Assalamualaikum uols , minggu ni pulun qaseh buat entry tentang Legend Resort Cherating , semua dah qaseh kongsikan dalam entry-entry sebelum ni .. kali ni qaseh nak review apa yang best di sini , bilik dia ok tak ? kemudahan apa yang ada kat sini ? aktiviti apa yang best bila ke sini ? dan banyak lagi ~ haaaaa entry ni khas untuk korang supaya nanti bila datang ke Cherating , Legend Resort Cherating adalah penginapan yang wajib korang pilih.
Lokasi Menarik dan Mendamaikan
Tarikan utama mesti lah bersebelahan dengan Pantai Cherating , tak dapat nak ke Maldives macam Hanis Zalikha lagi lepak sini pun best jugak .. pantai Cherating sangat bersih dan cantik dengan pasir yang memutih , so boleh lah dating balik dengan suami macam muda-muda dulu hiks kalau ada anak-anak lepak tepi pantai main air dan pasir pun best .. sambil-sambil tengok matahari terbit dan keindahan senja kat sini.
Bilik Yang Selesa dan Banyak Kemudahan Untuk Tetamu
Yeahh qaseh dapat bilik yang sangat selesa dan best dan dapat bilik yang menghadap pemandangan laut , setiap hotel akan improve dari semasa ke semasa apa yang perlu mereka baiki , so kalau korang pernah datang dulu , dah banyak perubahan yang di lakukan oleh pihak Legend Resort Cherating ni dan semuanya adalah untuk keselesaan para tetamu. Kat sini terdapat 205 bilik dan suite yang luas dan selesa yang memberi pemandangan yang indah seperti menghadap taman , kolam renang dan juga laut china selatan , meh qaseh tunjuk bilik-bilik yang ada kat sini
Deluxe Room
Grand Deluxe Room
Junior Suite
Cherating Suite
Pent House
Kemudahan Yang Bagus
Kolam Renang Yang Besar
Kat sini ada 3 buah kolam , 2 kolam biru dan 1 kolam hijau .. kolam biru adalah untuk tetamu yang berpakaian bebas , kenapa ada dua ? sebab satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak , manakala kolam hijau pulak hanya di benarkan kepada tetamu yang berpakaian renang sahaja ..
Kolam Biru |
Kolam Hijau |
Gymnasium
Kid's Room
Aktiviti Menarik di Legend Resort Cherating
Memang banyak gila lah aktiviti yang korang boleh join kat sini ,nak main apa ? haaa bagitau je dengan pihak Legend Resort then mereka akan arrange kan untuk korang , mana tahu nak buat family day atau apa-apa aktiviti yang melibatkan keluarga or agensi , antara aktiviti yang qaseh join selama berada di sini korang boleh klik link ni untuk cerita penuh --> http://www.qasehdalia.com/2017/08/aktiviti-menarik-di-legend-resort-cherating.html
Hafiz's Cherating Activities
Antara aktiviti yang korang boleh join di bawah Hafiz's Cherating Activities
- Fireflies Watch Tour
- Turtle Laying Eggs Watch
- Release Baby Turtles
- Sea Fishing Snorkelling Trip
- River Kayaking
- Mangrove Cruise
Mizi's Watersport Activities
Aktiviti untuk korang yang minat kan adventure boleh try Mizi's Activities juga
- ATV Ride
- Banana Boat Ride
- Air Head
- Snorkelling
Haa amacam best gila ka aktiviti kan sini , makanan pun sedap-sedap .. oh ye kalau korang ingin adakan meeting dan event pun boleh , just contact pihak Legend Resort Cherating untuk pakej-pakej .. nak tahu lebih lanjut lagi korang boleh klik info yang qaseh berikan atau pun terus contact En Meor untuk info terpantas heheh
More Info :
Website: www.legendresort.com.my
Facebook: The Legend Resort Cherating
Instagram: @legendresort.cherating
Facebook: The Legend Resort Cherating
Instagram: @legendresort.cherating
Contact Person: Encik Meor (013-3319822)
Alamat :
The Legend Cherating Beach Resort
Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Assalamualaikum , hiyarghhhhh menggeliat badan sikit nasib baik tak terlajak tidur selepas mengharungi Sungai Cherating melihat kelip-kelip semalam , bangun pagi selak langsir lepak beranda jap ralit pulak tengok pemandangan pantai , eh ! tak boleh buang masa ni sebab aktiviti pagi ni kena bangun awal-awal tengok sunrise ! dan aktiviti hari ke dua cukup padat ..
