►  September (4)
    • ►  October (10)
    • ►  November (2)
    • ►  December (7)
  • ►  2016 (60)
    • ►  February (2)
    • ►  March (7)
    • ►  April (8)
    • ►  May (1)
    • ►  June (8)
    • ►  July (3)
    • ►  August (1)
    • ►  September (8)
    • ►  October (7)
    • ►  November (7)
    • ►  December (8)
  • ►  2017 (131)
    • ►  January (9)
    • ►  February (9)
    • ►  March (11)
    • ►  April (5)
    • ►  May (16)
    • ►  June (14)
    • ►  July (9)
    • ►  August (15)
    • ►  September (8)
    • ►  October (14)
    • ►  November (13)
    • ►  December (8)
  • ►  2018 (80)
    • ►  January (10)
    • ►  February (9)
    • ►  March (8)
    • ►  April (8)
    • ►  May (9)
    • ►  June (4)
    • ►  July (7)
    • ►  August (5)
    • ►  September (7)
    • ►  October (4)
    • ►  November (5)
    • ►  December (4)
  • ►  2019 (45)
    • ►  January (11)
    • ►  February (3)
    • ►  March (4)
    • ►  April (3)
    • ►  May (5)
    • ►  June (3)
    • ►  July (2)
    • ►  August (4)
    • ►  September (3)
    • ►  October (1)
    • ►  November (4)
    • ►  December (2)
  • ►  2020 (37)
    • ►  January (1)
    • ►  February (2)
    • ►  April (3)
    • ►  May (4)
    • ►  June (2)
    • ►  July (8)
    • ►  August (7)
    • ►  September (4)
    • ►  October (4)
    • ►  November (1)
    • ►  December (1)
  • ►  2021 (34)
    • ►  January (3)
    • ►  February (3)
    • ►  March (1)
    • ►  April (4)
    • ►  May (9)
    • ►  June (5)
    • ►  July (2)
    • ►  September (2)
    • ►  October (2)
    • ►  December (3)
  • ▼  2022 (15)
    • ►  January (2)
    • ►  February (1)
    • ►  March (2)
    • ►  April (5)
    • ►  May (1)
    • ▼  June (4)
      • Kesan Diabetes Pada Mata Penyebab Buta | Cegah Dia...
      • Berkat Korban 2022 | Daftar Ibadah Korban 2022 Anj...
      • Cara tukar font di smartfon Samsung secara mudah ...
      • Em Drink Plus | Pentingnya Bakteria Baik Dalam Badan

My Blog List

readers favorites

  • Supplement Himalaya | Kebaikan Women Wellness Shatavari dan Bowel Wellness Triphala
    Assalamualaikum, sihat ke kome semua ? Pernah tak korang terasa badan korang kerap sakit-sakit badan, lenguh, mood tak menentu dan mac...
  • Pengalaman Kena Buasir Ketika Mengandung | Apa Yang Aku Buat
     Assalamualaikum  Pengalaman mengandung kali ke dua ni, lain sangat dengan pengalaman mengandung kali pertama ye, nak dijadikan cerita terke...
  • Top 10 Fitness Gifts for Him This Christmas 2021
    Top 10 Fitness Gift For Him | Everyone deserves to be spoiled once in a while and this coming Christmas is the perfect opportunity for you t...
  •   Pengalaman Beli Ipad Online di Website Apple
    Assalamualaikum  Sebenarnya tak terlintas pun nak beli ipad lebih-lebih lagi secara online, sebab qaseh duk fikir nak beli laptop, tapi bila...
  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
    Assalamualaikum  Fuh baru berkesempatan nak update entry tentang cuti-cuti bujet 2018 ke Genting Highland . Seingat aku dah lama gila ...
  • Pengalaman Bersalin Anak Kedua di Hospital Selayang Waktu Pandemik
    Assalamualaikum. Kronologi bersalin, 9 Julai 2021, 38 Week 5 day ( due :18 Julai), zaman pandemik. Pengalaman bersalin anak kedua di Hospita...

send me a message!

latest 'grams from @username

© Qaseh Dalia's Blog.
Made by SoulMuse.