Tak payah siap sangat lah , nanti lepas tengok sunrise , then nak naik bilik lepas tu baru mandi , siap-siap then breakfast .. kalau mandi ni karang terlepas pulak sunrise " bermonolog dengan diri sendiri '' tai kantoi lak tak mandi pagi .. :p
Tak payah siap sangat lah , nanti lepas tengok sunrise , then nak naik bilik lepas tu baru mandi , siap-siap then breakfast .. kalau mandi ni karang terlepas pulak sunrise " bermonolog dengan diri sendiri '' tai kantoi lak tak mandi pagi .. :p
Antara aktiviti menarik / Tentatif 3 hari 2 malam di Legend Resort Cherating
- Melihat Kelip-Kelip di Sungai Cherating [Klik utk Link Penuh]
- Melihat Sunrise di Pantai Cherating
- Telematch KBBA9
- Muck Dive Scuba
- Melawat Warung Pemprosesan Keropok Lekor
- Melawat Pasar Ikan Segar di Kemamam
- Melawat Pusat Santuari Penyu
- Mangrove River Cruise
- Melepaskan Anak Penyu ke Laut
- BBQ Dinner Tepi Pantai
- Sea Rafting
19 Ogos 2017
Sunrise Watching
It's nice to wake up and watch the sunrise by yourself . You realize that the sun travels alone , but it still lights up the whole world |
Sarapan di Coffee House
Sepanjang berada di Legend Resort ni kan makanan-makanan depa tak pernah mengecewakan , semuanya sedap-sedap dan kena dengan tekak .. maveles ! teringat pulak samosa lepas buat aktiviti melihat kelip-kelip , sedap gila siap menambah lagi hahaha dulik ape , sedap punya pasal kan :p
Nasi lemak kopi O ! sarapan aku pagi ni , heheh tak boleh lari dengan nasi .. |
Telematch
Dah kenyang melantak semua , masa untuk menghapuskan segala lemak dari nasi lemak tadi , telematch ni sukaneka lah uols , kali ni best sebab semua dapat merasa , budak-budak pun join , suami / isteri blogger pun turut join serta , semua macam wonderpet ! apa yang penting ? kerjasama ! haha , walaupun panas terik tapi no hal lah sebab dah sapu cosmoderm kan , mana de rentung derrr ~ meh tengok suka apa yang kitorang main. Satu hal yang ada di wajah setiap orang adalah terpancar kegembiraan seperti tiada masalah yang pernah hinggap .. syukran !
![]() |
Anak Kak Ummi Nani kagum tengok qaseh main macam pro hahah |
Sementara Umi sibuk bersukan , anak-anak bermain sukan ni , eh pandai ke tu ! |
Selesai aktiviti telematch , ada aktiviti best jugak bagi yang selalu travel ke pulau-pulau tuh haaa , dengan servis Muck Dive Scuba ni kitorang dapat belajar tentang apakah itu scuba , mengenali peralatan scuba , cara penggunaan dan juga teknik-teknik menyelam dengan betul .. kat mana ? kitorang lakukan aktiviti ni di swimming pool
![]() |
Faizal dan Faizal jadi model ni .. haha kembar tapi tak serupa :p |
![]() |
Bila datang sini , fuhh macam-macam aktiviti hadooo siap scuba lagi , kalau korang berminat boleh follow insta https://www.instagram.com/hazrineshark/ |
Lawatan ke Warung Proses Keropok Lekor
Fuhhh padat gila kan aktiviti kitorang sepanjang berada kat sini , even padat dan penat tapi sangat enjoy ! eh bila lagi nak rasa kan ? sesetengah orang bila bercuti nak relak-relak lepak bilik je , tapi macam krik-krik je haha bagi aku , aku lebih suka yang banyak aktiviti sebab banyak kenangan tercipta dan dari situ dapat kenal banyak info dan pengalaman best macam aktiviti menguli keropok lekor ni haaa
Melawat Pasar Ikan Segar di Kemamam
Seterusnya , En Meor bawa kami ke pasar ~ ayoyo adakah En Meor nak buat aktiviti masak-masak ? heheh idok lah begitu , sini antara salah satu pasar ikan di Kemamam yang segar-segar , nasib baik hari ke dua kalau tak borong jugak ikan kat sini .. memang segar dan besar-besar belaka.. mesti pasor ni tempat favourite orang Kemamam beli ikang ye dok ? hihi

Lawatan ke Santuari Penyu
Dah selesai melawat pasar ikan , kami terus menuju ke Pusat Santuari Penyu , kat sini bermacam-macam info tentang penyu korang boleh dapat , yang tak berpeluang nak join aktiviti lepaskan anak penyu or tak pernah tengok penyu secara live haaa korang boleh tengok anak-anak penyu kat sini , kecik cinonet je .. bukan anak penyu je ada , anak-beranak penyu semua berkumpul kat sini heheh
Macam ni rupanya anak penyu menetas lepas tu cari jalan keluar sendiri |
Dari jauh nampak macam kutu je haha tomei-tomei baby nyu ni , geram nak pelihara sekor kat rumah .. |
Mangrove Cruise Tour di Sungai Cherating
Akhirnya selesai aktiviti kami bersama keluarga , now balik ke hotel sekejap dan terus menuju ke jeti untuk menyelusuri Sungai Cherating , by the way ini lah sungai yang kami datang untuk melihat kelip-kelip hari tu , siangnya pulak kami datang sekali lagi untuk melihat paya bakau ~ qaseh pernah tengok paya bakau di Kedah dan kali ni qaseh berpeluang sekali lagi tengok di Cherating pulak ..
Masing-masing tengah buat 'live' kat facebook lettew ~ |
Hari tu tengok kelip-kelip di malam hari so tak nampak suasana nya , nah ! bila siang hari best tengok sekeliling dan suasana naik bot dengan angin sepoi-sepoi bahasa ~ |
Untuk Mangrove Cruise Tour ni qaseh akan buat entry khas , sebab nak hurai kat sini macam dah panjang sangat je hihi .. tunggu k ! kami jumpa bermacam binatang dan pokok-pokok bakau .. |
Melepaskan Penyu ke Laut
BBQ Dinner Pirate Night Theme Party
Lepas melepaskan anak penyu , sempat lagi lepak-lepak jap dan tengok diorang tengah setting dnner kami malam tu , fuh lawa gila ~ macam romantik je ! macam suwit je ! di sebakan sangat romantik terpaksa guna lampu suluh fon sebab takut tercekik tulang ikan .. dan makanan semua licin wei ~ sedap punya pasal .. !





20 Ogos 2017
Sea Rafting
Rugi jugak lah aku tak dapat join sea rafting ni , mampu tengok je sebab sakit perut ! mungkin banyak sangat makan dinner tepi pantai semalam ... aaaaaa tapi tak pelah husband gantikan .. sea rafting ni best sebab aku pernah join dulu di PD , mudah ke ? haaa kalau pasukan tu kuat semangat kerjasama inshaaAllah senang je .. tapi memang lenguh la tangan ko sebab mendayung bagai kan haha rilek brader ..
Terima Kasih Pihak Legend Resort Cherating , Hafiz's Activities , Muck Dive Scuba , Ben Ashaari dan KBBA
Penutup bicara , terima kasih atas layanan yang sangat baik , memang tak rugi bercuti di sini , aktiviti pun semua sanga best dan bagi kenangan yang sangat indah dan takkan di lupakan , inshaAllah ada rezeki dan panjang umur akan datang lagi ke sini .. macam tak cukup je 3 hari dua malam berada di sini , hihi yang pasti semua KBBA sporting dan havoc habis , maaf andai ada kesilapan dari pihak qaseh ! for sure uols best !
Hati Berbicara :
Walaupun dah beberapa hari qaseh tinggalkan bumi Cherating tapi rasa macam tak boleh move in lagi ! haha bukan qaseh je k , semua yang join hari tu tak move on lagi , siap berhalusinasi kakaka , jangan annoying tau .. kenangan memang susah nak di lupakan lebih-lebih lagi kenangan tu semua manis-manis belaka ..
Korang kalau teringin jugak nak buat aktiviti macam kami ! contact cepat-cepat pihak Legend Resort Cherating sebab laku keras , cuti-cuti sekolah ni haaa lagi lah kena cepat , so booking awal-awal ~
More Info :
posted in
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons